Sunday, August 4, 2013

setahun JMB

Salam Hormat,

AGM (annual general meeting) yang lalu telah di buat pada bulan Julai 2012. Hari ini, sudah masuk bulan Ogos 2013. Masa begitu cepat bergerak. Sudah setahun lebih JMB Pangsapuri Cemara beroperasi secara aktif. Banyak perlaksanaan yang telah di buat sepanjang masa tersebut. Namun begitu, dalam menjalankan tanggungjawab sukarela ini, ada yang suka dan ada juga yang tidak suka.

Tujuan utama JMB membuat pelbagai perlaksanaan penambahbaikan hanyalah untuk memastikan pemilik serta penghuni Cemara mendapat hak yang sewajarnya terhadap hartanah di sini, di samping dapat menjalani kehidupan seharian yang aman, selesa dan harmoni di kalangan warga Cemara.  JMB juga sedang berusaha sedaya upaya untuk menaik taraf beberapa kemudahan yang ada bagi memastikan property value Cemara setanding dengan apartment tempat-tempat lain yang seumpama dengannya.

Antara perlaksanaan yang telah berjaya dibuat adalah seperti repair lif besar di blok1 & blok2, upgrade autogate system, grouting, pemasangan awning & CCTV, pindah pejabat pengurusan, tukar signboard Cemara, potong meter air,  designated parking, repair penutup longkang kolam, dan terbaru adalah tebang pokok. Untuk makluman, semua perancangan dan perlaksanaan ini telah di bincang dan diminitkan dalam mesyuarat JMB. 

Selain perlaksanaan di atas, pihak JMB juga masih berusaha untuk mendapatkan hak milik strata, dan permohonan ini telah berjaya di buat setelah sekian lama ianya tertangguh. Sepatutnya hak milik strata ini boleh selesai dalam tempoh setahun, tetapi disebabkan masalah tertentu di pihak pejabat tanah, maka perkara ini menjadi begitu lama untuk diselesaikan. Pihak pengurusan jangka strata title ini akan diperolehi dalam masa terdekat, namun akan ada sedikit kos yang perlu dikeluarkan oleh pemilik bagi mendapatkan strata title tersebut.

Antara perancangan JMB yang akan datang dan telah dibincangkan ialah untuk cat bangunan Cemara, membaik pulih pagar, tambah CCTV, tukar meter air individu, dan membuat autogate untuk motorsikal. Semua ini memerlukan kos yang agak tinggi dan masih di dalam peringkat perbincangan. Semua keputusan mengenai perancangan ini akan di buat di dalam mesyuarat JMB dan mesyuarat AGM akan datang.

Sejak blog ini diwujudkan, banyak komen, cadangan serta respon yang telah dikongsi oleh pembaca. Admin ucapkan terima kasih atas cadangan serta komen yang diberikan. Namun begitu, admin mohon supaya setiap cadangan atau aduan rasmi, hendaklah dihantar ke pejabat pengurusan untuk di ambil tindakan lanjut oleh pihak pengurusan JMB, kerana blog ini bukanlah blog rasmi pihak pengurusan. Blog ini dibuat hanya untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti JMB.

Di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat, serta selamat bercuti kepada semua. Kepada yang balik kampung, berhati-hati semasa memandu.

Sekian.

4 comments:

  1. Designated parking adalah yang paling menyiksakan sesetengah penghuni. Pembahagian parking dibuat sehingga ada yang teraniaya. Saya akan terus mendoakan malapetaka kepada pihak JMB dan pengerusinya sehinggalah masalah ini diselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan doakan malapetaka tapi dtg lah setiap mesyuarat dan bagi sokongan/pendapat/ itu lebih baik dari doakan orang yg berusaha membantu.

      Delete
  2. Hi...
    Jmb tau ke blok 2 dah jadi cam umah setinggan....
    Dah dijadikan asrama.......
    Kawasan cemara dah jadi tempat keluar masuk budak flat lain......
    Guard fah tambah jadi 4......!!!!!!!!!makin ramai lak yang keluar masuk...bukan lagi ketat...tapi makin longgar!!!!!

    ReplyDelete
  3. Info awal....
    Kaaau nak ambik bahagian dalam mengundi jmb baharu nanti pastikan semua bil telah dijelaskan...tak joleh ada utang.....
    Ingat tau....

    ReplyDelete