Thursday, July 11, 2013

operasi tebang pokok

Salam hormat kepada semua,

Untuk makluman, pihak kontraktor akan menjalankan kerja-kerja menebang pokok di sekitar kawasan Cemara Apartment pada:

Tarikh: 15 July - 20 July 2013 (Isnin - Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

*** Zone 1: Block 2 (15/7/2013 till 16/7/2013)
*** Zone 2: Guard House (17/7/2013 till 18/7/2013)
*** Zone 3: Behind of Block 1 and Block 2 (19/7/2013 till 20/7/2013)



Pihak Pengurusan mohon kerjasama kepada semua penghuni yang parking kenderaan di kawasan tersebut supaya dapat mengalihkan kenderaan anda ke tempat yang selamat seperti yang akan diarahkan oleh pengawal keselamatan bagi tujuan kelancaran operasi dan keselamatan harta benda. (Notis rasmi akan diedarkan kepada semua penghuni dalam masa terdekat).

Pihak Pengurusan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi sepanjang kerja tersebut dijalankan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Pengurusan di talian 03-89539936.

*Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang di alami sekiranya Tuan/Puan tidak mengalihkan kenderaan seperti yang diarahkan oleh pihak keselamatan.

*The Management reserved the right to discharge/tow away your vehicle (Car, Motorcycle & etc) out from Vicinity of Cemara Apartment. All charges for such exercise shall be borne by Owner and The Management will not responsible for any direct or indirect damages or losses during/after this exercise.

50 comments:

  1. Sekarang ni cemara dah jadi asrama kolej ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous July 12, 2013 at 7:27 PM,
      aku pon tak paham jugak kenapa pokok yang tak jejaskan struktur bangunan pun nak ditebang.lainla kalau jmb ada plan nak pasang bumbung kat parking sekarang,kalau tak,aktiviti tebang ni bikin haku yang parking bawah pokok skang ni hangin dengan jmb yang buang privilege parking aku.

      so kita tunggu je la labu, macam-macam tindakan dorang ni, pastu admin pulak dah guna nama anon ke skang nak reply soalan-soalan penduduk. mesti la orang tu dah tanya office,kalau tak macam mana tau nak kena bayar deposit rm500 bagai.soalan dia betul ke ada ambil duit rm50 walaupun takde kerosakan.apeda.

      kenapa aku point mr wong?sebab kebanyakan idea dia yang diguna pakai tanpa banyak bantahan jmb lain (takde telor nak bersuara kot) cth: clamping fee - Rm100 dari wong,update akses kad:wong.ni baru contoh.banyak lagi, tapi malas nak ungkit je.sekian.

      Delete
    2. Salam ahmalaslayan,
      Salah statement ni.
      Admin tak pernah guna nama anon untuk reply soalan-soalan yg masuk dalam blog ni. Blog ni open, sesiapa saja boleh reply jawapan. Admin rasa la, org yg bertanya pasal rm500 tu, bukan berlaku kat JMB Cemara. Setahu admin, JMB Cemara takde pula kenakan caj extra RM50 tu. Idea Mr. Wong memang terbaik utk jaga kepentingan pemilik Cemara. Idea dari admin pula, nak cadang dlm meeting JMB untuk buat parking bumbung kat Cemara ni. Cadang je dulu..Banyak lagi cadangan yg masih belum terlaksana, depend pada budget. fokus utama JMB skrg nak dapatkan strata title, nak collect hutang-hutang lapok & nak naik kan nilai hartanah Cemara Apartment.

      Delete
  2. saya tak paham kenapa tebang pokok yg di parking area? kalau tebang pokok yg dekat dengan dinding bangunan tu memanglah saya setuju....
    saya ialah penghuni yang pertama sekali masok tingal di aprtment ni..masa tu pokok sumer kecik2 lagi..panas giler...sekarang pokok dah tinggi dah rimbun..sejuk dan nyaman. hijau jer...tapi kenapa di musnahkan pokok di sekitar dan sekeliling aprtment? minta di hentikan kalau boleh.....gobal warming ni seharusnya kita menanam lebih banyak pokok....it takes another 10 years to have a green environment again...bayangkan keadaan rumah yg menghadap ke sunrise dan sunset...mesti panas giler....tak der pokok yg menghalang cahaya panas matahari. adeh!

    ReplyDelete
  3. apartment kita dah cantik dan sejuk.....apahal nak buang pokok.....sedih ngat bila pagi ni tengok parking keter aku dah botak.....dah lah hutan sebelah tu kena tebang nak wat rumah...pokok yg kita tanam sendiri pun nak di tebang juga...

    ReplyDelete
  4. Entah la en Iman, susah nak bicara dengan JMB ni, bukannya terima pendapat lagi-lagi yang komen dari blog ni. emo, JMB cemara memang emo. pastu pakat buat je, takde nak consider penduduk yang tak puas hati ke apa. konon kata dah lama perancangan ni nak dibuat. nak bantah pon tak guna dah, JMB kan kuasa veto.apa-apa perancangan konon-konon nak dibincang, tapi sesama JMB aje. tutup je la blog ni kalau komen-komen kat sini tak diambil kira,padahal kat sini la kita nak tunjuk true colors.bukannya dalam meeting untuk berlakon jadi formal.

    makin lama makin menjadi jmb cemara.sudah-sudahla tu.cuba-cuba la duduk diam pulak.pastu review balik berapa ramai penduduk yang jmb dah sakitkan hati.kalau nak follow apartment lain yang dah establish,dorang buat pelan-pelan.satu-satu.tengok ramai setuju ke tak.bukannya veto!apartment dah sejuk/cool bila potong pokok tinggal apa?togel la bodow! jangan kata ni idea si wong jugak.bangsat betul jmb kalau sume pon wong yang control.tak guna ada pengerusi ke,ajk kebajikan ke apa,suma bagi wong la jaga.

    ReplyDelete
  5. saya tak tau kat mana nak complaint pasal para ibubapa atau penjaga membenarkan anak2 bermain di ruang jalankaki dalam bangunan apartment. kebisingan dan keriuhan mereka menggangu kedamaian penghuni unit...macammana harus kita educate penghuni yg ini bukan penempatan rumah haram dan telah di sediakan tempat untuk kanak2 bermain....minta maaf tapi sya memang terganggu sangat dengan bunyi bising oleh kanak2 yg bermain di luar unit saya..

    ReplyDelete
  6. Kenapa kena tebang pokok yang tak ganggu struktur bangunan? Panas la nanti!!

    ReplyDelete
  7. Pokok besar yang tak ganggu struktur bangunan ditebang kerana ianya merosakkan struktur tanah tempat parking, jika dilihat akar2nya telah keluar di permukaan tanah dan menyebabkan tar pecah. dan juga risiko tumbang jika berlaku angin ribut. Jika ini berlaku, lagi banyak kos yang terpaksa ditanggung. Untuk pencegahan awal, pihak pengurusan membuat keputusan untuk tebang terus. Mungkin lepas ni ada cadangan untuk tanam pokok2 hiasan saja, cth pokok palma ke..mungkin di sini ada pakar2 landscape boleh cadang apakah pokok yang sesuai nak di tanam bagi menggantikan pokok balak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anti Parking BernomborJuly 18, 2013 at 11:39 AM

      wahh...jawapan admin memang general dan takde tekanan...bravo2...

      Delete
    2. pokok palma tidak bleh mengantikan dan memberi suasana sejuk nyaman. dan pokok besar ader cost yg tinggi.....penduduk juga yg kena bayar nanti....

      Delete
    3. Kenapa tak potong semua pokok di kwsn parking tu. Suatu masa nanti pokok tu pun akan rosakkan struktur tanah jugak dan akan pecahkan tar jugak. Nak tunggu rosak dulu ke baru nak tebang

      Delete
  8. tebang pokok tanam pokok siapa yg bayar duit itu jangan buat kerja gila..........

    ReplyDelete
  9. ok...kalau memotong pokok tu lebih membawa kepada kebaikan ..sya rasa ok jer..tapi rugilah penduduk...jika sekiranya pokok tersebut adalah pilihan dari specis yg sesuai alangkah baiknya....so skrang parking keter jadi panas lah...dah potong nak wat cam ner.....

    ReplyDelete
  10. Dah ada notis nak baca yasin dalam lif di blok 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anti Parking BernomborJuly 19, 2013 at 3:34 AM

      tu la..orang yang tulis tu pon satu..aku pun marah dgn jmb tapi takdela sampai nak vandalism conteng sana sini..kalau aku rage,aku upah bulldozer kasi pecah sume parking2 lot tu...sebab masalah aku parking je..ahahaa..

      yang notis tu pon satu,doakan musibah la apa la..apa kata doakan yang baik-baik..semoga orang tu insaf ke...boleh duduk semeja minum-minum dengan jmb ke..ni tak..kemalangan la..kematian la..aku first time baca dah buat aku punya level menyampah dengan jmb makin naik...emo dowh...btol la yang ada anon cakap kat atas..jmb cemara ni emo..

      Delete
    2. admin pun ada baca juga notis dlm lif tu...ni betul2 punya marah ni...admin rasa laa...sesapa yg conteng dalam lift tu, baik pegi minta maaf cepat dgn tuan pengerusi kita & padam balik contengan tu.. Bulan puasa ni tak boleh buat main2..selamat berpuasa semua kpd pengkomen.

      Delete
    3. Dia tahu dia punya marah saje! penghuni lain yang berapa ramai dah marah pada dia sebab dianiaya oleh dia dia tak nak ambik kisah ke? Dia tahu yasin dia je, dia tahu ke setiap hari berapa kali orang yang teraniaya tu doakan yang tak baik pada dia...

      Delete
    4. Dah lama orang lain bersabar dgn dia. Yang conteng dlm lif tu maknanya orang marah la tu, tak adanya orang saje-saje nak tulis mcm tu pada dia.

      Delete
    5. Tak lek dikritik. Tak leh di bangkang, tak leh dgr ckp orang lain, aku saje yg betul. Aku tak salah, yang salah semua orang yg bukan JMB. CEMARA ni bapak kitaorang yang punya. Yang bukan JMB tak ada hak bersuara

      Delete
    6. Anti Parking BernomborJuly 19, 2013 at 3:04 PM

      Anon July 19, 2013 at 2:21 PM....
      bawak-bawak bersabar...aku pon marah jugak dengan JMB ni...memang dorang punya implementation rules,buat itu ini memang aku sakit hati,tapi paling aku sakit hati of course la parking kan...elok-elok tak bernombor di taruh nombor...pastu baru je aku pikir ok parking bawah pokok skang pokok kena tebang plak....so acaner tu...memang makan hati la dengan jmb ni..pastu kalau delay sikit bayar maintenance datang la surat bawah pintu ugut nak potong air......


      so admin aku rasa dia pon jmb jugak...tapi bukan la nak mempersoalkan ketelusan admin,cuma mungkin cadangan admin dah bawa ke jmb,tapi sampai skang takde feedback...aku dah respon cadangan pasal parking segregation la...parking berbumbung rotation la....tapi nampaknya tak penah ada update pasal tu...

      hentah la...kalau la ramai-ramai yang teraniaya ni doakan kehancuran dan kecelakaan jmb cemara pulak macam mana? kereta rosak la...anak sakit la...bini sawan la...ha..camne? nak ke jmb sekalian?

      Delete
    7. mula-mula baca yasin... lps tu nak doa pulak.. buat semayang hajat pulak lagi.. tak ada ke yang nak pegi siam ke nak bomohkan ke.. santau ke.. sihirkan ke...

      Delete
    8. dah kena kutuk dan kena kate sikit dengan tulisan dalam lif tu dah emo sampai nak baca yasin. mental langsung tak kuat. baru jadi Pengrusi JMB. orang lain ada yang sampai jadi menteri besar menteri kecik. kena kutuk, kena kate, kena fitnah, kena caci kena macam-macam tak ada pulak aku penah dengar diaorang nak baca yasin ke nk semayang hajat ke doakan keburukan pada orang lain. mental mesti kuat la kalau sanggup buat keputusan sampai menganiaya orang lain, ataupun puak-puak JMB ni memang ada masalah mental.

      Sekarang ni saya rasa kebanyakan penghuni yang tak berpuas hati dengan JMB dan pengerusi JMB tu mestilah berkait dan bermula dengan masalah parking tu dan perbuatan-perbuatan lain JMB. Perkara parking ni dah pernah disuarakan kepada JMB dan dalam meeting. Dengar cerita sampai ada yang dak nak bertumbuk, dah sampai tumbuk-tumbuk meja. Tetapi Pengerusi yang masih berkeras tak nak ubah parking-parking tu (Pengerusi ubah parking lot untuk dia boleh) jadi perkara parking ni akan berterusanlah ketidakpuasan hatinya penghuni-penghuni yang teraniaya ini.

      Bila dah disuarakan tetapi tidak dilayan dan ditolak dengan alasan-alasan yang bodoh maka aku tak hairan lah kalau ada yang buat vandalisme dengan tulisan-tulisan yang tidak menyenangkan. mula-mula dalam lif.. lepas ni tak tahu la kat mana pulak. mungkin kat pintu, kat tangga, kat tiang-tiang kat koridor, kat kereta JMB/Pengerusi, kat Rumah JMB/Pengerusi kemungkinan boleh juga berlaku.

      Jadi sebaiknya sebelum perkara ketidakpuasan hati dan rasa teraniaya ini jadi berterusan, sama-sama lah kaji balik keputusan-keputusan JMB/ Pengurusan yang telah menyusahkan orang lain ni.

      jangan sampai suatu hari nanti jadi permusuhan pulak kita dikalangan penghuni-penghuni di Cemara ni.

      Delete
    9. Sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya itu tersangatlah makbulnya..

      Delete
    10. Lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Sama-sama lah berdoa sesiapa yang dah rasa dianiaya oleh JMB dan rasa hak dan keadilan untuk mereka telah dinafikan selama ini. Teruskan doa anda semua sehingga puak-puak JMB ini merasa insaf dengan perbuatan mereka.

      Delete
  11. Apa yang ditulis dalam lif tu sampai pengerusi JMB jawatankuasa mak bapak naik hangin sangat sampai nak baca yasin bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi la baca sendiri dalam lif tu.. Kang tulis dalam ni dia keluar pulak notis baca yasin dalam ni pulak

      Delete
    2. Anti Parking BernomborJuly 20, 2013 at 9:23 PM

      Hahaha...btol3x..mental tak kuat,silap2 ada arahan tutup blog ni plak..

      Delete
    3. Pengerusi JMB memang selenge

      Delete
  12. Adakah pemasangan cctv dalam lif adalah kesan daripada kes conteng atau secara kebetulan sememangnya pemasangan cctv dalam lif adalah dalam perancangan.hanya JMB yang mengetahui

    ReplyDelete
  13. Bila pulak dalam lif pasang cctv....
    Tapi masalah paking sama jugak....
    Ada guard....
    Ada access kad......
    Tapi cam haram jugak....
    Ada yang lebih dari satu kereta tapi tak de ruang sewa paking sebab dah ada yang salah guna ------.......
    Ada yabg dah sewa paking dah...tapi satu umah duk dua tiga famili....so kompom ada lebih dari 2 kereta....
    Hari ni saga...esok avanza......pastu nissan....pastu alza...pastu myvi....tapi owner umah sama sebab satu umah tiga empat famili.....so masuk paking free je tak payah bayar sewa pung...sebab bila sampai kat guard je drive laju2 sampai kat depan palang......hari2 buat benda sama......
    Besepah nama wong....wong ni yang mana satu......
    Mamat tu gila kuasa ke????
    Pastu ni betul aku tak puas hati sebab berat sebelah...pilih kasih....utang 400 terus potong meter.....gua tengok ade je utang beribu...kat statement je yg dah potong....tapi jmb ni bangang ke ape??????tak boleh tengok sendiri ke dah potong ke belom.......sonok beb utabg beribu...paking kat dalam jugak....guna kemudahan macam biasa jugak.....tak ke ___________ nama nye????
    Tapi mungkin kaum kerabat kot......
    So benda ni dibiarkan je.......
    Memang sial la.......

    Makin hari aku dah makin hangin woooooooooo........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemasngan CCTV dlm lif memang ada dlm perancangan JMb dan juga ada kaitan kes conteng/vandalism.

      Anon July 21, 2013 at 10:51,
      Boleh berikan maklumat unit mana yang dimaksudkan? Boleh email maklumat kpd admin utk siasatan.

      Pasal hutang tu, mungkin Anon silap faham. Yang ada hutang beribu, tapi meter tak potong, kenapa tak potong? sebab mungkin owner dia dah pergi office dan buat permohonan bayaran ansuran (surat janji). Yg 400 pula, mungkin owner tak beritahu apa-apa kpd pengurusan. Kalau penghuni ada masalah bayaran, boleh ke office mohon bayar ansuran.

      Delete
    2. Lagi satu, mohon emailkan maklumat unit yg ada hutang beribu, meter tak potong & unit yg hutang 400 terus kena potong...nak kena siasat dulu.

      Delete
    3. Lepas ni kalau ada vandalisme kat tangga pasang CCTV kat tangga pulak la ye? ataupun kalau vandalisme tu ada nama pengerusi sahaja je kot... Tak logik langsung alasan pasang cctv sebab ada vandalisme. Penghuni yang moto kena curi ke, minyak kena kebas ke nasib kaulah... Hangpa tak ada kepentingan pada pandangan JMB? yang penting lif tak ada orang conteng nama pengerusi jmb.

      Delete
    4. Admin.. Detail saya tak boleh bagi...tapi bab potong n tak potong air kat blok 2
      Dlm statement bulan 4 tulis dah potong....bulan 5 pun tulis dah potong...bulsn 6 pun tulis dah potong...bulan 7 pun tulis dah potong....main tulis je ke statement.......
      Pastu tampal...

      Delete
    5. Ok. terima kasih kerana beli klu. Tak perlu bagi detail pun takpe, bagi no rumah pun cukup sebab nak kena check maklumat kat office. Mungkin ada penjelasan drp pejabat pengurusan. Maklumat jgn tulis dalam blog ni, hantar email ke alamat cemaraapartment@unifi.my

      Delete
  14. perbualan ant JMB dan penduduk.nama dirahsiakan.

    penduduk (P):kenapa pasang cctv dalam lif? kenapa tak pasang dekat tempat motor? selalu minyak kena curi,bazir saja pasang dalam lif
    jmb (J):pasang la,selalu conteng2 ini dinding.
    penduduk (P):saya sudah bising sama wong itu hari,bazir saja pasang dalam lif,pasang tempat motor la.itu wong cakap, "ooo,ANTAR KOMEN DEKAT OFIS.."

    Conclusion: benda dah pasang,kalau komen boleh reverse balik ke apa yang dah buat? jawapannya ialah::SIA-SIA JE!PARKING PUNYA HAL DAH BANYAK KOMPLEN SATU HAPA PON TAKDE TINDAKAN.JAWAPAN LEPAS DIRI SIAL WONG TU.CELAKALAH JMB YANG MENGANIAYA PENDUDUK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasang je CCTV tu kat parking pengerusi JMB, tak pun kat Rumah pengerusi JMB.. cemara di di ayang punya..

      Delete
    2. Utk pengetahuan, pasang cctv kat tempat motor pun ada dlm perancangan JMB. Tempat nak pasang pun dah dikenal pasti. cuma skrg budget tak berapa nak cukup..maklumla, nak pasang benda ni banyak pakai duit. JMB tengah kumpul duit ni...Ada tak sesapa sini yg ada cable besar kat mana-mana tempat, nak mohon sponsorship cat bangunan Cemara. Buruk benar nampak bangunan cemara ni. JMB pernah hantar surat kat ADUN sblm PRU13 lepas, sampai sudah takde jawapan.

      Delete
    3. Semoga pengerusi JMB dan ahli-ahli JMB yang telah menzalimi kami ditimpa bala bencana diatas kezaliman yang telah mereka lakukan.

      Delete
  15. Banyak perancangan dan projek2 JMB nk buat utk cemara ni kn.. di cadangakan la semua projek yang ada dalam perancangan tu post kt JMB (buat new post) agar semua penduduk dapat melihat apa yang akan JMB buat, bukan hanya perancangan yang JMB sahaja tahu tapi semua penduduk tahu dan boleh beri pandangn dan komen. Kalau ada dalam perancangan pun boleh di tukar mengikut tahap kepentingan pada masa tersebut, semua perancangan boleh di ubah mengikut masa, keadaan dan sumber peruntukan, jangan hanya bila ada dalam perancangan je terus nk buat walaupun dapat tentangan dan komen atau cadangan yang lebih baik. Diharap lepas ni dapat post dalam blog ni bekenaan perancangan-perancangan yang JMB nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat2 bersetuju dengan cadangan awak.....
      Baru la proper perjalanan projek.....detailkan sekali kontraktor mana yg diberikan projek....
      Baru semua org boleh tahu...

      Delete
  16. Sejak kebelakangan ini banyak perubahan yang kita lihat , kita mesti berterima kasih atas sumbangan jmb yang baru yang mengambil alih daripada developer sekian hari.Semenjak dulu lagi mana ada perubahan selama 6 tahun lift yang kedua tak berjalan langsung . saya sebagai seorang pemilik rumah boleh di katakan bagus la jmb yang baru ni . Terpulang la bagi yang tak puas hati.Bagi pendapat saya kita semua kena bersatu hati menegakkan perpaduan di kalangan penguni cemara bukanya nak bermusuhan antara satu sama lain .Encik jamali kena la perhatin dengan semua penduduk jangan la nak menekan penduduk sampai dia orang marah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyampah gua tengok muka selenge dia. Rasa nak sepak-sepak je. Pergi mampus lagi baik la dia tu. Hidup nyusahkan orang je.

      Delete
  17. Kepada semua pembaca setia blog cemara ni..saya nak mintak maaf kalau ada komen yang saya tulis ada menyinggung..banyak jugak saya dah komen.semua guna nama anon......
    Dah sebulan dua jugak saya tak ambik port pasal cemara.....
    Buat hal sendiri......
    Ada terasa aman....so......
    Salam ramadan n sori kepada semua yg teremo sekali...

    ReplyDelete
  18. Semoga segala kezaliman dan ketidakadilan yang telah dibuat oleh pihak JMB terhadap penghuni cemara akan dibalas oleh Allah dengan seberat-berat pembalasan.

    ReplyDelete
  19. kalau dah tau tak cukup budget kenapa tidak di dahulukan pada lokasi yg penting2 dan selalu kejadian mencuri terjadi..saya kehilangan motor superbike sya di tempat letak motor, kenapa dipasang dalam lift hanya untuk mengelakkan orang dari menconteng dinding lift?...tak paham per tujuannya.

    ReplyDelete