Monday, August 27, 2012

Strata Title vs Master Title



Strata berasal daripada perkataan Stratified. Bermaksud pecah dan jeniskan.
Dalam kes hartanah, ianya bermaksud Pecah Lot.
Ingat tak korang kalau ada orang nak beli tanah, dia akan tanya dah buat pecah lot tak ?  Apa yang dia maksudkan ialah, dah dapat Strata Title tak ?
Sebelum strata title atau sebelum pecah lot, gabungan semua blok adalah terletak di bawah satu title yang besar, dipanggil Master Title.
Master Title = Satu kotak Pizza Domino’s yang mempunyai 8 bahagian.
Strata Title  = Sekeping pizza Domino’s daripada 8 bahagian
Kenapa kita perlukan Strata Title?
Ianya penting kerana dengan Strata title itu barulah kita mempunyai hak-hak dan keistimewaan tertentu sebagai tuan tanah, sepertimana yang tertakluk dalam Akta Hakmilik Strata 1985-pindaan 2007
Contoh : apt,flat boleh menubuhkan JMB untuk jaga apt,flat atau kondo korang ni, kalau ada Strata.
Pemaju kadang kadang taknak pecahkan Master Title ni, sebab dia org boleh buat untung lagi melalui Maintenance Office diaorg….yg jaga flat korang.
Sistem Pemetaan Tanah yang digunapakai sekarang ni dipanggi “torrens System” di mana semua bahagian tanah berdaftar dengan seorang pemilik. Jika tanah itu luas dan belum dipecah lot, ianya dipanggil Master Title.
Hakmilik Strata (bangunan bertingkat) atau Hakmilik individu (Landed Prop) (sama aje) dikeluarkan oleh Pejabat Tanah berkenaan.
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.
Mana lagi lama proses tukarnama, beli yang ada Hakmilik Strata atau Hakmilik Bersama ?
-       Bergantung kepada keadaan.
Utk Master title – SPA akan bermula pada tarikh pemilik tanah/pemaju (Master Title) memberikan kebenaran (consent).
Utk Hakmilik Individu/Strata – SPA bermula pada tarikh di stem.

Nota: Pangsapuri Cemara masih belum memperolehi Strata Title. Kata Mr. Richard, masih dalam proses. Tak pasti berapa lama proses untuk mendapatkan Strata Title ini. Kami akan membangkitkan perkara ini di dalam mesyuarat JMC akan datang.

3 comments:

  1. dalam proses itu adakah tipu, sudah lama tunggu tapi tak ada berita baik pun, sakit hati beli rumah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. JMB pun sakit hati juga pasal benda ni. Pihak developer telah hantar dokumen berkaitan kepada syarikat juru ukur Sejati pada 21 Mac 2013 lepas utk proses seterusnya. Nak tahu tipu atau tidak, sila telefon sendiri syarikat juru ukur Sejati, developer atau PTG. Rujuk surat di papan notis.

      Delete
  2. dalam proses itu adakah tipu, sudah lama tunggu tapi tak ada berita baik pun, sakit hati beli rumah ini

    ReplyDelete