Saturday, February 16, 2013

awning

Hi semua pembaca blog,

Masih belum terlambat rasanya admin ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua warga Malaysia yang menyambut perayaan besar ini. Semoga dengan kedatangan Tahun Ular Air ini lebih bermakna buat anda sekeluarga.

Seperti kebiasaan, setiap kali cuti perayaan tiba, jalan raya di sekitar bandar akan lengang seketika kerana ramai warga kota mengambil peluang keluar dari kesibukan bandar bercuti di tempat pilihan masing-masing. Admin juga tidak lepaskan peluang ini dengan bercuti ke utara tanah air kerana ada jemputan kenduri dan sambil-sambil makan angin sebelah utara.

Kembali ke Cemara, jalan raya agak tenang tanpa traffic jam kerana ramai yang masih bercuti. Seronok juga kalau setiap hari tiada traffic jam. Admin kira, start minggu depan, jalan raya akan kembali sesak. Kadang-kadang boleh jadi sesak nafas menempuh traffic jam ini.

Seperti mana yang warga Cemara nampak di tempat masuk & keluar, tiang/structure untuk pemasangan awning sudah di bina. Di harap warga Cemara dapat memandu dengan berhati-hati bila melalui kawasan pembinaan tersebut kerana kerja-kerja pemasangan masih belum siap. Kerja-kerja pemasangan bumbung akan dimulakan selepas cuti Tahun Baru Cina. Mungkin akan dimulakan minggu depan selepas mendapat material yang telah ditempah tempoh hari.

Untuk pengetahuan, had ketinggian awning ini adalah 10 kaki sahaja. Jadi, mana-mana kenderaan yang mempunyai ketinggian melebihi 10 kaki, tidak boleh masuk ke kawasan apartment. Oleh itu, jika ada aktiviti pindah masuk/keluar barang-barang daripada kawasan apartment ini, warga Cemara dinasihatkan supaya menggunakan kenderaan yang bersesuaian dengan had ketinggian tersebut. Jika berlaku kerosakan pada struktur binaan ini disebabkan oleh kes kecuaian, cthnya kes pelanggaran, kos baik pulih/ganti rugi akan dikenakan serta ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang terlibat.


4 comments:

  1. macam perlu penambahbaikan sikit
    sbb masa ujan tad test..masih banyak tempiasnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah comey la tu..sikit2 kena tempias tu biasa la..lagipun semalam memang ujan lebat btol...camni la yang terbaik...

      Delete
  2. Admin, ada cadangan la..bleh diterima pakai tak kalau tiap floor disediakan tong sampah hijau tu...bukan apa..macam serabut pulak bila naik lif ada orang bawak sampah busuk sekali naik lif (tak salahkan orang tu pon, aku pon buat camtu jugak)..so kalau ada tong sampah tiap floor,cleaner yang bawak turun tong tu tiap2 hari nak clearkan sampah...cadangan je..ni menambahkan scope kerja cleaner dan menambahkan kemalasan penduduk cemara la..itu aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan yang baik, tetapi admin berpendapat tidak sesuai utk letak di setiap floor. Nanti busuk pula floor tersebut & rumah yg berdekatan mesti komplen. Skrg pun cleaner minta naik gaji. Itu belum lagi tambah kerja. Apa2 pun terima kasih atas cadangan ini.

      Delete