Dalam usaha untuk memberi kemudahan kepada semua penghuni, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk menanda lot parking sewa dengan no. plate kenderaan. Oleh yang demikian, hanya penyewa yang berdaftar sahaja layak untuk parking di kawasan tersebut.
Mulai 1 November 2012, penguatkuasaan parking akan dijalankan. Selepas tarikh tersebut, jika ada kenderaan yang tidak mematuhi peraturan, pihak pengurusan akan mengunci tayar. Harap semua penghuni Cemara dapat mematuhi peraturan ini. Jika ada sebarang persoalan berkenaan hal ini, boleh berhubung dengan biro keselamatan, En. Marriapan di talian 013-3021408.
Tanda lot parking sewa
Pemilik parking sewa
Notice board at guard house.
bila nak selaraskan semula pembahagian petak parking?
ReplyDeletesaya setuju.. petak parking sangat perlu diselaraskan semula
ReplyDeleteape cerita dengan survey pelaksanaan parking?
ReplyDeleteRasanya tiada pelarasan parking dalam masa terdekat. Survey menunjukkan majoriti setuju dengan parking seperti sekarang.
ReplyDeleteadmin,tak kan tak boleh nak convince JMB untuk re-shuffle balik kedudukan parking tu..sementara masih panas ni, usulkan la pertukaran/penyelerasan..sakit lutut la naik tangga hari2
ReplyDeletesuara admin tak power nak convince JMB..kalau en. muak_dgn_parking nak cari parking dekat dgn rumah/lif, cuba berhubung dgn Mr Mariapan 013-3021408(ministry of parking). Mungkin ada lagi slot kosong yg boleh di tukar.
ReplyDeletedah suarakan pada pengerusi, memang takkan ubah dah melainkan tukar suka sama suka...hadoila...harap boleh ubah lagi la kedudukan parking ni...tak larat nak naik turun tangga bawak barang banyak2 ni..klu camtu, bil air pon dah susah nak pegi amik sebab dah mmg tak guna lif,jarang turun ke LG..
ReplyDeleteanon 9.41am, pepatah lama kata nak seribu daya...tak nak seribu dalih. bil air tak semestinya kena pegi LG..telepon opis pon boleh tanya berapa bil terkini..
ReplyDeleteIsunya bukan nak sangat pegi ke peti surat ambil bil semata2..salah satu objektif nak parking dekat dengan lif supaya apa2 surat pon tak telepas pandang sebab bukan bil air je yang masuk dalam peti tu..tapi objektif utama,nak guna kemudahan lif untuk naik dan turun ke rumah..seriously,klu ada pembaca2 kat sini yang sudi nak lepaskan parking bawah bangunan,sila bgtau saya sebab saya xkan bising lg pasal parking jauh atau dekat dgn lif!!!
ReplyDeletebulan jan ada kawan nak lepaskan parkingbawah BLK 1, sila hubung office utk reserve !
Deletepeluang baik kpd pencari parking basement
DeleteSape lah yang bangang sangat buat pembahagian parking ni! Langsung tak munasabah. Ada yang dapat dekat sangat sampai dapat tepi rumah je. Ada yang nasib tak baik dapat jauh sangat. Kena jalan jauh ke lif. Dari lif kena jalan lagi ke rumah paling hujung. Orang yang buat pembahagian parking mni memang bodoh.
ReplyDeleteanon lif.... u blok 1 kan...cuba u tanya sama jamali....dia ada paking sewa...so kintak dia bagi u dia punya paking la.....kalau u owner lagi senang mau bincang.....
ReplyDeleteanon lif....
ReplyDeleteu mau paking dekat lif ke???
u mau paking berbumbung????
mana satu u mau....????
lepas ni u mau? ????
nampaknya bukan saya sorang yang ada masalah parking jauh dengan lif ni,ada anon2 lain pon ada masalah yang sama jugak...
ReplyDeleteanon 8:06am, sy mau parking dekat dengan lif tapi kalau ada parking berbumbung yang available pon saya consider mau ambik jugak.
yang rumah tepi lif dan tingkat G dan tingkat 1 dapat parking depan lif. yang tinggal tingkat 4 rumah hujung dapat parking hujung blok sana. apa cerita macam ni?
ReplyDeleteanon 11:28am, saya rasa kita boleh jumpa dgn en Jamali sama-sama dan mengadu masalah ni..
ReplyDeleteLot parking memang patutnya diselaraskan semula. Saya sangat setuju diselaraskan semula parking. Walaupun majoriti setuju dengan pembahagian lot yang sekarang ini, hak suara minoriti tak semestinya dipinggirkan. Semua penghuni membayar yuran penyelenggaraan yang sama jumlahnya. Semua mempunyai hak untuk merasa selesa tinggal disini. Mungkin pihak JMB dan pengurusan tidak perasan mengenai pembahagian parking kepada sesetengah rumah yang sememangnya tidak sama rata. Harap JMB dan pengurusan janganlah merasa angkuh dan malu untuk mengaku kesilapan yang tidak disengajakan tersebut. Fikirkanlah jika andalah yang menjadi golongan minoriti ini, saya percaya anda juga yang akan merasakan apa yang mereka rasa.
ReplyDeletealamak,takde button like la brader.aku sokong 100% apa ko cakap tu.
Deletebro,penghuni tak bayar yuran penyelenggaraan yang sama...kami yang duduk rumah paling hujung, kena bayar paling mahal tapi dapat parking paling jauh dari lif walhal rumah kat tingkat atas...memang tak adil pembahagian parking ni bro...
DeleteSila hadir dan usulkan perkara ini dalam mesyuarat pada 25/11/12. Jam 10am Dewan Blok 1.
DeleteKalau pergi pun bila diusulkan pengerusi bagi alasan tak munasabah je nak selaraskan parking buat apa? Alasan sebab dah terlajak tanda lot parking.. Nak padam dah tak boleh.. Apa susah sangat ke nak dicat semula.... Pakai indelible ink ke...
DeleteBtol tu brader..nanti yang hadir meeting tu puak2 JMB yg syok sendiri je.dorang dah ada parking bumbung boleh la gebang lebih.siap nk sewakan parking yg bernombor tu.kita minoriti ni terpaksa folow je la macam lembu ikut peraturan2 yg ntah apa2 lg lepas ni
Deleteaku rasa, daripada selaras semula, baik batalkan terus parking nombor neh...kalau buat pelarasan, mungkin ada org lain pulak tak puas hati...hari ni minoriti yg tak puas hati..nanti esok-esok majoriti pulak tak puas hati...amacam..mintak batalkan je...tahun depan dlm meeting AGM, owner turun ramai2 tukar semua pengurusan skrg neh...lantik pengurusan baru..ada berani...
ReplyDeleteSetuju dan berani...
ReplyDeleteJMB dan management jangan lah buat pekak je.. Dengarlah juga masalah penduduk yang minoriti ni...
ReplyDeleteSila hadir dan usulkan perkara ini dalam mesyuarat pada 25/11/12. Jam 10am Dewan Blok 1.
Deletetak nak datang...JMB syok sendiri......
Deletetapi nak parking diselaraskan semula...
tak nak datang meeting...nanti bg alasan....
'no parking yang dah cat tu nak buat apa.....'
'hargailah usaha orang yang mengecat tu...'
'majoriti dh setuju dgn parking....'
mmg la majoriti setuju.....
berapa kerat je pun yg duduk rumah atas....n jauh dr lif....
berapa kerat je pun yg dapat parking plg jauh....
n pihak minoriti ni jugak la....
akhirnya serupa mcm lembu je....
byr on time....
byr sm byk.....
tp dpt apa?
pegi meeting.....duk sibuk bg alasan spy xnak jugak rombak semula
pernomboran parking....so sad~~~~~
Si jamali tu tak pernah baca blog ni ke? Dia tak tahu ke ada blog ni?
ReplyDeletebagus..tahniah....terima kasih.
ReplyDeleteTahniah dan bagus... Terima kasih banyak-banyak..... Diatas kesusahan dan kepayahan yang terpaksa kami hadapi diatas keputusan yang dibuat oleh orang-orang tertentu... Semoga tuhan membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan.
ReplyDeleteAminnn...
Delete