Thursday, November 7, 2013

JMB Cemara 2013/2014


Carta organisasi JMB Cemara bagi tahun 2013/2014.



Seperti biasa, kepada penghuni yang berminat untuk menyumbang idea dan kepakaran masing-masing bagi menjadikan kediaman di sini lebih baik daripada sebelum ini, sila kongsikan dengan pihak JMB melalui email rasmi JMB, jmbcemara@outlook.com

Sekian.

37 comments:

  1. nama-nama yang akan aku laknat dan doakan kehancuran mereka sehingga mereka berhenti menyusahkan dan menganiaya penghuni pangsapuri cemara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ye encik. percayalah akan adanya masa pembalasan ataupun ada orang cakap karma.. hari ini mungkin ada orang menganiaya atau menindas kita. pasti akan tiba ketikanya pula nanti orang yang menindas dan menganiaya kita pula akan ditindas dan dianaya.. dan pastinya pembalasan yang mereka akan dapat akan berkali-kali ganda lebih dahsyat dari yang mereka pernah lakukan kepada orang lain.

      Delete
    2. cantik nya bahasa...kesian JMB..nk tanya 1 jelah....yang marah2 ni dah rujuk ke pejabat ker...lagi 1 la...JMB menindas yer...agaknya apa untungnya penindasan yg dibuat...nama yang di atas tu..waima pengerusi tu dapat gaji besar ker JMB bayar...lepastu kena pikirkan masalah beratus2 pmilik unit...xsuka senang2 maki..berapa byk duit awak byr untuk dia buat kerja..

      Delete
    3. setuju sangat.....apa hak kita untuk melaknatkan orang lain? macam lah kita ni bagus sangat!

      Delete
    4. Cadangkan org yang nak laknat ni jadi jmb... Mcm jmb ni elaun juta2 plak nk laknat2 plak... Dia keje sukarela pun kira bersyukur dah

      Delete
  2. Jmb yg hanya tau camner nak carik untung sampai sumer parking lot utk visitor pun disewakan jn citer tentang parking utk oku dari dulu xpernah ader

    ReplyDelete
    Replies
    1. pehak pengurusan telah pun di beri cadangan tentang parking untuk OKU dari dahulu lagi...sila beri perhatian.

      Delete
  3. Apalah dosa puak JMB tu sampai ada penghuni yang melaknat dan doakan keburukan kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin itu cara yg di ajarkan oleh ibubapa mereka....mendoakan kehancuran, melaknat dan sebagainya...entahlah..jangan lah sampai begitu sekali kalau pun tak setuju.......

      Delete
    2. dan mak bapak puak JMB pula mengajar anak-anak mereka untuk menganiaya dan menekan orang lain.

      Delete
    3. Dosa Puak JMB kerana mereka buat apartment cemara ni macam mereka sendiri yang punya. mereka membuat keputusan yang hanya akan menguntungkan mereka sahaja.

      1. pembahagian lot parking yang tidak adil yang menguntungkan JMB dan geng mereka. Lot parking pengerusi JMB boleh diubah ikut kemahuan dia, lot parking orang lain adalah fixed tak boleh diubah. rumah paling atas mendapat parking jauh manakala rumah bawah mendapat lot parking depan rumah dan depan lif.

      2. lot parking sewa bawah bangunan yang dimonopoli oleh Puak JMB dan tiada langsung peluang untuk penghuni lain untuk menyewa parking tersebut. tiada sistem penggiliran sewaan, hanya sistem sewaan selama mana mereka mahu sahaja. walaupun ada ketika pengerusi JMB belum bayar sewa parking tersebut selama 3 bulan tapi masih boleh menyewa dan menunda bayaran.

      3. membazirkan tabung JMB dengan penebangan pokok-pokok.

      4. sebarang keputusan adalah kuasa Veto JMB dan tidak akan menerima pendapat dari pihak yang bukan JMB.

      Delete
    4. JMB buat keputusan/ peraturan kartun. sistem kad akses pun pakai, sistem penandaan lot parking pun pakai, sistem stiker kereta pun dah diwajibkan pakai. JMB low class mentaliti.

      Delete
    5. dan membazirkan duit tabung pengurusan, buat ramp untuk OKU tapi tak boleh digunakan

      Delete
    6. aku bukan la sokong 100% pun tapi aku rasa sejak JMB yang ambil alih, banyak perubahan lebih baik berbanding dulu.
      kalau kau tak suka apartment yang ada sistem akses kad,itu bermakna minda kau terlalu low class. kau ingat penduduk cemara nak buat cemara jadi apartment koboi ke nak bagi senang2 orang lain masuk?
      aku rasa kau ini penyewa sahaja, kerana pemilik sahaja atau penyewa yang minda high class yang betul2 nakkan tempat tinggal mereka terjaga,selamat dan bersistem bukan macam setinggan.
      kalau lot tak tanda,orang macam kau akan monopoli lot parking dari sedara,kawan,satu kampung kau datang parking sini,penduduk lain balik tengok2 parking dah penuh padahal yang parking tu bukan penduduk cemara pun.
      kau boleh fikir ke?
      kalau tak suka jmb pun takkan la benda baik pun kau nak bising?kau ingat kau sorang je tinggal kat cemara.

      Delete
    7. Eh eh..bleh tahan sengal bengap mamat/minah yg komen kat atas ni..takde pon isu kad akses n parking bernombor dlm point atas tu..brader,org citer pasal parking tak adil la..yg ko sebuk dgn low class stupid class ko ni apejadahnya..baca abis dl bru komen la bahulol...

      Delete
    8. hahaha..siapa yang sengal sebenarnya ni??ke mata penuh taik mata masa baca komen tu..aku reply kat Anonymous January 27, 2014 at 9:59 AM la Cik/En Kesian oi...takda kaitan dengan komen kau. mcm kau ckp la,baca habis dulu baru komen ok. mengata orang tak tengok cermin ko ni..jangan tunjuk bengap sangat.,cover2 sikit

      Delete
    9. cuba cerita sikit apa perubahan yang baik utk semua orang yang JMB buat?

      Delete
    10. Oi Anonymous February 8, 2014 at 4:35 PM, otak ko tu jangan la lembab sangat...orang dok citer masalah lain...ko boleh pickup benda yang tak jadi masalah pon......tak tau plak ada orang sesengal ni kat cemara....kawan tu just buat comparison je..sume benda nk implement..macam takde kesudahan...ko bleh plak tuduh kawan tu tak sokong penggunaan kad akses...apa punya spin la ko buat ni bahulu....kalau dah suka baca utusan tu, jangan tunjuk sangat...sorok2 sikit...

      Delete
    11. sistem kad akses dah digunakan lama dan tiada sesiapa pun yang pernah mempertikaikannya. yang menjadi pertikaian adalah sistem penandaan lot parking dan pembahagian lot parking tidak adil.

      Delete
  4. Bila baca komen2 dalam blog ini menjadikan aku takut nak beli apt cemara ni. Aku survey nak tahu mcmna suasana duduk kat situ, tapi bila aku baca mcmni punya komen termasuk komen di posting lain menjadikan aku jijik dan geli dgn penduduk kat apt cemara. Ramai yg mmpunyai minda kelas bawahan. Lbih bawah dari minta kelas ke-3. Entah apa2 duk maki2 org mcm sendiri bagus sgt. Org takut nak beli rumat kat situ klu mcm ni sikap korang. Esok2 harga umah kat situ akan jatuh hanya sebab perangai busuk korang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tak payah beli, tak susut pun badan kau kalau tak beli apartment kat sini...kalau ko nak tau, yang komen mungkin 3 orang je, tak payah la nak hukum semua penduduk kat situ...kalau tak tau suasana sebenar, tak payah sebok2 nak jatuh hukum cepat sangat...

      Delete
    2. kalau kau rasa geli dan jijik sangat tak payah beli. banyak lagi rumah tempat lain yang kau boleh beli.

      Delete
    3. saya sangat mengesyorkan saudara/saudari yang berhajat untuk membeli/ menyewa rumah di apartment cemara melupakan atau memikirkan sedalamnya hasrat mereka. mentaliti sesetengah penduduk di Apartmen cemara memang sangat rendah dan JMB apartment cemara (pihak yang menguruskan apartmen cemara) sangat mementingkan diri mereka dan geng mereka sahaja.

      Delete
    4. di mana2 saje apartment..situasi nya sama..akan ada tukang provoke marah JMB..atas alasan2 yang xmunsabah..jika munasabah sekali pun..aduan tidak dihantar mengikut undang2 yang ada..sebb biasanya yang provoke atau yang berdegar2 bising adalah orang2 yang tidak mahu bayar maintenance..yang dia tahu..depan rumah mesti bersih..senang ckp JMB mesti buat kerja..kalau dimata nya JMB xbuat kerja..mula la marah sana sini..umpat sane sini...jgn terperanjat..kalau yg sibuk kata JMB boros guna duit tu..sebenarnya duit dia dlm tabung JMB pun xde..ckp jer berdegar2..macam pembela masyarakat..tapi tanggungjawab sendiri buat xtau..

      Delete
  5. saya ingin meletakkan kertas iklan tentang tuisyen bahasa engris dirumah saya..dimana bleh saya lekatkan kertas iklan itu? terima kasih admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh refer sini jika nak proper advertise. http://aptcemara.blogspot.com/2013/03/advertisement-board.html. Selain drp tempat tu, tak pasti la pulak. Ikut kreativiti la kot..hehe...Kalau nak iklan dlm blog ni, boleh email kpd admin blog for detail at aptcemara@gmail.com.

      Delete
    2. sekejap je iklan tuisyen bahasa inggeris tu ada..pagi ada petang dah kena cabut..angkara ahli jmb ke tu? sekadar bertanya saja...kot kalau itu kerja jmb jugak, buang la skali iklan lori sewa, kereta sewa & ahlong yang bersepah-sepah kat board tu...takkan lah orang nak meniaga pon tak boleh..jmb2...kalau dah busuk hati...aptb..

      Delete
    3. sekadar bertanya..tp dh hukum kata busuk hati..siapa yg hati penuh syak wasangka dan busuk sebenarnya

      Delete
    4. ko ni sapa hah? JMB? apsal suka spin? suka baca utusan ke? kan ke kat atas tu tulis "kalau"...yang ko terus amik aku "kata" tu kenapa? deyy..tarak belajar bahasa melayu ka? kalau dah tak reti nak adil, tak payah la nak spin ikut lain plak..

      Delete
    5. saya bukan JMB..cuma ahli JMB macam awak juga..saya bayar maintenance tanpa tertunggak sebagai kewajipan macam awak juga..cuma saya tanya..memang awak tulis kalau..tapi kenapa ayat akhir..awak kata jmb2..kalau dh busuk hati..awak berprasangka..lepastu awak kata jmb busuk hati..sebagai ahli JMB..kalau xpuas hati ikut la undang2...ada byk cara awak nk lempiaskan ketidakpuasan hati awak tu..

      Delete
    6. papan letak iklan dah hilang

      Delete
    7. saya rasa lebih baik di letakkan balik untuk kegunaan penduduk mengiklankan apa2 yg di rasakan perlu dan baik untuk penduduk semua....

      Delete
  6. Sepatutnya JMB ditubuhkan untuk membela nasib penduduk dari dipergunakan oleh syarikat pengurusan bangunan. tetapi di apartment cemara JMB lah yang menganiaya penduduknya. mungkin selepas ini patut diwujudkan persatuan penduduk apartmen cemara utnuk membela nsaib penduduk-penduduk di cemara dari diperkudakan oleh pihak JMB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah ada persatuan. Nama dia PPPC. Oleh kerana PPPC tak aktif, pendaftar pertubuhan telah membatalkan persatuan ini. Jika ada mana-mana penghuni yang berminat untuk mengaktifkan kembali persatuan, amatlah dialu-alukan.

      Delete
    2. cadangan yang biasa didengar..bila xsetuju dgn JMB..buat persatuan plk utk lawan JMB...bagi sape2 yg rasa dikudakan tu..pakat2 la jadi ahli JMB yg aktif..duk sebelah kerusi AJK JMB..tgk kt mane silap diorg...betulkan dari dalam...bukan baling batu sembunyi tangan...apa2 kesalahan yang dh bincang tp tak selesai bawak ke COB..profesional la..berfikiran waras..

      Delete
    3. dah tak boleh dibetulkan lagi dah.... semuanya sudah terlambat... parking lot dah terletak no... pokok dah tertebang... camera CCTV dah terpasang... semuanya dah ter.. ter... ter dan ter... nak direversekan semula dah tak boleh... apa pun keputusan dah ter.. ter.. ter dah tak boleh diubah lagi dah....

      Delete
  7. Assalamualaikum, sy ingin mencari owner yg ingin menjual rumah di cemara apartment..sesiapa yg berkenaan boleh hubungi saya 0123989958..tq admin.

    ReplyDelete