Sunday, December 9, 2012

11 Fire Insuran - Notis

Notis Makluman.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak JMB telah membuat keputusan untuk mendapatkan perlindungan insuran kebakaran daripada syarikat Kurnia Insuran (M) Berhad bagi bangunan Pangsapuri Cemara yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2013





Kutipan bagi bayaran premium akan dimasukkan ke dalam bil anda bermula pada bulan Januari 2013. Bayaran premium bagi setiap unit adalah seperti berikut:-

Intermediate unit: RM122.87
Corner unit: RM132.46

Kaedah bayaran yang telah dipersetujui oleh pihak JMB adalah seperti berikut:

1.    Bayaran penuh (sijil insuran akan diberi terus kepada pemilik).

2.    Bayaran secara ansuran. Maksimum 5 kali bayar. (sijil akan diberikan selepas JMB menerima bayaran penuh)

Kepada penghuni yang telah membeli insuran kebakaran daripada bank pembiaya, anda boleh memohon untuk membatalkan insuran tersebut dengan membawa sijil insuran yang dikeluarkan oleh JMB.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi pihak JMB untuk penjelasan lanjut. Sekian. Terima Kasih.

Nota: Maklumat lanjut berkenaan Fire Insurance in akan diletakkan pada papan notis utama Blok 1 & Blok 2 dalam masa terdekat.

11 comments:

  1. bayaran premium utk Fire Insurance RM 122.87 tinggi sgt dulu hanya RM 74.?? .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah compare dengan dulu...mana nak cari sekarang insuran yg murah...insuran motor pun dah mahal...

      Delete
  2. jika tak compare mana tahu Kurnia Insuran mahal atau yang lain lagi murah jangan suka-suka hati guna wang cemara sila compare A to A and B to B ... sila bagai bagi tahu harga dari tiga insuran company yang lain iaitu Chartis, Zurich dan Etiqa.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8.32am, admin tidak boleh mendedahkan semua maklumat quotation di dalam blog ini atas sebab P&C. Yang pasti, semua premium tidak kurang drp RM100. Pihak JMB akan membuat sesi penerangan kenapa pihak JMB memilih Kurnia insuran. Oleh itu, sila emailkan segera ke aptcemara@gmail.com dan cadangkan tarikh/masa sesuai untuk sesi penerangan ini.

      Delete
    2. anon 8.32am, sila respon segera supaya pihak JMB dapat mengaturkan sesi penerangan ini . Jika tiada bantahan, JMB akan meneruskan pembelian insuran ini bermula Januari 2013. harap maklum

      Delete
  3. Sesi penerangan tentang fire insuran ini hanya akan diadakan bila ada permintaan daripada pemilik pangsapuri Cemara. Oleh itu, kepada yg berminat mendapat maklumat lanjut, sila email nama&unit no anda kpd admin (aptcemara@gmail.com) atau sms kpd setiausaha JMB (012-6524398) utk memudahkan pihak JMB mengatur sesi penerangan ini.

    ReplyDelete
  4. 2 G 12 telah membuat byrn insurans pd JMB..Jika byrn tidak d buat pihak bank biasanya akan ambil byrn insuran yang memang lebih tinggi kebiasaannya dr buat secara kelompok..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. good. make sure ambil resit payment drp office.

      Delete
  5. admin....boleh tak masa mesyuarat ni panggil wakil insurans.....boleh diterangkan skit kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 10.26pm,
      bagi no phone/email, admin akan bagi contact info ejen insuran tersebut jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi terus. pengerusi bgtau tak perlu invite wakil insuran tsb.

      Delete
    2. jemput datang mesyuarat pada 13/1/13 nanti. JMB akan terangkan berkenaan insuran tsb

      Delete

 

Best view with Google Chrome or Mozzila Firefox

Penafian: Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kehilangan, kerosakan harta benda serta gangguan privasi yang mungkin wujud dan menyebabkan keadaan tidak selesa dialami oleh pengunjung blog disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat di dalam blog ini.

Cemara Apartment Community Copyright © 2013 | Template by O Pregador | Powered by Blogger Templates | Tuned by admin