Saturday, November 30, 2013

migrasi meter air pukal

Salam hormat,

Merujuk kepada permohonan kepada pihak Syabas untuk penukaran/migrasi meter pukal kepada meter individu, pihak Syabas telah pun menyerahkan laporan teknikal kepada pihak Pengurusan untuk diambil tindakan sewajarnya sebelum kerja migrasi/penukaran meter dapat diteruskan.

Berikut adalah beberapa tindakan yang perlu dibuat oleh pemilik unit/pihak Pengurusan bagi memenuhi kriteria syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Syabas. Selepas semua syarat ini dipenuhi, pihak Syabas akan datang buat pemeriksaan kali kedua untuk tujuan pengesahan sebelum kelulusan diberikan.

Notis berkaitan perkara ini akan diberikan kepada unit-unit yang terlibat supaya tindakan segera dapat dibuat oleh pemilik unit bagi  mempercepatkan proses migrasi meter ini.








Sila hubungi pejabat Pengurusan untuk maklumat lanjut.
Sekian.

4 comments:

  1. sekali lagi pihak JMB menunjukkan kebijaksanaan mereka dengan mewajibkan semua penghuni memakai pelekat kenderaan. Tahniah pihak JMB diatas kebijaksanaan pemikiran anda semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JMB cemara memang semuanya bijak-bijak belaka dan sangat prihatin dan sentiasa memahami kesusahan dan kepayahan penghuni cemara. sikap JMB yang tidak pernah mementingkan diri sendiri dan sentiasa mendahulukan kepentingan penghuni cemara. semua keputusan yang telah dan akan dibuat oleh JMB adalah demi kepentingan dan kebaikan penghuni cemara.

      Delete
    2. syabas. ..tetapi perlu ke ader maklumat peribadi seperti unit rumah dan sebagainya? saya rasa cukup kalau ada nama apartment saja. pelekat ini ialah untuk guard memastikan yg kenderaan itu dibenarkan masok kawasan kita. tidak perlu maklumat terperinci di stiker tu...sesiapa yg baca stiker tu bleh tau alamat penuh kita. ini mengundang bahaya.

      Delete
  2. minta maaf tapi kenapa nak di tukar yer? saya tak hadir mesyuarat....minta maaf. banyak sangat yg nak di tukar/ganti/ sebelom bleh di migrasi.

    mengenai alat tapis air: dari perhatian saya, SYABAS yg perlu mengambil inisiatif membekalkan alat itu sebab air yg dibekalkan pada penduduk tidaklah mencapai piawaian sihat....(berkeladak dan tidak jernih). bukan nya penduduk yg mengambil inisiatif memasang alat tapis air dan SYABAS lepas tangan dan tiidak bertanggungjawab atas quality air yg di bekalkan.

    ReplyDelete