Monday, August 19, 2013

berita terkini

Salam Hormat.

1. Juruteknik Elektrik

Untuk makluman, bermula 1 Ogos 2013 lepas, pihak Pengurusan telah melantik seorang Juruteknik Elektrik di kalangan penghuni Cemara yang akan bertanggungjawab bagi menyelenggara hal-hal berkaitan elektrik di kawasan Pangsapuri Cemara ini. Antara tugas-tugas beliau adalah seperti membuat pemantauan dan memastikan semua peralatan elektrik seperti lampu jalan, lampu koridor, dan apa-apa peralatan elektrik lain yang disifatkan sebagai common property di pangsapuri Cemara ini beroperasi dengan baik. Selain itu, beliau juga akan bertanggungjawab untuk menyelenggara timer lampu jalan, lampu koridor supaya beroperasi mengikut masa yang ditetapkan serta membaiki kerosakan terhadap peralatan elektrik tersebut.

credit:google


2. Kad Kredit

Berita baik kepada pemegang kad kredit (visa/master) dan debit card. Kini anda boleh membuat bayaran bil penyelengaraan melalui kad kredit & kad debit di kaunter pejabat Pengurusan, tanpa perlu membawa wang tunai. Kemudahan bayaran melalui kad ini dibuka kembali kerana banyak permintaan daripada kalangan warga Cemara yang inginkan kemudahan ini. Pihak Pengurusan juga menawarkan kaedah bayaran yang boleh dibuat secara ansuran (credit card installment payment plan). Maklumat lanjut berkenaan perkara ini, sila ke kaunter atau hubungi pejabat Pengurusan.

credit:google

Sekian.

9 comments:

  1. Siapa pulak hamba Allah yg dilantik tu??!
    Kenapa tak nak tanya pendapat semua penduduk????
    ni maknanya duit cemara dah banyak la kan....sampai boleh nak lantik banyak pekerja???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadoi...sume nak kena tanya pendapat susah la...apa kata anon August 20, 2013 at 6:00 AM offer diri jadi pengerusi next term. tengok camne awak uruskan pulak.

      p/s: saya bukan pro pengerusi or JMB

      perkara paling mustahak di cemara sekarang ialah parking,sebab melibatkan semua pihak dan membabitkan keselamatan (parking kat luar tak selamat). benda remeh macam ni tak perlu la nak bangkitkan.kang semua lampu koridor bergelap,masing-masing nak kena bawak lilin pulak nak menuju rumah masing-masing.

      Delete
    2. anonymous atas tu,tolong la ye.
      cuba la bayangkan kalau benda kecik macam msalah wire ke lampu takde power ke,elektrik problem ke,nk upah kontraktor datang?bukan kontraktor upah mahal ke,itupun ntah2 perkara kecil je tapi cakap ini rosak itu rosak boleh la minta lebih.
      ke nak buat report tnb dulu?bila pulak nk dtang tu,sehari?dua hari?tapi tnb ke yang setel kalau benda2 masalah lampu atau fuse yang remeh2 bagai ni.

      ini kemudahan namanya,jangan komplen benda tah ape2 la anonymous,nanti yang bawak lilin dan tak dapat tengok tv kita jgk.

      Delete
    3. pasal pengerusi JMB ni tak perlu nak tunggu ada orang offer nk jadi atau nak tunggu AGM lah... yang ada sekarang ni letak je jawatan... saya cabar dengan rela hati semua JMB utk letak jawatan...

      Delete
    4. Saya tak pasti la....ikut kata jmb nak jimatkan duit....so gajikan wak.....buat keje potong rumput...sapu sampah...potong meter air n yang paling aku ingat wak ni memang pandai bab wiring.....semua wak boleh buat......
      Kalau anon nak tau...mana ada tnb dtg ke nak kene buat report ke?!!!
      Ambil tahu sikit je????
      Jgn pikir pasal paking awak tu je??!!org lain pun ada masalah jugak!!!!!!
      Lepas ni kalau jmb nak gajikan lag org. ...duit penduduk kene kongsi bayar....

      Admin....duit cemara ni dah banyak sangat ke???

      Effective trading dah bayar ke utang dia kat cemara? ??

      So sekarang apa jadi?!!
      Boleh detailkan insan yang beruntung tu ke???duk kat unit mana????

      Delete
  2. alhamdulillah...mission accomplished. bertambah senang nanti bila ader kerosakan sebab yg merepair tu terdiri dari penduduk sendiri..tak kisahlah kalau di bayar upahnya dan jangan tanya berapa..mungkin jauh lebih murah daripada jika kita mengupah kontraktor luar lebih2 lagi kalau kerosakan major seperti teputus power supply tengah malam dan sebagainya. bersyukur dan berterima kasih aras usaha pehak tertentu dalam memperbaiki khidmat dan keselesaan/keselamatan penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalnya sapa yg dapat.....
      Dulu tebang pokok pun dapat kat penduduk cemara jugak....
      Apa konspirasi jmb??????

      Delete
    2. Der.....kalau dah kerosakan major takde nye mamat ni boleh buat.......dah tentu keje tnb.......belom penah lag.....zaman deris dulu pun cam gini jugak....harapkan minor je la.....
      Lain kalau cemara ada b/up power......
      Pk dulu ye.......
      Kita cerita target jimat.....

      Jangan sampai ada ketirisan dalam pengurusan....
      **aku tak sokong mana.janji duit aku tak kene perah***

      Delete
    3. sapa tau no tukang paip terhebat di equin? nak mintak tolong check tangki la, suspected bocor.

      Delete