Wednesday, February 20, 2013

Akta 663-Tanggungjawab JMB



Akta 663 menyediakan peruntukan dan huraian yang terperinci tentang tugas dan tanggungjawab JMB.

Antara tugas dan tanggungjawab JMB adalah seperti berikut :-

(a) Memberitahu dan mendaftarkan nama JMB dengan COB dalam masa dua puluh Iapan (28) hari daripada tarikh mesyuarat pertama;

(b) Menyenggara harta bersama dengan sempurna dan menjaga harta bersama itu dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;

(c) Menyenggara suatu daftar yang mengandungi unit syer setiap petak, keluasan lantai, nama dan alamat pembeli, nama dan alamat peguam cara dan bilangan petak yang tidak terjual;

(d) Menyimpan, menyenggara dan menguatkuasakan kaedah-kaedah dalaman (house rules) yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa;

(e) Mentadbir dan mengawal Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan (KWPB) yang terdiri daripada pelbagai sumber termasuk lebihan daripada Akaun Penyelenggaraan Bangunan (APB) yang diserahkan oleh pemaju setelah JMB ditubuhkan;

(f) Membuka dan menyenggara suatu kumpulan wang penjelas atau sinking fund iaitu satu dana yang mengandungi bahagian caruman daripada KWPB bagi memenuhi liabiliti sebenar atau yang dijangkakan;

(g) Menginsuranskan dan terus menginsuranskan bangunan itu sebanyak nilai gantian bangunan itu terhadap kebakaran dan apa-apa risiko lain sebagaimana yang ditentukan oleh JMB;

(h) Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk menimbangkan KWPB dan apa-apa urusan lain yang mungkin berbangkit dan Mesyuarat Agung Luar Biasa jika diperlukan; serta

(i) Melakukan apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu dengan sempurna.

Bagi melaksanakan tanggungjawab di atas, subseksyen 8(2) Akta 663 menyediakan peruntukan yang memberi beberapa kuasa kepada JMB iaitu seperti yang berikut:

(a) Mengutip daripada pembeli, caj penyenggaraan dan pengurusan berkadaran dengan unit syer yang diuntukkan bagi petak masing-masing;

(b) Membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama;

(c) Mendapatkan kembali daripada mana-mana pembeli jumlah wang yang dibelanjakan oleh JMB berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apa notis atau perintah yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa;

(d) Membeli, menyewa atau memperoleh harta alih atau harta tak alih bagi kegunaan oleh pembeli berkaitan dengan penikmatan harta bersama mereka;

(e) Mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan itu;

(f) Membuat kaedah-kaedah dalaman bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan dengan sempurna;

(g) JMB boleh mendapatkan kembali daripada pembeli amaun yang dibelanjakannya untuk melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang perlu; serta

(h) Melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan tugasnya di bawah Akta 663.

Akta 663 ini boleh dicapai menerusi pautan berikut:

11 comments:

  1. kalau JMB salah guna kuasa, penduduk nak protes kut mana plak? ni bukan JMB cemara, JMB tempat lain...JMB cemara ok2 belaka..cuma tang parking je tak ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau JMB salah guana kuasa, penduduk boleh buat aduan ke Pesuruhjaya Bangunan (COB). Kalau JMB Cemara, dibawah kuasa MPSJ. Parking ada yang kata OK & ada yang kata tak OK.. Ramai yang kata OK. Pendapat encik pejuang_parking macamana, nak ikut yang kata OK atau sebaliknya.

      Delete
    2. Saya rasa tak ok sebab macam teraniaya..yela..rumah ujung sekali bukannya majoriti..sapa la nak dengar suara minoriti..dah la maintenance fee mahal dari unit tengah,parking plak dikhususkan menjauh dari lif..rumah tingkat 1 & 2 mmg la tak kisah..rumah tingkat 3 ke atas la terkesan..saya tgk byk apartment yg amalkan free parking tapi ada stiker..jmb boleh la melawat ke vista angkasa kerinchi,mentari court sunway,dan byk lagi apt lain yg amalkn free parking..lg satu nk tny,petak visitor yg ditulis sewa tu,saya tgk kereta yg sama je parking..dah disewakan ke parking tu..kalau disewakan,saya rasa pengurusan mmg cuba menangguk di air keruh..

      Delete
    3. Masalah di Cemara ni, guard tidak boleh control kenderaan masuk ke dalam. Maklumlah, dah 10 tahun tak ada undang-undang, bila JMB buat pembaharuan, ada yang tidak boleh terima. Free parking tu memang ada dlm perancangan, tapi pada masa ini tidak dapat dilaksanakan sehingga semua penghuni boleh ikut peraturan. Pasal parking tu, diluar pengetahuan admin. Kalau pejuang_parking boleh tolong ambil gambar, JMB akan siasat. Tentang memorandum tu, JMB akan buat perjumpaan dahulu dengan mereka yang terlibat. Selepas itu, baru buat keputusan sama ada nak share atau tidak dlm blog ini. Kalau free, boleh join sekali. Date/time belum confirm lagi. Dlm memo tu, minta buat meeting hari Sabtu malam.

      Delete
  2. admin...saya baca kat FB ada memorendum dari penduduk yang tak berpuas hati...boleh share atau detailskan apa yang terkandung tak? saya ni pembangkang jmb jugak..tapi keyboard warrior je..takde la plak nak buat memorendum atau demonstrasi bantahan...heheheh...jmb ngan saya pon kawan-kawan jugak...

    ReplyDelete
  3. i'm doing renovation work in my apartment. i wanted to pay the deposit of RM500 as requested. However, they said JMB will deduct RM50 even though i have not damage the common area n clean up the place. In the house rule they did not mention on the RM50 at all. Nor for any purpose the money was being deduct. I felt so angry as it seem like being rob for nothing. Is there such a rule that the JMB can do whatever they want? please help. Many thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,
      Firstly, it is depend on how major is your renovation in your unit.
      Secondly, if you are very sure that the house rule did not spell out clearly about the purpose of this penalty. Pls approach your management office and urged them to produce the reason of such charges and official receipt? it could be other charges that you may overlook.

      Hope this help to clear your doubt.

      Delete
    2. Saya dah bertanya kepada management,tidak ada perkara sebegitu melainkan memang berlaku kerosakan semasa membuat renovation.
      Sepatutnya kita terus bertanya kepada management atau JMB,kalau kita hanya mendengar cakap-cakap orang,banyak perkara yang sebenarnya tidak benar atau mungkin telah berlaku salah faham.

      Delete
  4. JMB di Halaman Murni,Bayan Lepas selalu menimbulkan masalah pada penduduk.20 tahun sebelum kawasan ini dipegang oleh JMB penduduk tidak ada apa masalah dan sekarang mereka hanya meminta wang dari penduduk pada setiap bulan dan membuat peraturan2 mereka sendiri dan dalam masa yang sama mereka juga melanggar dan tidak melaksanakannya.Contohnya sticker dan petak parking.petak parking akan dibayar pada setiap bulan dan apabila orang lain yg tidak membeli/menyewa meletak kenderaan mereka tiada tindakan yang diambil walaupun sudah dimaklumkan pada pihak JMB.

    ReplyDelete
  5. Pihak JMB tidak minit mesyuarat selama dua tahun apa tindakan boleh di ambil

    ReplyDelete
  6. Pihak JMB tidak mengadakan mesyuarat selama dua tahun apa tindakan perlu di buat.pihak penduduk telah bertanya pada pihak (JMB) tapi senyap saja

    ReplyDelete