Friday, March 1, 2013

pertukaran guard

Salam hormat kepada semua,

Malam tadi seawal jam 11.30mlm, telah berlangsung satu perjumpaan dengan Uncle Samy, pihak JMB dan wakil syarikat keselamatan yang baru bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam proses pertukaran syarikat keselamatan ini.

 
Sebelum ini, admin tulis berita bahawa Uncle Samy tidak mahu berkhidmat, kemudian pada saat-saat akhir telah membuat keputusan untuk kembali bekerja. Setelah mengadakan sesi perbincangan, akhirnya kata sepakat dicapai dan proses pertukaran berjalan dengan baik.


Bermula pada tengah malam tadi, 1 Mac 2013, jam 12:01 pagi, proses penyerahan tugas dibuat kepada syarikat keselamatan baru iaitu Gerak Padu Security S/B dengan berpandukan syarat dan peraturan yang telah dipersetujui bersama.


Admin bagi pihak JMB mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Pengerusi, Bendahari, S/usaha, Mr. Pang, Mr. Eyaz, Mr. Zul, Mr. Bhaski, Mr. Bala & Mr. Mari yang sama-sama turun menyaksikan proses penyerahan tugas ini.


Majlis berakhir pada jam 1:00 pagi.

Related Posts:

  • permohonan air percuma 20m3.Selaras dengan manifesto kerajaan negeri Selangor berhubung pemberian air percuma sebanyak 20m3, saya telah berhubung dengan pihak COB bagi tujuan mem… Read More
  • laporan kerosakanMohon pihak pengurusan membaiki segera kerosakan berikut. Rujuk gambar Saluran paip bocor. Lokasi: Basement Blok 1. … Read More
  • Notis Mesyuarat Kepada semua pemilik unit pangsapuri Cemara, anda dijemput hadir ke mesyuarat yang akan diadakan pada 9 Sept 2012, Ahad, jam 10.00 pagi untuk sama-sa… Read More
  • gangguan lalulintas Dalam mesyuarat yang lalu, salah seorang ahli yang hadir telah membangkitkan isu parking di luar kawasan pangsapuri, yang berdekatan dengan pondok … Read More
  • Lif Makluman berkaitan lif. Access Elevators Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam menyelenggara lif di Pangsapuri Cemara. Jika ada seba… Read More

2 comments:

  1. ucap la terima kasih kat uncle samy skali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye...lupa pula....dan ribuan terima kasih juga Uncle Samy yang sudi berkhidmat semula di Pangsapuri Cemara. Tidak lupa juga kepada Anonymous yang turut sama-sama menyaksikan proses peralihan ini.

      Delete