Thursday, May 16, 2013

upgrading autogate system

Salam hormat,

Pihak Pengurusan telah membuat keputusan untuk menaik taraf sistem autogate yang sedia ada kepada sistem yang menggunakan software (computer based). Ini kerana sistem yang sedia ada,  tidak dapat digunakan untuk mendaftar kad akses yang baru.

Ada beberapa kes di mana kad baru tidak boleh digunakan kerana ianya tidak dapat didaftar ke dalam sistem kawalan utama. Perkara ini menjadi kesulitan kepada penghuni yang baru berpindah ke Cemara untuk keluar/masuk dengan kenderaan. Juga menjadi kesulitan kepada penghuni yang membuat penukaran kad. Oleh sebab itu, dalam mesyuarat yang lepas, pihak pengurusan telah bersetuju supaya sistem kawalan autogate ini dinaiktaraf.

Semasa kerja naik taraf ini dibuat, data-data lama yang telah disimpan di dalam sistem kawalan utama akan dipadamkan dan menyebabkan semua kad akses yang sedia ada tidak berfungsi. Bagi mengatasi perkara ini, pihak pengurusan telah mengedarkan borang  maklumat yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran semula kad tersebut. Borang ini boleh didapati di pondok pengawal, di pejabat pengurusan atau boleh juga dimuat turun secara online di sini. Borang yang telah siap diisi, hendaklah dihantar kepada pihak pengurusan sebelum 15 Jun 2013.

Memandangkan sistem ini juga tidak pernah diselenggara dan terdapat kebocoran pada sistem mekanikal/hidraulik, ianya juga akan di hantar service bagi memastikan ianya beroperasi dengan baik. Pihak pengurusan juga akan membeli kad tambahan kerana telah kehabisan kad.


Sekian saja maklumat yang ingin disampaikan.
Terima kasih.

15 comments:

  1. Admin n jmb....
    Agak2 berapa lama masa diambil...
    Kompom ke keberkesanan sistem...
    Atau akan tetap ada bunyi hon....
    Kalau rumah tuan berhampiran dengan jalan keluar masuk ni tuan akan tahu betapa gembiranya duduk di CEMARA APARTMENT...GUARDED. ..GATED....setiap jam akan ada bunyi hon....tak tenteram langsung.....bila la nak berakhir....apakan daya....disini yang murah n mampu....ingat aman....rupanya....hon..hon...hon...hon...hon...hon...hon...hon..hon...

    Tapi taip kat sini ada apa2 kesan ke??!
    Macam baca pos yg lepas2....
    Mcm komen sesetengah pembaca.....tiada kesan...

    Kalau buat laporan bertulis...adakah maklumat pengadu akan di rahsiakan.....

    Banyak.........

    Ada banyak nak di adukan.....

    Kalau maklumat pengadu dirahsiakan mesti ramai pegi mengadu....
    Rasanyalah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang 2 minggu..
      Hon itu tak boleh nak halang..
      Laporan bertulis menggunakan borang yg disediakan & dihantar ke pejabat pengurusan lebih berkesan.
      Jangan risau. Maklumat pengadu dirahsiakan dari pengetahuan umum.

      Delete
    2. selama ini pun memang dirahsiakan..kawan saya pernah banyak mengadu,kalau tak rahsia dah lama dia glamerr

      Delete
    3. Apa yang tiada kesan?dah banyak perubahan ada pada sekarang bukan?bersabar la,hanya perkara kecil,sementara,dan tak boleh halang pun hon hon hon tu..apa yang apakan daya??cemara antara apartment yang ramai nak duduk..pasal aman,memang aman pun. aman dan tenang dan tak crowded dan selesa. apalagi.

      tak payah perli2 pihak yang dah berusaha. dan itu bukan atas permintaan pihak tertentu,semua yang diusahakan mereka adalah hasil dari ADUAN,COMPLAINT,LUAHAN,PERMINTAAN,ETC PENDUDUK PENGHUNI CEMARA JUGAKKK.....................
      BERSYUKURRR DAN BERSABAR LAA...

      Delete
  2. kenapa jmb sibuk nak buat semua benda dalam satu masa? kenapa perlu terburu-buru?

    jmb harus ingat objektif utama jmb ialah membantu menyelesaikan masalah penduduk bersama-sama dengan pihak pengurusan. kerana itu diberi nama jmb (joint management body)

    ni tak, lebih kepada menekan penduduk adalah.tak perlu nak kejar populariti dalam membuat sesuatu.pulak tu,kebanyakan jmb banyak yang dapat parking berbumbung (ini statement berbaur personal sikit).

    buat la satu-satu. tak perlu terkejar-kejar. macam-macam rules ada.cctv kena panah petir,so macam mana tu? parking aniaya orang yang rumah atas,jauh dari lif.

    yang pasti, penduduk bukannya semua mampu nak bayar / follow rule yang jmb perkenalkan banyak sangat ni.


    dah naik bosan sebenarnya. bukan la menafikan usaha jmb, tapi jangan la drastik sangat untuk perubahan,tengok poket tengok kemampuan.kalau ada fund,jalan.

    lagi satu nak highlight pasal bila nak keluar dari cemara, biasanya banyak kereta yang blocking hujung simpang cemara, mengganggu pandangan sebab tak nampak kereta dari kanan atau kiri. boleh tak kalau letakkan kon. ni untuk elakkan kejadian tak diingini sebelum berlaku kejadian lebih teruk.

    cadangan je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas cadangan & komen. Perkara parking dekat simpang telah dibincang sebelum ini. Ianya diluar kawalan pengawal keselamatan.

      Delete
    2. semua yang diusahakan mereka adalah hasil dari ADUAN,COMPLAINT,LUAHAN,PERMINTAAN,ETC PENDUDUK PENGHUNI CEMARA JUGAKKK....................

      benda yang anda kata terburu buru itu sudah cukup lama diperlukan dan diharapkan oleh penduduk,itu bukan idea tiba tiba tetapi sudah lama sepatutnya ada. kalau bukan atas cadangan pun,itu semua memang patut ada untuk kebaikan kita semua juga.
      cuma saya rasa mungkin keadaan pengurusan dan masalah tertentu saja yang agak lambat menjayakannya.Tapi sekarang bila sudah tiba masa hendak diusahakan semuanya ada juga yang tak puas hati..

      kemampuan apa lagi,semua yang perlu dibayar memang lah bayaran setiap bulan kecuali anda banyak berhutangg??saya sendiri hanya bayar tebang pokok sahaja termasuk bil bulanan saya.
      saya heran apa yang perlu ikut kemampuan..anda tinggal disini sudah semestinya anda tahu apa yang perlu dibayar..
      kalau anda betul betull tidak mampu,tak ada paksaan untuk kita bukan,setiap kita akan diberi masa untuk membayar secara perlahan ikut kemampuan.
      sekiranya kita ada masalah atau cadangan,kita boleh saja pergi ke pengurusan untuk memberitahu..semestinya mereka akan tahu situasi anda selepas itu.

      CCTV kena panah petir,itu U kena tanya Tuhan..

      Delete
    3. penghuni riangria,

      apasal nak emo sangat? dah rasa senior sangat la sebab gaya penulisan macam orang lama penduduk cemara. tak payah la nak melenting, bagi pandangan secara berhemah je pun, tak payah la nak beremosi konon-konon KAU sorang je yang mampu bayar maintenance fee tiap-tiap bulan.memangla bagus pembaharuan ni,tapi tetap la ada tak puas hati macam contoh parking bernombor,menyusahkan aku yang nak kena jalan jauh ke lif,ke riangria ada parking berbumbung? untongla, dah senior kan! banyak cadangan dalam post tebang pokok antaranya potong secara berperingkat,guna fund yang available.tak luak pon rm70 aku nak bayar ansuran 2 bulan tu,tapi kalau ada orang bagi free, takkan KAU tolak, lainlah KAU ni millionaire, tempat KAU bukan di Cemara,D'Alpinia lebih sesuai.

      Aku ni rakyat marhaen, mana yang boleh aku cadang, aku cadang. mana yang boleh bagi pandangan, aku bagi pandangan. tapi takde la nak bongkak macam KAU tu riangria.

      CCTV kena panah petir nak kena tanya TUHAN, apa motif KAU ni riangria? aku cuma nak highlight pasal CCTV tu,aku memang suka ada CCTV.So skang dah CCTV nak kena belanja baru,apa seterusnya? ada ke duitnya? nak buat kutip rumah ke rumah lagi ke? itu aje.

      Jangan la sebab kena cuit sikit nak melenting macam jatuh kerusi dari tingkat 4.biasa la ada pro-kerajaan, ada pro-pembangkang. kecik ada besar, kurus ada gemuk, hitam ada putih,biasalah ni.

      Kalau dah tak boleh sangat nak kena kritik,mintak admin ni disablekan ruang komen.apa-apa post baru/pembaharuan, admin post je kat blog ni,kita pembaca/penghuni sekadar baca dan follow je. memang la ada saluran komplen secara sistematik (isi borang,tapi profile penghuni nak kena isi), tapi komplen secara formal je la. takkan nak tulis merapu-rapu dalam form tu. blog je la yang mampu kupas isi hati yang sebenar,walaupun tak mewakili semua penghuni, tapi ada jugak minoriti yang terkesan dengan pembaharuan yang JMB buat .paling terkesan buat aku ialah parking bernombor, ini contoh ye riangria,tak payah nak spin cakap aku tak bersyukur ada parking lot sendiri,sebelum bernombor ni, aku ada privilege nak parking depan-depan pintu lif. itu je bezanya.

      Apa-apa pun, terima kasih la riangria sebab komen KAU ni buat aku makin sakit hati dengan JMB (aku rasa KAU ni JMB,tapi ini assumption aku saje). JMB performance is good, it's just that your approach of introducing too many new rules (the latest is the form for sticker application), is just too ridiculous (not apply to Riangria,he's happy living in Cemara). Satu-satu kan lebih bagus. Satu dah berjaya, buat satu lagi.

      Dah Maghrib pun, jom Muslim readers, lets come down to Surau and solat berjemaah.

      Sekian.

      Delete
  3. Nak ke jmb terima cadangan....
    Nant dia suh kita dtg meeting.....
    Pastu bila agak tekanan tinggi.....suh kita jdi anggota jmb..
    .............
    ...............
    .................
    .............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadang je dulu..
      Minta borang cadangan kat pejabat pengurusan.

      Delete
  4. Wah....riang rianya.....
    Semua yg penduduk minta....
    So penduduk minta selesaikan paking senyap?????!!!!!!!
    U ada tgk ke jumlah tunggakan.......
    U tau ke kemampuan semua org.......

    Ape pun mungkin u memang mampu....its ok...

    Kalau riang ria paham keadaan n ayat terburu buru tu sebenarnya dimalsudsa untuk jmb...
    Rasanya jmb baru je lagi ambil alih pengurusan....
    Akaun dari mr richard dah dpt penuh ke?!!!semua hutang macam mana??!
    Saya rasa banyak lag pasal pengurusan yg tertangguh dgn mr richard...
    Hutang2 lapok macam mana????
    Itu yg dikatakan bersabar dulu.....
    Banyak sangat black n white yang tiada....
    Jgn la disebabkan kebaikan setengah pihak sampai lupa puls kesusahan pihak uang lain...dia tahu ke maintenance fee akan dinaikkan....
    Saya tahu masih ada yang belum pun selesaikan bayaran insurans..

    Sori ye kalau ada pihak terasa...

    ReplyDelete
  5. Anon anti riangriaMay 30, 2013 at 12:08 PM

    mana penghuni riangria ni? dah tak riang ke tinggal kat cemara?

    ReplyDelete
  6. Admin....apa upgrade pada system gate ye....
    Sampai hari ni yg nampak cuma tukar palang je......

    ReplyDelete
    Replies
    1. upgrade controller...belum siap..dlm proses...

      Delete
  7. terima kasih atas usaha pihak admin dalam memperbaiki kemudahan dan prasarana apartment kita...syukur ader yg ikhlas prihatin.

    ReplyDelete