Wednesday, February 27, 2013

covered parking

Kepada warga Cemara yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa satu lot parking "covered" di blok 1 di buka untuk sewa. Kepada penghuni yang berminat untuk sewa parking tersebut, sila hubungi pejabat pengurusan dengan segera.

Syarat-syarat untuk menyewa lot parking adalah seperti berikut:


  1. Keutamaan diberi kepada pemilik rumah. Jika penyewa berminat, sila dapatkan kebenaran pemilik rumah  dahulu.
  2. Tiada sebarang tunggakan bil.
  3. Bayaran pendahuluan untuk 3 bulan berjumlah RM210. (Kadar sewa adalah RM70/bulan). 

Sekian.

4 comments:

  1. yang paling hujung tu ke? yang tengah2 takde orang nak let go ke? hujung tu kalau hujan basah jugak..lagipun takde beza dengan parking sekarang, jauh dari lif...

    ReplyDelete
  2. Syor supaya ada peraturan untuk coved parking. Supaya tidak orang yang sama sahaja yang dapat gunakan. Buat sistem giliran atau hadkan kepada sesuatu tempoh sahaja seseorang boleh sewa. Barulah semua berpeluang gunakan kemudahan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh!!!!! setuju boh!!!!aku pon nak merasa parking berbumbung ni....

      Delete
    2. Ok..Cadangan yg baik. Perkara ini akan di bawa ke mesyuarat JMB nanti. Kalau boleh Anon yang cadang ini, turun sekali meeting OK.

      Delete