Tuesday, October 29, 2013

AGM 2013

Salam Hormat,

Mesyuarat Agong Tahunan JMB telah pun selesai pada hari Ahad lepas. Mesyuarat berjalan dengan lancar dalam cuaca yang redup di sebelah pagi dan agak panas menjelang waktu tengah hari.

Sementara menunggu kehadiran penghuni Cemara, seawal jam 9.30 pagi, semua penghuni yang hadir menikmati sarapan pagi mee hoon goreng, kuih karipap dan juga teh-O panas. Jumlah kehadiran penghuni Cemara ke mesyuarat ini agak memberangsangkan berbanding dengan tahun-tahun terdahulu. Seramai 34 orang penghuni, termasuk anggota JMB telah turun ke mesyuarat tersebut. Masing-masing 17 orang daripada Blok 1 dan Blok 2. Kehadiran anak-anak Cemara juga memeriahkan majlis pada hari tersebut. Pihak pengurusan mensasarkan jumlah kehadiran dalam lingkungan 50 orang. Pihak pesuruhjaya bangunan (COB) dan juga wakil pemaju juga di jemput, tetapi mereka tidak hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mesyuarat bermula pada jam 10 pagi, dengan agenda pertama iaitu pembentangan laporan akaun teraudit bagi tahun 2011-2012. Laporan audit yang berakhir Oktober 2012 menunjukkan akaun masih mengalami defisit kerana jumlah income yang diperolehi lebih rendah berbanding dengan jumlah perbelanjaan.

Agenda 2, keputusan dibuat oleh ahli mesyuarat untuk kekalkan anggota JMB yang sedia ada dan melantik 4 orang AJK baru bagi menggantikan AJk yang tidak aktif. Carta organisasi anggota JMB bagi sesi 2013-2014 akan ditampal pada papan notis dalam masa terdekat.

Agenda 3, semua ahli mesyuarat membuat keputusan untuk mengekalkan caj pengurusan. Tiada kenaikan atau penurunan caj maintenance kerana, jumlah income ketika ini masih dapat menampung perbelanjaan bulanan. Rekod menunjukkan lebih 95% penghuni membayar bil penyelengaraan bulanan secara tetap. Pihak pengurusan akan memberi tumpuan terhadap unit yang mempunyai tunggakan melebihi RM500, supaya jumlah defisit dapat dikurangkan.

Agenda 4 - Undang-undang kecil (house rules) yang melibatkan prosedur pindah masuk/keluar akan dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan harta benda dan hak pemilik/penghuni lebih terjamin.

Agenda 5 - Permohonan untuk menukar meter air individu akan dihantar ke pejabat Syabas selepas semua maklumat yang berkaitan diperolehi. Selepas permohonan dihantar, pihak Syabas akan  membuat penilaian terhadap sistem paip di sini. Sekiranya terdapat sebarang pembaikan atau pengubahsuaian yang perlu dibuat, kos penukaran akan ditanggung oleh penghuni.

Agenda 6 - Fokus utama adalah untuk meningkatkan tabung penyelenggaraan, sama ada melalui penajaan atau bantuan daripada pihak berkaitan untuk tujuan mengecat bangunan dan juga menambah baik facilities yang terdapat di kawasan Cemara. Sebarang keputusan untuk menaik taraf facilities bergantung kepada budget yang ada.

Photo sekitar AGM 


Mesyuarat sedang berlangsung.

Lunch - nasi lemak ayam 
(disediakan oleh chef Abg Khairul)





35 comments:

  1. sori la tak join...ada kat PD main pantai lagi best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak join pun tak apa.. buang masa je layan puak JMB syok sendiri ni.

      Delete
  2. apekadajah main mercun dalam blok apartment? orang lain pun raya jugak, tapi takde la totok macam tu...dengan tin carlsberg bersepah2 kat tangga...ko ingat ni bapak ko punya bangunan ke? pikir la yang ada anak kecik wahai jiran bawah yang sedang beraya oi..asap penuh sampai ke tingkat 4...aku baling bom tangan dalam rumah ko baru ada akal agaknya? suruh la tetamu ko tu hormat jiran tetangga...kalau nak bersikap macam beruk dapat mercun, ko boleh blah pegi balik ke negara asal ko..paham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu ini akan di bawa ke mesyuarat AJK next week. Selain itu, boleh report kat guard utk tindakan segera.

      Delete
  3. semakin advance sistem keselamatan, semakin banyak kereta parking di ruang masok ke lobby blok satu sebelah surau...avarage 4 kereta at any time...terutama sebelah malam....bila di tanya kenapa di benarkan parking di situ..guard kata..derang tu visitor parking sekejap jer....tapi saya tengok sampai pagi besok pun ader gak kat situ lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena letak signboard no parking di kawasan tsb & clamping enforcement terhadap kenderaan yang park overnight.

      Delete
    2. sudah-sudah la kau ni iman...apa yang kau marah sangat dengan orang yang parking depan lobby pon aku tak paham...bukannya blocking kereta yang parking pun....kalau dah hati busuk, tak leh nak buat apa dah la kan...ke kau la orang yang letak deretan bata tepi surau tu? kalau kau la orangnya, aku just nak cakap kau jenis orang yang keji!! kau ingat suma orang ada intention nak parking kat situ permenant ke? takat benti hantar barang naik rumah,xkan tu pun masalah? kalau dah bodoh,tak reti bawak kereta, jangan bawak.paham? sama-sama timbang rasa la. kau senang sekarang sebab parking dekat dengan lif.kau tunggu la bila-bila nasib kau dapat parking yang hujung dunia dari lif!!

      Delete
    3. tipu sangat average 4 kereta, macam ni la, since tuan admin pun menyokong en Iman, apakata reshuffle balik kedudukan parking supaya lebih adil,yang rumah dekat dengan lif, parking jauh dari lif, rumah jauh lif, parking dekat dengan lif. orang yang parking dekat lobby biasanya parking jauh dari lif, bukan diorang takde parking,maaf cakap saya memang permerhati setiap masa kenderaan untuk setiap rumah, dan satu tahu kalau rumah tu ada 1 atau 2 kereta.sebenarnya di blok 2, satu rumah tu 4 buah kereta satu masa.yang macam ni saya tak faham kenapa dia boleh selit-selit masuk pastu menumpang di parking rumah kosong.kenapa diorang tak sewa parking tambahan pun menjadi persoalan.tak kisah la,cuma harapan saya, kalau boleh reshuffle balik kedudukan parking supaya lebih adil. kalau takde bantahan, admin usulkanlah pada JMB,sedangkan pengerusi pun boleh shuffle,takkan la penduduk pun tak boleh dapat privilege yang sama.

      Delete
    4. Jangan harap nak reshuffle la... kau try lah pegi masuk meeting dgn puak JMB yang bangang tu. kau sebut pasal preshuffle parking je confirm Puak JMB tak akan setuju punya.

      Delete
    5. 1- parking keter saya jauh dari lobby
      2- saya tidak letak bata kat situ.
      3- saya reti bawak kete.
      3- jangan ikut perasaan bila reply..
      tima kasih admin. sebagai penduduk yg bayar semua bayaran untuk tinggal di aptment ni saya minta penjelasan kenapa di benarkan visitor park kat situ...bukan kah kita ader visitor bays. kalau tak cukup kena lah park kat luar (ni adalah practise semua apartment/condos) . kalau nak parking untuk loading barang..mesti ader guard kat situ untuk pastikan derang loading barang derang...jangan loading barang orang lain (curi).

      Delete
    6. takkan nak parking sekejap nak bawak barang naik atas pun guard nak tunggu. pikir logik jugak lah. tapi kalau visitor tu betul lah. kena la parking kat visitor. kalau dah penuh kena lah parking luar.

      Delete
    7. setahu saya..dimana2 tempat pun..unit bawah / Ground floor dapat parking lebih dkt rumah disebabkan perbezaann harga rumah yang dibeli..lagi rendah harga belian..lagi jauh parking yang dapat..apartment saya di KL pun begitu..

      Delete
    8. ha...silap la kat cemara ni...rumah hujung paling besar saiz dan mahal dari yang tengah2, parking pun hujung alam jugak

      Delete
    9. kena buat semula pembahagian lot parking

      Delete
    10. buat perbincangan dgn JMB..ketahui apa alasan pro dan kontra cadangan tersebut..buat permohonan pada COB..minta pemerhatian Lembaga Perumahan Selangor..cuma aduan mestilah dari pemilik yang tiada tunggakkan..bila tiada tunggakkan bermakna kita adalah pemilik yang bertanggungjawab....memberi cadangan atas dasar untuk keselesaan bersama..bila tidak membayar tunggakkan tetapi byk komen dan cadangan..itu adalah mementingkan diri sendiri...

      Delete
    11. tertunggak air 2 bulan je pon......nanti la ada masa nak pegi bayar la ni...tau la aku banyak komplem...tak yah la nak point out tak bayar tunggakan..cheitt

      Delete
    12. ai..xkan merajuk kot..saya amat berbesar hati bila penduduk sama2 buat aduan atau kompeln membina pada JMB..tp saya bukan JMB tau..bagi saya jika kita sama2 buat aduan dan komplen yang membina..byk perkara boleh selesai dan ketenteraman dan keselesaan tersebut dapat kita nikmati bersama..

      Delete
    13. tak merajuk pon..bukannya tertunggak maintenance pon...masalahnya ialah, aku rasa tak adil..aku tak miss bayar maintenance semua, tapi pembahagian parking macam haram tu buat aku panas...lagi-lagi nampak pengerusi senang-senang tukar lot parking...lagi la aku panas..kalau macam tu ko tak rasa itu salah guna kuasa? fdia tau rumah tu kosong, dia pon propose nak tukar parking...kalau aku yang pegi ofis tu, alasan standard, kena bagitau jmb dulu...jmb kena meeting dulu..ah macam-macam lagi la..cadangan aku mintak rotate parking bumbung pon takde sapa nak layan..so macam mana tu? sori aku memang tak pro jmb cemara sebab dasar yang agak celaru dan tak sebulu...untuk pengetahuan semua pembaca jugak, tindakan jmb potong air sebenarnya salah di sisi undang-undang...kalau nak bawak kes ke court, penduduk confirm menang kes ni sebab jmb dah kira potong keperluan asas...dah banyak kes di apt kelana jaya yang penduduk menang sebab jmb potong air..kalau rasa tindakan jmb ni tak adil, usulkan ke pihak management..sekadar berkongsi

      Delete
    14. berkenaan parking..jika betul sebegitu lebih baik buat laporan pada COB..untuk pemerhatian diorg..berkenaan dgn pemotongan air..secara kasar memang nmpk JMB zalim..tapi secara halus..yang xbayar lagi zalim..oleh kerana dia tidak membayar maintenance dan air..dana untuk JMB menguruskan apartment terjejas sebb terpaksa tanggung kos2 penyelenggaraan apartment termasuk unit dia yang semakin hari meningkat mengikut peredaran masa...jika semua orang bayar mengikut masanya..adakah akan berlaku pemotongan..yang lebih sadis..yang lebih terkesan adalah yang MEMBAYAR maintenance dan air..oleh sebab segelintir yang degil tidak bayar..kita2 ni yang byrkan bil elektrik tangga rumah dia..bil lampu jalan untuk terangkan jalan laluan dia..kos cleaner bersihkan sekitar rumah dia..kos repair atap Blok rumah dia..kos paip pecah kawasan bersama yang termasuk dalam S & P rumah dia..kos baik pulih lif dekat rumah dia..baiki segala macam mak nenek kos penyelenggaraan yang TERMASUK DENGAN YANG DEGIL TIDAK MEMBAYAR tu..so tuan...kita ni pun mangsa kezaliman diorg ni sebenarnya..

      Delete
  4. previlege penduduk...sila utamakan dulu sebelom visitors.

    ReplyDelete
  5. tahniah la iman....jmb ikut hala tuju bontot ko...skang ni ada line kuning depan lobby tu...so puas hati la ko kan?bagus kan cemara ni...apa-apa yang bodoh,jmb cepat je nak implement....apa-apa kebajikan, hanjing pon tak dapat...bangang la jmb...ptuuiihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. puak JMB perangai macam haram. mentaliti langsung tak ada kelas.

      Delete
    2. kalau ader pandangan yg bernas pasti idea anda diterima pakai. janganlah marah bila idea orang lain diterimapakai...sila bagi cadangan anda pula..

      Delete
    3. hoi perasan idea bernas....dah banyak idea di bagi,re-shuffle parking semua, ada diorang amik kesah? benda-benda bodoh nak pulak tengok.CCTV dalam lif di pasang sebab nak tangkap orang conteng lif? tak ke bodoh? abis motor orang yang banyak hilang tu takde pulak nak letak cctv? bernas pulak camtu...sudah la,jmb dengan lembu, lebih baik lembu sebab boleh makan..jmb boleh buat apa? dapat makian semata la..jadi pemimpin, kena la adil..ini tak, pengerusi tukar parking sesuka hati boleh pulak...dah bernanah sangat ke bontot ko iman kalau nampak ada kereta parking depan lobby tu? ko sakit hati sangat eh?

      Delete
    4. Puak JMB memang bodoh dan bangang

      Delete
    5. saya pun tak setuju bila pasang cctv dalam lif...lebih pasang kat tempat letak motor....conteng tu bleh jer di cat balik..tapi kalau moto ilang..saper nak bayar gantirugi..parking kete kat tempat yg tidak boleh di parking...tak kan tak paham undang2 simpel cam tu..kalau emergency atau turun barang/angkat barang dan OKU ok jer tuan. tak perlu kasar bahasa ...

      Delete
    6. JMB tak gunakan otak yang dikurniakan dengan bijaknya..

      Delete
  6. sori juga tak dpt join mesyuarat tu...

    ReplyDelete
  7. siok nya baca cita kat sini...!

    ReplyDelete
  8. Kalau setakat buat jmb nak menyusahkan penduduk baik xyah buat jmb, yg senang sume kroni dia ..langsung xpikir susah senang org lain janji kaum dia senang mcm s!#%...

    ReplyDelete
  9. cerita hari ni.. ni lah akibat management yg sgt mementing kan diri sendiri.hari ni kereta saya hilang.saya memohon parking tambahan dari tahun lepas tapi takde tindakan.lanjut.mcm alasan bodoh yang di berikan...bile kete hilang ikut kan hati macm nak je saman mangkuk2 yg gila kuasa. ..yg tak reti nk fhm.masalah penyewa2... pkir logic lah bahalulll...mana ada aprtment yg takde visitor parking.. management damn stupid...please learn how to organize apartment. be fair lah sikit.....security nama je.nn security... selamat ker??? harap2 ketua kepada ketua management sila sedar diri...hidup tu jgn nk pentingkan.diri sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai..kesiannya...parking kat mana bang? depan vista ke tepi bus stop ni je? tapi kalau parking visitor untuk visitor je..bukan untuk penghuni...tu la masalahnya, mgmt kena fair la sikit...yang dah dapat parking bumbung tu, kan ke bleh parking sampai dua keta...parking unit rumah yg ada bumbung tu diwajibkan sewa...ni kalau ikutkan, yang ada parking bumbung, bleh sampai masuk 3 kereta! aku amik contoh jamali the chairman la...tukar-tukar parking bagai...pastu aku pun perasan, ni aku rasa kalau ko rapat dengan jamali pon bagus, sebab nanti ko tau rumah mana kosong, ko bleh tumpang parking rumah tu....sbb aku macam nampak jamali ni ada 4 buah keta! yang terbaru proton BLM dia tu....ni plak dalam fb cakap nak tukar guard....nego la price...bgtau result,then baru decide nak tukar...hadoi la..ntah ler..jmb2...

      Delete
    2. ada baiknya berjumpa..bgtau dan berbincang..jika betul ada berlaku kesalahan tersebut..buat aduan kepada COB..xlepas jugak..buat aduan ke Lembaga Perumahan..yg pasti aduan yg dihantar adalah dari pemilik yang sah..iaitu tiada tunggakkan maintenance..kalau xsetuju..AGM nanti buat undian tukar la org lain..byk lagi cara untuk selesaikan masalah yg lebih baik..bukan hanya ckp berdegar dalam blog..tp ckp berdepan tidak pernah sekali...

      Delete
  10. saya mencadangkan papan kenyataan yg ada di lobby blok 1 berhadapan dengan lift di gunakan untuk kebaikan penduduk seperti di apartment lain. Penduduk dibenarkan menampal apa2 yang baik untuk iklan and pengetahuan penduduk, sebagai contoh jika ada penduduk menawarkan penjagaan kanak2 dirumah, atau kelas tuituion, atau catering., bilik untuk disewa dan sebagainya. Sekarang ini hanya pehak pengurusan sahaja yg dibenarkan menampal dan tidak ada pembaharuan maklumat. DARI PENDUDUK UNTUK PENDUDUK

    ReplyDelete
  11. kesalahan menyalahgunakan kuasa boleh di lapor pada COB..JMB adalah satu Badan dimana - boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya - seperti yang tertera pada sijil pendaftaran..saya tidak nafikan ada kelemahan pengurusan dan salahlaku yang terjadi didalam pengurusan JMB..dimana2 pun ada..cuma kita sebagai pemilik yang berhak..kita kena suarakan di saluran yang betul..jika terbukti byk kesalahn dan penyelewengan yang berlaku..ahli2 JMB iaitu pemilik yang berhak berkuasa untuk memaksa Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan dan yang sedia ada dibubarkan..akan tetapi kena bersedia la juga pemilik tersebut untuk memikul tanggungjawab mengambil alih pengurusan apartment itu sendiri..

    ReplyDelete