Tuesday, August 28, 2012

Quit Rent vs Assessement


Berita baik!! Quit Rent (Cukai Tanah) 2012 bagi Pangsapuri Cemara telah turun kepada RM14.90.
Bila check bill tahun  lepas dan tahun-tahun sebelum ini, bayaran yang dikenakan adalah RM148.73.

Menurut maklumat yang diberikan oleh kerani ejen pengurusan, sebab bayaran quit rent turun adalah kerana billing yang diterima daripada pejabat tanah Selangor telah turun. Lagi satu katanya, mungkin bangunan Cemara telah lebih 10 tahun, jadi nilai cukai tanah telah turun.  Agak tidak masuk akal juga jawapan yang diberikan.

Saya telah hubungi pejabat tanah untuk membuat semakan, tetapi disebabkan saya tiada nombor akaun cukai tanah Cemara, semakan tidak dapat dibuat. Menurut pegawai pejabat tanah, mungkin sebelum ini terdapat banyak tunggakan, sebab itu jumlah bayaran adalah tinggi. Dalam mesyuarat akan datang, kami akan highlight perkara ini.



INFORMASI MENGENAI CUKAI NEGERI
CUKAI TANAH
CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU
Apa itu Cukai Tanah?
Apa itu Cukai Taksiran/Cukai Pintu
Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :
  1. apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagaiCukaisewa
  2. apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
  3. apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.
Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :
  1. Kediaman
  2. Perniagaan
  3. Perindustrian
  4. Tanah Kosong
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.
"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."
Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.
Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):
"Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu.."
Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.
Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah?
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Sekali Setahun
Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun
2 kali setahun pada :
  1. 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;
    dan
  2. 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah?
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.
Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah?
Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :
Tanah anda akan DIRAMPAS
Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
Harta anda akan DISITA
Peringatan
1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.
2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

11 comments:

  1. Bukan sebab bangunan sudah lebih 10 tahun atau quit rent hutang banyak. Kalau compare dengan vista pinggiran apartment, dulu hanyak RM8, sekarang pun lebih kurang RM15. Tapi cemara RM148.73!!!!. Teres house di Taman Pinggiran putra pun hanyak RM50+++. kenapa??? sebab quit rent cemara over charge.

    Dengan Mr Richard tolong, Pejabat Tanah Petaling telah datang ukur sekali keluasan Apt Cemara dan keputusannya kita hanya perlu bayar RM14.90

    ReplyDelete
  2. Ini adalah sebab Pejabat Tanah salah billing kepada Apt Cemara bukan managment.

    ReplyDelete
  3. Macamana pejabat tanah boleh salah billing sampai bertahun-tahun lamanya? Bukan sikit jumlahnya. Apa-apa pun, terima kasih di atas maklumat ini.

    ReplyDelete
  4. Duit bayaran yang terlebih caj sebelum tu pergi mana?

    ReplyDelete
  5. Maklumat daripada pejabat tanah petaling mengatakan pekeliling baru mengenai penurunan cukai tanah ini telah dikeluarkan sejak tahun 2009 kerana terdapat pindaan syarat baru mengenai cukai tanah commercial dan kediaman. Pengiraan cukai untuk bangunan commercial & bangunan kediaman berbeza. Sebelum tahun 2009, memang cukai tanah ini tinggi. Selepas kerajaan bertukar pentadbiran, perkara ini dikaji semula dan hasilnya, cukai untuk bangunan kediaman diturunkan dan tidak bagi bangunan commercial seperti rumah kedai. Jadi sepatutnya mulai tahun 2009 lagi quit rent dikurangkan. Tapi, oleh kerana cukai tanah tidak pernah dibayar oleh pemaju sejak tahun 2000, tunggakan hutang menjadi semakin bertambah (termasuk caj lewat bayar). Jumlah hutang & tunggakan ini tidak dinyatakan. Kemudian pihak pengurusan baru (effective trading) telah membuat permohonan untuk mendapatkan semula rebat cukai & permohonan ini diluluskan dengan jumlah bayaran yg perlu dibayar oleh pemaju kepada pejabat tanah adalah RM80 ribu lebih. Sekarang ini quit rent telah dibayar sepenuhnya dan proses untuk medapatkan strata title sepatutnya lebih cepat kerana hutang telah dibayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nk buat semakan ye. Sebab saya kena bayar RM167.30 di Pangsapuri Lili, Bukit Subang. Tahun lepas kene bayar RM155++. Tak masok akal cukai tanah kena bayar camni. Rumah apartment je kot. Bukan banglo.

      Delete
    2. Tuan boleh berhubung terus dgn pejabat tanah petaling utk semakan.

      Delete
  6. Cukai tanah dan taksiran bayar kat management ke atau pejabat tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukai tanah, bayar kat management office...cukai taksiran, bayar kat MPSJ

      Delete
  7. BETULLAH SOALAN DIATAS SAYA PUN NAK SOAL PERKARA YANG SAMA ADAKAH SETELAH BAYAR CUKAI PINTU KITA KENA BAYAR CUKAI TANAH SEDANGKAN RUMAH APARTMENT SERI MELOR MPAJ ITU SUDAH MEMPUNYAI STRATA TITLE...TINGKAT ATAS MANA ADA TANAH... KALAU TAPAK TANAH UMAH TERESLAH...SAYA RASA ADA MASALAH DI NEGERI SELANGOR INI BUKAN NAK CARI KESALAHAN KAMI TUAN UMAH ITU KAMI YANG KENA BAYAR KE MACAMANA TUAN TANAH KE DAUN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukai tanah>> sebelum dapat strata title, kena bayar kepada pihak pengurusan dulu. Lepas tu, pihak pengurusan akan bayar pula kepada pejabat tanah negeri selangor.

      Cukai pintu pula>> pemilik bayar terus dengan pihak MPSJ. Bukan melalui pihak pengurusan.

      Cukai pintu & Cukai tanah adalah cukai yang berbeza. Masing-masing dibayar kepada pihak yang berlainan.

      Delete