Friday, March 1, 2013

pertukaran guard

Salam hormat kepada semua,

Malam tadi seawal jam 11.30mlm, telah berlangsung satu perjumpaan dengan Uncle Samy, pihak JMB dan wakil syarikat keselamatan yang baru bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam proses pertukaran syarikat keselamatan ini.

 
Sebelum ini, admin tulis berita bahawa Uncle Samy tidak mahu berkhidmat, kemudian pada saat-saat akhir telah membuat keputusan untuk kembali bekerja. Setelah mengadakan sesi perbincangan, akhirnya kata sepakat dicapai dan proses pertukaran berjalan dengan baik.


Bermula pada tengah malam tadi, 1 Mac 2013, jam 12:01 pagi, proses penyerahan tugas dibuat kepada syarikat keselamatan baru iaitu Gerak Padu Security S/B dengan berpandukan syarat dan peraturan yang telah dipersetujui bersama.


Admin bagi pihak JMB mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Pengerusi, Bendahari, S/usaha, Mr. Pang, Mr. Eyaz, Mr. Zul, Mr. Bhaski, Mr. Bala & Mr. Mari yang sama-sama turun menyaksikan proses penyerahan tugas ini.


Majlis berakhir pada jam 1:00 pagi.

Related Posts:

  • Strata Title vs Master Title Strata berasal daripada perkataan Stratified. Bermaksud pecah dan jeniskan. Dalam kes hartanah, ianya bermaksud Pecah Lot. Ingat tak korang kalau… Read More
  • Financial Statement Report 2011Here I put the financial report has been distributed by the management during the last general meeting for the references of all Cemara owners. … Read More
  • Quit Rent vs Assessement Berita baik!! Quit Rent (Cukai Tanah) 2012 bagi Pangsapuri Cemara telah turun kepada RM14.90. Bila check bill tahun  lepas dan tahun-tahun sebel… Read More
  • Sijil JMB Cemara Untuk maklumat semua pemilik pangsapuri Cemara, JMB Cemara Apartment telah ditubuhkan pada Oktober 2009 di bawah Akta 663. Ini bermakna, sudah 3 tah… Read More
  • swimming poolMakin lama, semakin banyak penutup longkang tepi kolam hilang. Mula-mula dulu cantik. Penutup penuh di sekeliling kolam. Kemudian, satu demi satu terc… Read More

2 comments:

  1. ucap la terima kasih kat uncle samy skali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye...lupa pula....dan ribuan terima kasih juga Uncle Samy yang sudi berkhidmat semula di Pangsapuri Cemara. Tidak lupa juga kepada Anonymous yang turut sama-sama menyaksikan proses peralihan ini.

      Delete