Friday, August 17, 2012

Sijil JMB Cemara

Untuk maklumat semua pemilik pangsapuri Cemara, JMB Cemara Apartment telah ditubuhkan pada Oktober 2009 di bawah Akta 663. Ini bermakna, sudah 3 tahun pangsapuri Cemara ini diuruskan oleh JMB di bawah ejen pengurusan terkini iaitu company Effective Trading Sdn Bhd. Sijil asal ini ada dalam simpanan Mr. Richard.

Sebelum ini, JMB Cemara telah diuruskan oleh ejen pengurusan Supreme Palladium Services Sdn Bhd. Merujuk kepada laporan audit yang dibentangkan dalam mesyuarat baru-baru ini, company ini telah gagal menjalankan tugasnya dengan baik dan telah menggelapkan duit JMB Cemara berjumlah ratusan ribu ringgit.
Disebabkan perkara ini, kedudukan financial JMB Cemara bermasalah sehingga kini.

Jadi, anggota JMB yang baru dilantik bagi tahun 2012/2013 akan bermesyuarat untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah ini daripada berlaku dan di samping itu berharap agar akaun JMB Cemara pulih seperti biasa.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak anggota JMB 2012/2013 sangat berharap agar semua pemilik Cemara dapat sama-sama membantu kami memberi cadangan/idea untuk menguruskan pangsapuri ini dengan berkesan supaya semua penghuni di sini mendapat manfaat.

Sekian,

"Muafakat Membawa Berkat"

0 comments:

Post a Comment