Wednesday, August 14, 2013

tambah ruang parking

Salam Hormat dan Selamat Hari Raya,

Pihak Pengurusan bercadang untuk membuat satu petak parking sewa di lokasi seperti di dalam gambar di bawah (Blok 1) kerana ada permintaan daripada penghuni yang berminat untuk mendapatkan ruang parking kereta ke-2.





Sehubungan ini, pihak Pengurusan ingin mendapatkan respon daripada penghuni Cemara tentang lokasi yang dicadangkan bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

Sekiranya ada cadangan lain, atau sebarang bantahan berkenaan perkara ini, sila hantar ke pejabat pengurusan melalui borang komplen yang disediakan, atau boleh email kepada pihak Pengurusan di alamat cemaraapartment@unifi.my. Cadangan atau bantahan yang dihantar melalui email hendaklah disertakan dengan maklumat lengkap seperti nama, unit no. dan no. telefon.

Dalam tempoh seminggu daripada tarikh posting ini, jika tiada respon daripada penghuni Cemara, pihak Pengurusan akan membuat petak parking di tempat tersebut.

Sekian.

29 comments:

  1. Bukan semua orang baca blog ni lah bodoh... Kau nak bagi tempoh seminggu dari tarikh posting dalam blog ni pulak... Apa ke halnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai bahasa kau...tak sangka orang macam ni ada kat cemara..rilek brader,brader rilek....raya kan ni...jangan marah-marah...nanti cepat mampos

      Delete
    2. anonymous August 14, 2013 at 8:11 PM ni macam tak berpelajaran dan tak reti berinteraksi elok sikit nape..
      cara komen macam mat gian dan mat rempit pencen..?
      singgah sekejap nk baca latest update,tapi agak trkejut bila terbaca komen sebegini,rupanya ada penghuni cemara camni,sayang seribu kali sayang...gaya prcakapan yg boleh buat orang mual dan meluat...

      Delete
  2. Iya tak yee...
    Kalau komen guna bahasa yang sopan kan lebih baik.
    Esok akan dipublish pada notis board block1 & block2.

    ReplyDelete
  3. bila sistem pergiliran parking berbumbung hendak dilaksanakan? susah biar sama-sama susah..senang, biar sama-sama senang...ada yang buat parking berbumbung dah macam hak dia je...so better open for rotation basis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan harap ler...

      Delete
    2. ko cakap ni nak perli JMB ke atau ko salah sorang pemilik parking bumbung? kalu ko pemilik parking,memang haram jadah statement ko ni, kalu aku jumpa memang aku baling batu kat ko bhai.....

      Delete
    3. Aku naik besikal je.... Parking basikal aku memang ada bumbung

      Delete
    4. ha bagus...teruskan papa kedana ko tu...bawak beskal sampai tua...takyah pening-pening berebut parking dengan aku

      Delete
  4. Saya rasa dah ada 2 ke 3 lot yg jmb tambah baru tanpa bertanya pendapat....
    Dan sekarang ni rasanya dah semakin banyak kenderaan yang masuk ke dalam kawasan cemara....paking bukan ditempat yang sepatutnya....
    Mungkin kepunyaan unit yang mampu mempunya lebih dari 1 kenderaan....tapi tak ada peluang utk rasa kesenangan....
    Nak tanya kat jmb....selalu ke pantau pak guard yang kita penduduk bayar utk dia jaga keselamatan kita....tapi selalu terlelap je.....
    Lagi sepekara....saya bukan la nak menyibuk sangat...tapi kalau kita perasan sekarang...budak2 yang bermain kat dalam kawasan cemara ni datang dari luar kawasan....buat bising bagai....bab guna segala kemudahan yang ada tu sepekara...bab menjerit jerit sesuka hati lagi sepekara....
    Kemudian bab house rule bahagian kebenaran ubah suai rumah....rasanya hari ahad dan pelepasan am tak dibenarkan melakukan kerja....selepas pukul 5 petang pun tak dibenarkan melakukan kerja...tapi sebaliknya yang berlaku....
    Saya cuma memberi gambaran sahaja kepada admin....supaya boleh la dibincanglan dalam mesyuarat nant....jangan pulak suruh buat official complaint...mungkin boleh buka sedikit mata.....
    Maaf kalau terkasar....

    SELAMAT HARI RAYA....

    ReplyDelete
  5. BILA ORANG KATA BODOH ADA YANG TAK PUAS HATI..
    DAN TERASA HATI..

    KAT SITU SELEKOH LAH JMB YANG BIJAK PANDAI. KAU DAH KIRA KE BERAPA DARJAH SELEKOH KAT SITU... DAH LAH JALAN KAT SITU MENURUN. KALAU KENDERAAN BESAR MASUK LEPAS KE DIA PUSING KENDERAAN DIA. KALAU MOTORSIKAL DAN BASIKAL LEPAS LAH. KALAU ADA KENDERAAN YANG TERLAJAK MASA MENURUN BUKIT DAN TAK LEPAS KORNER TERUS LANGGAR KERETA YANG PARKING KAT SITU KAU NAK TANGGUNG GANTI RUGI KE?

    BILA ORANG BAGI PENDAPAT KAU NAK KE TERIMA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik,tu pasal la diadakan posting ni untuk tanya survey penduduk.

      "pihak Pengurusan ingin mendapatkan respon daripada penghuni Cemara tentang lokasi yang dicadangkan bagi memastikan keselamatan awam terjamin"

      baca tak abis tengok gambar terus komen ni la jadinya. dah sapa plak bodoh ni? pakcik ke? eh bukan? jangan emo ye pakcik.meh la jemput datang beraya rumah aku makan maruku & minum air sirap.

      p/s: aku bukan penyokong JMB,tapi tak suka komen membuta tuli.

      cuma designated parking ni buat aku berbirat dgn JMB.jauh dari lif!!!

      Delete
    2. pasal parking yang ni tak perlu nak respon-respon lah.. pengurusan boleh pikir sendiri lah. tak payah buat perkiraan matematik atau kejuruteraan jalan raya lah.. pikir logik akal pun dak tau sesuai ke tak.

      kalau nak ikut respon mcm mana pulaj caranya? nak ikut majoriti ke? majoriti setuju buat, majoriti tak setuju tak buat? macam designated parking jugak? walaupun pembahagian parking tidak adil dan menganiaya sesetengah orang tetap teruskan jugak sebab majoriti setuju kononnya..

      Delete
  6. Aku bukan penyokong JMB.......
    Hahahahabababababababhahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaaaahaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. situ ada pili bomba. tak boleh buat parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah kecoh je pili bomba, hujung lagi satu pun ada gak pili bomba, lot parking bersepah je blocking pili bomba.mende la lu.mende kecik nak besar-besarkan.

      Delete
  8. Nak buat jugak.....
    Tak kira.....nak buat jugak....

    **Aku bukan penyokong jmb**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku buat aduan kat bomba, JMB/pengurusan kena kompaun.

      Delete
    2. lu langsi yerk...takpe2......memang wa bukan penyokong JMB dan wa bukan JMB..tapi yang lu langsi sangat nak copy paste tagline wa ni aphal? kalau lu rasa tagline tu kelakar,ok...wa no problem...tapi klu lu rasa tak kelakar,wa rasa nak naik hangin ni bhaiiii!!!!! lu kena gelak bhaiii....!!!!! hahahaa....


      p/s: geng anti jmb kena bersatu, mana bleh berpecah-pecah

      Delete
  9. SETUJU GAK, SITU ADA PILI BOMBA...MANA BOLEH BUAT PARKING...NANTI MENGHALANG..

    ReplyDelete
  10. 2 anonymous yg berlainan pendapat....satu yg kurang hajar dalam bahasa dan satu lagi yg bersopan sikit..tapi kena dengar dan ambil kira pendapat dari kedua2nya..sebab mereka adalah insan yg berfikir......dan mereka penyeri kehidupan di apartment kita ...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oi! ko cakap bahasa aku kurang hajar ke?

      **bukan penyokong JMB**

      Delete
  11. selalu banyak kereta parking di ruang lobby block satu....kenapa security tak check dan bagi amaran pada visitor untuk tidak parking kat situ? mungkin ader rumah terbuka..tapi itu tdak boleh di pandang ringan sbeb kalau orang lain yg mengaku nak pergi beraya di rumah terbuka tapi sebaliknya nak merompak macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah..biar je lah..hal kecik je pon.bukan permenant parking kat situ..aku pun slalu parking kat situ kalau nak angkat barang besar atau banyak barang nak bawak naik..yelah..parking dah jauh dari lif kan...kena la buat camtu...

      Delete
  12. Bayar 3 guard rm 55++.++ ........
    Bila 4 guard??????
    Hasil lebih masa tido.......
    Bila nak check kawasan..........
    Asyik check kat guard house je la......
    Tak kira pukul berapa.......pagi ke.....petang ke........
    Kemon la jmb.........

    Ada kepentingan ke dlm syarikat security ni.........

    ***Jangan sampai berlaku ketirisan dalam akaun***

    ReplyDelete
  13. Selalu tgk parking visitor ada keta,bukan sehari tp hari-hari!!Keta yg sama plak tu,nmpak sgtt.Rumah sewa 2-3-15(dh pindah/kosong) sbb perasan parking tu selalu kosong, alih2 1-2 bln hari2 keta yg sama parking di lot 2-3-15(kereta avanza).Dia sewa ke lot parking tu??Pastu lot sebelah dia (sebelah 2-3-15) jd hari2 plak kosong manjang,nmpak sgtt.JMB tolonglah..

    ReplyDelete
  14. dah 2 hari berturut2 ader kete visitor parking kat entrance lobby..,..kalau visitor boleh park dekat lobby sebab senang dan dekat dengan lift, lebih baik bagi kat owner parking kat situ sbab owner beli property ...so lebih berhak parking kat mana2 jer. kalau saya tak ngadu kat guard tak der lah guard dtg check...per guard buat? TOLONG BUAT SIGN 'PARKING FOR OKU & AMBULANCE/EMERGENCY ONLY' KAT ENTRANCE KE LOBI 1 DI SEBELAH SURAU SAMPAI KE MAINTENANCE OFFICE. dan jika ader ceramah di surau, pastikan mereka park kereta di visitor bays sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon_bengkek_dgn_ImanSeptember 11, 2013 at 2:24 PM

      ko ni dengki sial...hati busuk...ko tak patut duduk kat cemara...ko ni jenis orang tak boleh give and take...ko pun tau berapa banyak je parking visitor kat cemara ni...busuk sial hati ko...macam bangkai babi kotornya....sudah-sudahla nak bangkit pasal parking dekat lobby tu...aku ada banyak barang nak bawak naik..aku pun selalu jugak parking situ, tapi ada aku parking sampai 1 hari ke? stgh jam pon paling lama,...bangsat btol ko ni...xpadan dgn nick name ko...ko ni la yang nak privacy sangat kan..ko pegi la rumah sebuah yang kat sebelah cemara tu..baru la btol2 privacy...fark btol,...

      Delete