Friday, March 1, 2013

pertukaran guard

Salam hormat kepada semua,

Malam tadi seawal jam 11.30mlm, telah berlangsung satu perjumpaan dengan Uncle Samy, pihak JMB dan wakil syarikat keselamatan yang baru bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam proses pertukaran syarikat keselamatan ini.

 
Sebelum ini, admin tulis berita bahawa Uncle Samy tidak mahu berkhidmat, kemudian pada saat-saat akhir telah membuat keputusan untuk kembali bekerja. Setelah mengadakan sesi perbincangan, akhirnya kata sepakat dicapai dan proses pertukaran berjalan dengan baik.


Bermula pada tengah malam tadi, 1 Mac 2013, jam 12:01 pagi, proses penyerahan tugas dibuat kepada syarikat keselamatan baru iaitu Gerak Padu Security S/B dengan berpandukan syarat dan peraturan yang telah dipersetujui bersama.


Admin bagi pihak JMB mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Pengerusi, Bendahari, S/usaha, Mr. Pang, Mr. Eyaz, Mr. Zul, Mr. Bhaski, Mr. Bala & Mr. Mari yang sama-sama turun menyaksikan proses penyerahan tugas ini.


Majlis berakhir pada jam 1:00 pagi.

Related Posts:

  • berita terkiniSalam Hormat. 1. Juruteknik Elektrik Untuk makluman, bermula 1 Ogos 2013 lepas, pihak Pengurusan telah melantik seorang Juruteknik Elektrik di kalan… Read More
  • setahun JMBSalam Hormat, AGM (annual general meeting) yang lalu telah di buat pada bulan Julai 2012. Hari ini, sudah masuk bulan Ogos 2013. Masa begitu cepat be… Read More
  • Welcome Selamat datang ke web blog Community Cemara Apartment, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyamp… Read More
  • pejabat tutupUntuk makluman, Pejabat Pengurusan akan tutup operasi bermula pada tarikh 21 Ogos 2013 (Rabu) sehingga 28 Ogos 2013 (Rabu).  Pejabat akan di… Read More
  • tambah ruang parkingSalam Hormat dan Selamat Hari Raya, Pihak Pengurusan bercadang untuk membuat satu petak parking sewa di lokasi seperti di dalam gambar di bawah (Blok… Read More

2 comments:

  1. ucap la terima kasih kat uncle samy skali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye...lupa pula....dan ribuan terima kasih juga Uncle Samy yang sudi berkhidmat semula di Pangsapuri Cemara. Tidak lupa juga kepada Anonymous yang turut sama-sama menyaksikan proses peralihan ini.

      Delete