Wednesday, February 27, 2013

security service

Salam hormat,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak JMB telah membuat keputusan untuk menukar syarikat keselamatan yang sedia ada kepada syarikat keselamatan yang baru, berkuatkuasa pada 1 Mac 2013.

Keputusan untuk menggantikan syarikat keselamatan ini telah dibuat dalam mesyuarat pada 13 Januari 2013 yang lalu selepas beberapa permohonan JMB kepada syarikat keselamatan yang sedia ada tidak diberi perhatian.

Oleh yang demikian, mohon kepada semua warga Cemara agar dapat memberi kerjasama yang baik kepada pengawal keselamatan baru yang akan mula bertugas pada 1 Mac nanti.

Sokongan semua penghuni Cemara, pelawat, dan blog readers amat dihargai bagi memastikan keharmonian antara pengawal keselamatan dan penduduk sentiasa berkekalan.

Admin dimaklumkan bahawa Uncle Samy menolak tawaran untuk berkhidmat dengan syarikat keselamatan yang baru atas sebab-sebab tertentu. Bagi pihak JMB, admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada  beliau dan juga pengawal keselamatan terdahulu di atas khidmat dan kerjasama yang telah diberikan kepada warga Cemara sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut.

Sekian.

photo by google

Related Posts:

  • jelaskan bil maintenanceSalam hormat, Kepada penghuni yang mempunyai tunggakan bil maintenance melebihi RM500, sila buat pembayaran segera untuk mengelakkan gangguan kepad… Read More
  • CF Cemara Salinan CF untuk rujukan semua pemilik Cemara. … Read More
  • akar pokok Sebelum ini, terdapat akar pokok yang besar melintangi laluan masuk utama Blok2, yang menyebabkan gangguan kepada penghuni terutamanya OKU semasa mel… Read More
  • penutup longkang kolamMakluman, Pihak pengurusan sedang membina penutup longkang kolam renang yang baru bagi menggantikan penutup lama yang telah banyak rosak. Harapnya de… Read More
  • Apakah "Sinking Fund" Ramai yang masih berasa keliru dan tidak mengetahui mengapakah kita membayar Kumpulan Wang Pelepas atau dikenali sebagai “Sinking Fund” untuk pangsa… Read More

1 comment:

  1. kesian uncle samy..dia nak kerja mana plak lepas ni...dah la dia ramah dengan ramai penduduk...kalau security baru ikut buku sangat pun tak bagus jugak...perbetulkan sistem parking dulu..prosedur visitor bermalam macam mana..prosedur visitor yang masuk sekejap macam mana...macam mana nak kenal kenderaan milik penduduk...prosedur visitor nak register masuk macam mana....sume tu perlu di ambilkira sebelum security baru bertindak melulu sampai menaikkan darah penduduk..semata2 ikut buku dan bertindak atas arahan..langsung hilang harmoninya nanti...kita bukan ramai pun kat sini..200 pintu je..jumpa2 pon muka tu jugak....

    takpelah, diharap pembaharuan yang dibuat ada kebaikan untuk semua penduduk..bukan untuk kepentingan individu ataupun jmb semata-mata...

    sekian

    ReplyDelete