Wednesday, April 3, 2013

berita JMB

Salam hormat semua pembaca blog ini,

Parlimen dah bubar, debaran sejak beberapa bulan lepas pun reda sikit. Sekarang tunggu gendang PRU13 pula. Banyak kelihatan bendera parti yang berkibaran di merata-rata tempat. Kadang-kadang di tengah malam, terserempak dengan ahli-ahli parti yang sibuk dan penuh semangat memasang bendera. Kenapa orang suka pasang bendera di tengah malam yaa..?

Kembali ke Cemara Apartment, sekarang ini JMB dalam proses untuk mengambil alih kerja-kerja pengurusan bagi menggantikan pengurusan yang lama. Setelah hampir setahun mengurus Cemara sejak AGM yang lepas, JMB berasa yakin untuk mengambil alih sepenuhnya pengurusan di sini, secara tidak langsung perbelanjaan untuk caj pengurusan dapat dikurangkan.

Untuk tujuan itu, JMB telah melantik seorang office admin cum operation assistant yang telah mula bertugas pada 1 April yang lepas bagi melaksanakan kerja-kerja pentadbiran. Sekarang ini beliau sedang menjalani latihan di pejabat pengurusan lama sementara menunggu pejabat baru disiapkan.

Pejabat baru akan beroperasi bersebelahan dengan dewan blok 1. Hari Ahad lepas, pihak JMB telah bergotong-royong membersihkan bilik tersebut dan kerja-kerja renovation (pasang grille, repair pintu, buat kaunter) akan dibuat dalam masa terdekat.  Pejabat ini dijangka akan mula beroperasi pada pertengahan April atau awal Mei 2013. JMB juga akan membeli beberapa kelengkapan pejabat supaya kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Antara kelengkapan dan keperluan pejabat adalah seperti berikut:

1) Komputer
2) Printer (laser jet & dot matrix)
3) Meja & kerusi
4) Air Cond
5) Internet
6) Account software (migration data)

Sehubungan dengan ini, pihak JMB berharap kepada penghuni Cemara, atau sesiapa sahaja yang boleh membekalkan semua kelengkapan di atas dengan harga yang terbaik dan berpatutan, sila hubungi pihak JMB. JMB akan berusaha memastikan semua perbelanjaan ini dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.

Sekian.

9 comments:

  1. saya ada sofa nak let go..kalau JMB tak kisah nak ambik sofa 2nd hand la....nak tolak murah-murah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas maklumat ini..buat masa ini, sofa tiada dalam list JMB.

      Delete
  2. anti politik dalam CemaraApril 7, 2013 at 8:49 PM

    wahh..ada penduduk cemara yang very out loud sampai kibarkan bendera parti dalam kawasan cemara...tak payah lah fanatik sangat.....buat semak mata je...JMB tolong2 lah nasihat sikit...tak pun tolong turunkan lagi bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye ke...block mana tu?

      Delete
    2. blok 1, tingkat 1...boleh nampak dari guard house..

      Delete
    3. walaupun berlainan pandangan politic,kita juga boleh hidup sebumbung dgn harmoni.!ini lah kehebatan satu malaysia..!

      Delete
    4. Oooo...Ada nampak berkibaran di tepi balkoni...Takpa lah kat dalam rumah sendiri JMB tak boleh halang. Bagi peluang 5 tahun sekali dia nak kempen....

      Delete
  3. My office is going to shift to another location and we want to sell of some of our office furniture.The furniture are writing tables , cushions, office chairs,computer tables and computers plus air-cond too. If interested please give a call to the office at 03-89433404,or you are most welcomed to drop in at : Tonggak Groups Jalan Pinggiran Putra 1/2 , Taman Pinggiran Putra. We are above the 2nd hand car sales shop . We will be opened from Monday to Friday ( 8.30am-5.00pm )


    Devi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Devi, Thanks for your info. We will ask JMB operation assistant to visit your office.

      Delete