Syarikat DongYang adalah syarikat yang dilantik untuk menyelenggara lift di Pangsapuri Cemara. Sebarang masalah berkaitan lif, boleh hubungi nombor telefon seperti yang tertera atau boleh hubungi pihak Pengurusan untuk bantuan. Pihak pengurusan juga sedang berusaha untuk membaik pulih lif besar untuk keselesaan semua penghuni.
Pihak pengurusan mohon supaya setiap warga Cemara dapat menggunakan lif ini dengan baik dan berhemah supaya harta bersama (common property) ini sentiasa bersih, selamat dan yang lebih utama ianya dapat beroperasi dengan sempurna.
Elakkan daripada menconteng dinding lif dengan perkataan yang tidak baik yang boleh merosakkan minda pengguna lif yang lain.
Jangan menggunakan lif melebihi kapasiti/beban yang dibenarkan kerana ianya boleh merosakkan komponen utama lif.
Jangan merosakkan sebarang peralatan lif yang dipasang untuk tujuan keselamatan. Kos untuk menyelenggara lift agak tinggi, jadi mari sama-sama kita menjaga common property ini ibarat seperti kita menjaga harta sendiri.
Sebarang cadangan, komen, maklum balas daripada semua penghuni untuk tujuan penambahbaikan sangat dihargai. Sekian.
pastikan lif besar bleh di gunakan sebelom ader kes emergency dimana ada pesakit yg hanya boleh di bawa menggunakan katil untuk di bawa ka ambulan .ini berlaku pada saya di mana saya tepaksa membawa pesakit dengan kain gebar ke atas tingkat 4 sebab lif tidak muat untuk katil/tretch....
ReplyDeleteJMB sedang berusaha utk menghidupkan lif besar. Tapi bolehkah lif besar muat utk katil/tretch..nampak macam tak muat juga.
Deletenak tanya sikit, kalau meter air tukar kepada meter individu (bukan pukal macam sekarang), penduduk boleh dapat air percuma ehsan kerajaan selangor tu kan? tak perlu lagi bayar pada mgmt office sebab bukan di bawah penyeliaan mgmt office lagi dah...
ReplyDeleteMemang mahal pun, RM1.80/m3. Kalau dapat tukar meter individu, memang boleh dapat air percuma. Keutamaan diberi kepada low cost flat. Medium cost & high cost apartment boleh apply, tapi tak tau bila boleh dapat. JMB akan prepare dokumen sokongan utk hantar permohonan kpd pihak yg berkenaan. Harap sabar.
DeleteJmb buat pemotongan meter air bagi penghuni yang tak bayar maintenance
DeleteBila boleh dapat tukar meter individu.
ReplyDeleteperkara ini akan diusulkan dalam AGM akan datang..AGM akan dibuat paling lewat Oktober 2013
Delete