Sunday, July 21, 2013

lampu jalan.

Salam hormat kepada pembaca blog,

Untuk makluman penghuni Cemara, semua lampu jalan di kawasan Cemara tidak berfungsi sejak 2 hari lepas. Pihak Pengurusan telah membuat pemeriksaan dan mendapati masalah berpunca dari bekalan TNB.

Laporan kepada pihak TNB (no report: U8323B)  telah di buat dan pihak TNB datang membuat pemeriksaan dan memaklumkan bahawa masalah ini perlu di rujuk kepada MPSJ kerana pihak TNB hanya bertanggungjawab terhadap tiang lampu jenis konkrit sahaja. Manakala tiang lampu besi adalah di bawah tanggungjawab MPSJ. Jadi, laporan kepada MPSJ juga telah di buat (no report,1766/07/2013).

Pihak Pengurusan telah menghubungi MPSJ supaya mempercepatkan kerja-kerja pemeriksaan/pembaikan, namun MPSJ memaklumkan bahawa prosedur untuk membuat pemeriksaan adalah dalam tempoh 3 hari bekerja manakala tempoh untuk membaiki kerosakan adalah dalam masa 14 hari. Jadi, terpaksa tunggu MPSJ datang

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi pejabat pengurusan di talian 03-89539936.

Sekian untuk makluman.

Related Posts:

  • Mesyuarat ke-5 (update)Salam hormat, Mesyuarat JMB ke-5 telah pun selesai dan tamat pada jam 12.30mlm dengan jumlah kehadiran 10 orang termasuk pengurus bangunan, JMB commi… Read More
  • security serviceSalam hormat, Adalah dimaklumkan bahawa pihak JMB telah membuat keputusan untuk menukar syarikat keselamatan yang sedia ada kepada syarikat keselamat… Read More
  • pertukaran guardSalam hormat kepada semua, Malam tadi seawal jam 11.30mlm, telah berlangsung satu perjumpaan dengan Uncle Samy, pihak JMB dan wakil syarikat keselama… Read More
  • Notis Mesyuarat ke-5 (tukar tarikh)Salam Hormat, Mesyuarat bulanan JMB kali ke-5 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 12 Mac 2013 (Selasa) Masa: 9.30 malam Tempat: Dewan Pan… Read More
  • advertisement boardSalam Hormat, Pihak JMB telah membuat keputusan untuk menyewakan ruangan berikut untuk tujuan iklan. Kadar sewa yang dicadangkan adalah seperti di ba… Read More

3 comments:

  1. Lampu jalan dah beroperasi seperti biasa. Jika ada masalah lain melibatkan harta bersama di Cemara, sila lapor di pejabat pengurusan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan admin atas usaha ikhlas tuan...semoga usaha tuan mendapat sokongan dari semua ahli penduduk cemara.

      Delete
  2. Salam berpuasa kepada yang penguni - penguni umat islam ,Saya nak sentuh pasal isu jaga la kenapa pakcik jaga yang malam tidur terlena sampai tak sedarkan diri , dah banyak kali saya dah tengok dia la .kalau jaga nak tidur buat apa kita nak bayar . kita perlukan jaga untuk menjaga halaman kita bukan kita bayar untuk dia tidur .siapa mahu bayar

    ReplyDelete