Thursday, December 6, 2012

kolam




Kerja-kerja membuat penutup longkang swimming pool nampaknya sudah hampir siap. Walau bagaimana pun, ada beberapa keping penutup ini telah rosak/pecah selepas beberapa hari dipasang.

Kenapa mudah pecah? Mungkin material yang digunakan tidak berkualiti atau buatan tidak kemas. Ada juga laporan mengatakan sebilangan kanak-kanak yang mandi kolam cuba mengangkat penutup tersebut. Mungkin bila diletak semula agak kuat, menyebabkan ianya pecah di bahagian tepi.

Jadi, mohon kerjasama semua penghuni agar sama-sama memastikan penutup longkang di kolam ini sentiasa dalam keadaan sempurna. Jika ada anak-anak yang cuba mengangkat penutup tersebut, harap dapat sama-sama memberi teguran.

Jika ada sebarang cadangan untuk kebaikan semua penghuni Pangsapuri Cemara, sila hubungi/email pihak JMB. Committee JMB sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua penghuni.

Sekian.

Related Posts:

  • CF Cemara Salinan CF untuk rujukan semua pemilik Cemara. … Read More
  • hak milik strataBerita baik kepada pemilik Pangsapuri Cemara, Setelah sekian lama menanti status permohonan strata, akhirnya kita mendapat berita gembira. Atas usaha… Read More
  • jelaskan bil maintenanceSalam hormat, Kepada penghuni yang mempunyai tunggakan bil maintenance melebihi RM500, sila buat pembayaran segera untuk mengelakkan gangguan kepad… Read More
  • penutup longkang kolamMakluman, Pihak pengurusan sedang membina penutup longkang kolam renang yang baru bagi menggantikan penutup lama yang telah banyak rosak. Harapnya de… Read More
  • notis mesyuarat JMB ke-3Salam hormat kepada warga Cemara, Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat JMB kali ke-3 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 25/11/2012 (Ahad) Masa:… Read More

0 comments:

Post a Comment