Friday, April 19, 2013

Isu Keselamatan

Salam Sejahtera & Salam Hormat,

Malam semalam, lebih kurang jam 1 pagi, admin mendapat maklumat hampir berlaku kes kecurian komponen motorsikal di tempat parking motor Blok1.

Namun di atas kecekapan pengawal keselamatan yang bertugas, kejadian ini dapat dibenteras lebih awal. Menurut maklumat yang diberikan, 3 orang remaja bermotosikal telah melepasi pintu masuk utama tanpa sempat diperiksa oleh guard.

Oleh kerana curiga, guard telah membuat pemantauan melalui CCTV dan kelihatan remaja tersebut membawa beberapa peralatan yang digunakan untuk kegiatan tersebut.

Guard kemudiannya telah menghubungi polis untuk menahan remaja tersebut semasa mereka mula melakukan kegiatan mencuri. 5 orang anggota polis datang dengan satu kereta peronda dan motorsikal.

Kes ini kemudiannya dilaporkan di balai polis Seri Serdang untuk siasatan lanjut.

Daripada kejadian ini, dapat kita lihat bahawa kenderaan motorsikal masuk & keluar ini tidak dapat dikawal dengan berkesan kerana ruang masuk/keluar motorsikal tiada sebarang halangan. Kadang-kadang motorsikal masuk dengan laju tanpa sempat diperiksa sama ada ianya penghuni atau pelawat.

Kita juga amat bernasib baik kerana dengan adanya sistem CCTV, pengawal dapat memantau keadaan sekitar yang berada dalam liputan CCTV. Walaupun tidak cover sepenuhnya kawasan apartment, sekurang-kurangnya ia membantu mengatasi kejadian jenayah.

Untuk perancangan jangka panjang terhadap kawalan keselamatan di kawasan apartment, pihak pengurusan akan menambah kamera CCTV di tempat tertentu. Selain itu, pihak pengurusan juga bercadang untuk memasang autogate bagi laluan motorsikal. Walaubagaimana pun, cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk dibahaskan sebelum ianya dapat dilaksanakan.

Sekiranya ada sebarang cadangan/pendapat yang ingin dikongsi, sila hantarkan  kepada pihak pengurusan sama ada melalui email, telefon atau surat.

Sekian.

11 comments:

  1. Anti Parking BernomborApril 19, 2013 at 11:53 AM

    Tahniah abang guard......

    ReplyDelete
  2. Lebih Baik cemara apt ikut vista pinggiran apt buat gate juga untuk entry motor dan jalan kaki dgn guna access card. Ini akan Lebih senang control orang ygm mask keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkenaan autogate motor ni, ada 2 pilihan yang dicadangkan utk laluan masuk & keluar.

      1) satu in & satu out (only one way, maknanya motor resident blok 2 kena pusing melalui blok 1 utk masuk parking) - kos murah

      2) dua in & dua out (motor resident blok1 masuk melalui autogate blok1 & motor resident blok2 masuk melalui autogate blok2) - kos mahal.

      Cadangan ini akan di bawa ke AGM akan datang.

      Delete
  3. Pejalan kaki cam ne ye.....
    Dua tiga hari ni ada kelihatan kelibat 3-4 remaja yang akan masuk ke cemara...menggunakan kemudahan dan kemudian berjalan ke arah keluar kawasan cemara....tak pasti ke mana....harap dapat periksa. .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah di beritahu kepada guard supaya pantau dan ambil maklumat orang luar yg masuk ke kawasan apartment.

      Delete
  4. Baru2 ni kasut husband saya pn hilang.Cpt betul dorg buat keje,smbil hantar surat sambil panjang tgn

    ReplyDelete
  5. Cctv ada
    Pak gad tlg la buat keje sama...
    Buat apa saya nak bayar bil maintenance.....
    Kalau org luar masuk gunakan kemudahan...
    Jmb tolong pk kan....
    Menyampah pulak tengok......
    Suka suki je....
    Org lain bayar....
    Org lain gunakan.....
    Dah rasa cam nak join je geng yg tak bayar....
    Biar dah beribu baru buat rayuan.....
    Tu pun tak bayar jugak....
    So kita yg bayar ni dimana kelebihan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada Biro keselamatan, sila ambil perhatian masalah ini.

      Delete
  6. Salam admin,

    Ya,suami saya syak posmen.Rasanya cleaner x buat keje2 ni.Sbb last nmpak kasut tu,sblum posmen laju hantar surat instead dptkan signature owner,dia just letak kt rumah kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang2 berharga, kena simpan ditempat yg selamat sebab orang panjang tangan ada di mana-mana, menunggu peluang saja.

      Delete