Sunday, December 30, 2012

notis cctv

Salam hormat.

Dalam usaha JMB untuk memastikan tahap keselamatan terkawal, JMB bercadang untuk memasang sistem CCTV di dalam kawasan apartment. Lokasi pemasangan CCTV ini adalah di kawasan entry/exit guard house dan juga lift lobby area Blok1 dan Blok2.

Pihak JMB juga masih memerlukan quotation lain untuk pemasangan cctv, pemasangan awning di tempat kad akses & upgrade pagar. Kepada yang beminat untuk mendapatkan tender ini, sila hubungi pihak JMB.

Untuk maklumat lanjut berkenaan CCTV, sila rujuk notice board.



















Wednesday, December 26, 2012

perjumpaan dengan pengurusan

Salam hormat kepada semua pembaca blog.

Pada tarikh 20/12/12 lepas, pihak JMB telah mengadakan sesi perjumpaan dengan pihak pengurusan berhubung dengan isu-isu yang berkaitan quit rent, sinking fund & Oct '12 collection.

Quit Rent
Pihak pengurusan beritahu bahawa kadar cukai tanah (quit rent) hanya diturunkan oleh Pejabat Tanah bermula pada tahun 2012 selepas pihak pemaju membuat aduan kepada Pejabat Tanah mengenai kadar cukai yang tinggi. (surat daripada pemaju bertarikh 28/7/11 dan surat daripada Pejabat Tanah bertarikh 5/8/2011 dirujuk). Pekeliling dari Pejabat Tanah mengenai penurunan cukai ini sepatutnya bermula pada 2009. Pihak pengurusan akan berhubung dengan Pejabat Tanah bagi memohon lebihan bayaran yang telah dibuat.

Sinking Fund
Dana sinking fund digunakan bagi menyelesaikan hutang building maintenance kerana tiada sumber lain yang boleh menampung jumlah hutang tersebut. Walau bagaimana pun, disebabkan pengurusan terdahulu tidak menjalankan tugas dengan baik, menyebabkan akaun building maintenance sentiasa defisit. Pihak pengurusan   akan bekerjasama dengan JMB untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pengurusan terdahulu. Draf resolution akan di buat oleh pihak pengurusan dan ditandatangan oleh pengerusi untuk tindakan susulan.

Oct '12 Collection
Pihak pengurusan menyerahkan senarai perbelanjaan bagi bulan Oct '12. JMB minta pihak pengurusan keluarkan laporan audit 1 July 2011 - 10 Oct 2012. Pihak pengurusan akan keluarkan laporan audit tersebut selepas siap sepenuhnya.

Pihak JMB sedang berusaha untuk memulihkan semula akaun building maintenance supaya kadar defisit dapat dikurangkan. Ketika ini, semua expenses & expenditures masih terkawal. Utiliti bil & maintenance caj dapat dibayar mengikut jadual. Setiap minggu, Bendahari akan meluangkan masa ke pejabat pengurusan untuk memeriksa & audit akaun bagi memastikan semua income & expenditures terkawal.

Selain itu, JMB juga berusaha untuk memastikan persekitaran Cemara Apartment ini berada dalam keadaan lebih baik lagi dengan membuat beberapa pembaharuan dan juga merancang untuk memperkemaskan lagi sistem pengurusan keselamatan yang sedia ada. Antaranya adalah cadangan pemasangan sistem CCTV,  menaik taraf sistem akses kad, pemasangan bumbung di tempat akses kad dan juga pemasangan pagar konkrit di bahagian yang telah dikenal pasti.

Untuk tujuan ini, pihak JMB memerlukan kerjasama dan sokongan semua penghuni supaya semua perancangan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jika ada cadangan lain, bolehlah dimajukan kepada pihak JMB untuk tindakan lanjut.

Wednesday, December 19, 2012

Tuesday, December 18, 2012

Cemara Ceria Kids-updated

Program "Cemara Ceria Kids" yang di rancang telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad lepas. Walaupun penyertaan tidak begitu menggalakkan dan tidak mencapai sasaran 15 orang, namun sebagai permulaan, program ini dianggap berjaya mencapai matlamat.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zurina (Penganjur) atas inisiatif beliau yang memberi sumbangan idea, tenaga, wang ringgit dan kepakaran beliau dalam usaha untuk mendidik dan menerap nilai-nilai murni di dalam diri kanak-kanak di Pangsapuri Cemara ini. Semoga usaha beliau menjadi titik permulaan ke arah mewujudkan suasana yang  kondusif di kalangan warga Cemara.










Lain-lain photo boleh dilihat di facebook Pangsapuri Cemara.

Friday, December 14, 2012

program Ceria Kids

Berita baik.

Sempena musim cuti sekolah yang masih berbaki 2 minggu sahaja lagi, pihak JMB melalui Biro Persekitaran akan menganjurkan satu aktiviti yang dinamakan"Cemara Ceria Kids". Program ini khas untuk kanak-kanak Pangsapuri Cemara yang berumur  9 - 12 tahun. Program ini terhad kepada 15 orang sahaja.


Tarikh: 
16 Disember 2012 (Ahad)

Masa: 
9.00 pagi

Tempat
Gelanggang badminton dan
kolam, Pangsapuri Cemara


Program ini bertujuan untuk mengisi masa lapang kanak-kanak di Pangsapuri Cemara melalui aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancangkan oleh penganjur. Hadiah menarik ditaja sepenuhnya oleh penganjur.
Sila hebahkan maklumat ini kepada jiran-jiran anda. Notis juga telah diletak pada papan notis Blok1 & Blok2.

Kepada yang berminat untuk mendaftar, sila SMS Nama, Umur dan No. Rumah anda kepada Cikgu Zurina di talian 016-3113545.







Tuesday, December 11, 2012

House Rules

Introduction:

This is a summary in accordance with Taman Pinggiran Putra, Cemara Apartment Principal House Rules. All terms and expressions used in this Summary shall, unless provided otherwise, have the meaning ascribed to them in the Principal House Rules. In the event of inconsistency between the terms and conditions of the Principal House Rules and this summary, the terms and conditions of Principal House Rules shall take precedence over the terms and conditions of this summary.

For more details, please download HERE

Note: House Rules in Bahasa Melayu will be ready soon. Stay tuned....

photo by google





Sunday, December 9, 2012

Fire Insuran - Notis

Notis Makluman.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak JMB telah membuat keputusan untuk mendapatkan perlindungan insuran kebakaran daripada syarikat Kurnia Insuran (M) Berhad bagi bangunan Pangsapuri Cemara yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2013





Kutipan bagi bayaran premium akan dimasukkan ke dalam bil anda bermula pada bulan Januari 2013. Bayaran premium bagi setiap unit adalah seperti berikut:-

Intermediate unit: RM122.87
Corner unit: RM132.46

Kaedah bayaran yang telah dipersetujui oleh pihak JMB adalah seperti berikut:

1.    Bayaran penuh (sijil insuran akan diberi terus kepada pemilik).

2.    Bayaran secara ansuran. Maksimum 5 kali bayar. (sijil akan diberikan selepas JMB menerima bayaran penuh)

Kepada penghuni yang telah membeli insuran kebakaran daripada bank pembiaya, anda boleh memohon untuk membatalkan insuran tersebut dengan membawa sijil insuran yang dikeluarkan oleh JMB.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi pihak JMB untuk penjelasan lanjut. Sekian. Terima Kasih.

Nota: Maklumat lanjut berkenaan Fire Insurance in akan diletakkan pada papan notis utama Blok 1 & Blok 2 dalam masa terdekat.

Thursday, December 6, 2012

kolam




Kerja-kerja membuat penutup longkang swimming pool nampaknya sudah hampir siap. Walau bagaimana pun, ada beberapa keping penutup ini telah rosak/pecah selepas beberapa hari dipasang.

Kenapa mudah pecah? Mungkin material yang digunakan tidak berkualiti atau buatan tidak kemas. Ada juga laporan mengatakan sebilangan kanak-kanak yang mandi kolam cuba mengangkat penutup tersebut. Mungkin bila diletak semula agak kuat, menyebabkan ianya pecah di bahagian tepi.

Jadi, mohon kerjasama semua penghuni agar sama-sama memastikan penutup longkang di kolam ini sentiasa dalam keadaan sempurna. Jika ada anak-anak yang cuba mengangkat penutup tersebut, harap dapat sama-sama memberi teguran.

Jika ada sebarang cadangan untuk kebaikan semua penghuni Pangsapuri Cemara, sila hubungi/email pihak JMB. Committee JMB sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua penghuni.

Sekian.

Tuesday, December 4, 2012

kebersihan

tidak bertanggungjawab..buang sampah dari balkoni

tahi kucing

sampah di common area 

selalu jumpa sampah area tangga 

ini bukan tempat sampah! 

macam-macam ada...

 tolong jangan buang sampah di sini!!

Admin berpendapat majoriti penghuni yang tinggal di Cemara adalah orang yang ada kesedaran sivik dan suka kepada persekitaran yang bersih. Namun ada sebahagian daripada penghuni tidak suka kepada kebersihan dan penting diri sendiri. Tengoklah, sampah dibuang sesuka hati di kawasan yang bukan tempatnya. Di mana hilang kesedaran sivik anda? 

Berpandukan kepada house rules pangsapuri Cemara, seseorang tidak dibenarkan membuang sebarang sampah/objek keluar dari pintu, tingkap, balkoni ke kawasan common property (hak milik bersama). 
Jika didapati ada penghuni yang tidak mematuhi peraturan ini, pihak pengurusan akan mengeluarkan notis bertulis. Jika tiada sebarang perubahan dibuat dalam tempoh 7 hari daripada tarikh notis pertama, pihak pengurusan akan mengeluarkan notis ke-2 dengan caj bayaran RM100. Selepas 7 hari notis ke-2 dikeluarkan, jika masih tiada sebarang perubahan, pihak pengurusan akan mengeluarkan notis ke-3 dengan caj denda RM500.

"1. Nothing shall be thrown or emptied by any person out of windows, doors or Balconies or in the common property

(a) Any Occupant(s) who committed such an offence shall be fined for an amount to be determined by the Management 


   i) A 1st written notice will be issued to the Occupant(s). If there is no improvement within 7 days from the   date of 1st written notice. A 2nd written notice with charges of RM 100 will issue to occupant(s). The said charges will contribute to the Building Maintenance Fund of the Management.

  ii) Issuing of 2nd written notice. If there is no further improvement as deemed satisfactory of the Management or charges of RM 100 have not been settled within 7 days.

  iii)Issuing of 3rd written notice with charges of RM 500 and same as above

  iv)Disconnection of Domestic Water supply as Pre-legal Action for recovery of charges arrears or there is no improvement after (iii) has been served on him/her. 


v) Legal Proceeding for Recovery of Arrears, in the event the defaulting occupant(s) continuing to default  in remitting the sum in arrears. A further Fourteen (14) days written notice (“Final Notice”) will be served on the said defaulting Occupant(s). 


Upon the expiry of the Final Notice, the Management shall proceed to institute Legal Proceedings against the defaulting Occupant(s) to recover such sum in arrears. All expenses and costs arising thereof shall be borne by the defaulting Occupant(s)

Notwithstanding the above, legal proceedings against any defaulting Occupant(s) may be instituted without any pre-condition after the service of a Final Reminder to the defaulting Occupant(s) specify in the intention of the Management to commence such legal proceedings. Any expenses and cost arising thereof
shall be borne by the defaulting Occupant(s)."



kes kecurian

Ada laporan terbaru kes kecurian di kawasan pangsapuri Cemara. Kali ini kes kecurian komponen motosikal penghuni di blok2. Komponen yang telah dicuri adalah carburator. Karburator motor ini memang mudah menjadi sasaran pencuri. Admin sendiri pun pernah ada pengalaman seperti ini. Parking depan rumah pun kena curi.



Apa yang boleh di buat untuk elak kes seperti ini?
Kalau boleh, parking di tempat yang terang, mudah nampak dan dekat dengan pondok pengawal. Sekurang-kurangnya risiko kecurian lebih rendah. Kalau berlaku juga, kena buat laporan polis, biar polis siasat.

Kepada penghuni yang nampak sebarang aktiviti yang mencurigakan berlaku di sekitar anda, sila lapor segera kepada pengawal keselamatan atau telefon balai polis yang berhampiran.

Monday, December 3, 2012

laporan grouting

Pagi tadi, bermula jam 9 pagi kerja-kerja gotong royong grouting di blok1 dilaksanakan dengan sempurna seperti yang telah dirancang. Dengan kehadiran beberapa orang penghuni, 2 pekerja dan penggerak utama Mr. Pang sebagai Project Manager, kerja-kerja ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Walaupun pada mulanya bekalan simen  yang ada tidak mencukupi, dengan kecekapan dan tindakan pantas beberapa penghuni yang hadir, bekalan simen diperolehi dengan cepat di kedai hardware yang berhampiran. Lebih kurang 12 beg simen digunakan dalam kerja-kerja ini.

Gotong royong ini berjalan hampir 5 jam, dan selesai lebih kurang jam 2 petang. Terima kasih diucapkan di atas kerjasama semua yang turut hadir memberi bantuan dalam aktiviti gotong royong kali ini.






Lain-lain gambar boleh lihat di facebook Cemara Apartment

Sunday, December 2, 2012

vandalism-tangga blok 2

Beberapa hari lepas, ada aduan daripada penghuni berkenaan dengan kegiatan vandalism di bawah tangga berhampiran unit 2-G-09 & 2-G-10. Didapati ada kesan conteng yang mungkin dibuat oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab terhadap harta milik bersama. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak pengurusan dan tindakan segera yang telah dibuat adalah dengan cat semula tempat berkenaan.

 photo1 - conteng
 photo2 - ???

photo3 - repainting

Jika anda ternampak aktiviti vandalism seperti ini berlaku, laporkan terus kepada pihak keselamatan atau pihak pengurusan dengan segera untuk tindakan lanjut.

Sama-sama kita menjaga persekitaran pangsapuri Cemara daripada kegiatan vandalism. Pihak JMB dalam proses perancangan untuk meningkatkan tahap keselamatan di dalam kawasan pangsapuri dengan memasang sistem CCTV.

Harap dengan pemasangan sistem CCTV nanti dapat mengurangkan kes-kes seperti ini.