Wednesday, April 16, 2014

update migrasi meter

Salam Hormat,

Berkenaan dengan permohonan migrasi meter pukal kepada meter individu, pihak Syabas telah pun membuat pemeriksaan kali kedua bagi memastikan semua syarat migrasi telah dilaksanakan.

Pemeriksaan kali ini mendapati masih ada beberapa unit yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu pemasangan flexible hose pada meter serta tidak memasang meter coupling. Notis telah pun dihantar kepada pemilik rumah berkenaan supaya membuat pertukaran flexible hose kepada jenis uPVC dan pasang meter coupling. Selepas semua syarat ini dipenuhi, pihak Pengurusan akan memaklumkan semula kepada pihak Syabas supaya membuat pemeriksaan kali ke-3. Harap selepas ini, tiada lagi masalah yang timbul.



Sekiranya ada mana-mana penghuni yang bercadang untuk membuat modifikasi pada paip, atau bercadang untuk memasang penapis air berdekatan meter, sila beritahu kepada pihak Pengurusan terlebih dahulu supaya dapat info yang jelas berkaitan syarat yang ditetapkan oleh pihak Syabas. Ini bertujuan supaya tidak berlaku kelewatan terhadap permohonan migrasi yang telah dibuat.

Selepas kelulusan diberikan oleh Syabas, bayaran deposit dan caj pemasangan perlu di bayar oleh pemilik/penghuni rumah bagi tujuan membuka akaun individu yang baru.

Sekian.

Related Posts:

  • statistik denggi minggu 49/2013 Negeri Selangor mencatatkan rekod tertinggi kes demam denggi. Awasi persekitaran anda dengan memastikan tiada tempat untuk p… Read More
  • surat kelulusan migrasi meter. surat kelulusan Borang permohonan akan diedarkan kepada semua penghuni setelah pihak pengurusan menerima borang tersebut daripada pihak Syabas.&… Read More
  • hal keselamatan Salam hormat, 1) CCTV Sejak kes kecurian yang berlaku baru-baru ini, Pihak Pengurusan sedang membuat penilaian & perancangan untuk menambah bila… Read More
  • update migrasi meterSalam Hormat, Berkenaan dengan permohonan migrasi meter pukal kepada meter individu, pihak Syabas telah pun membuat pemeriksaan kali kedua bagi memas… Read More
  • JMB Cemara 2013/2014 Carta organisasi JMB Cemara bagi tahun 2013/2014. Seperti biasa, kepada penghuni yang berminat untuk menyumbang idea dan kepakaran masing-mas… Read More

2 comments:

  1. bila nak dapat strata title ni...payah btol la nak refinance rumah...lembab btol pemaju...bulettin engineering tu ada lagi ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklumat terbaru, masih proses dekat JUPEM..entah berapa lama nak proses pun tak tau..bulletin tu ada lagi..

      Delete