Monday, October 13, 2014

notis migrasi meter individu

Salam sejahtera,

Merujuk notis yang ditampal di kebanyakan laluan utama, notis berkaitan permohonan migrasi meter individu. Untuk makluman, pihak Syabas hanya memberi tempoh setahun (bermula Mei 2014) kepada pihak pengurusan bagi melaksanakan migrasi meter ini.

Sehingga Oktober 2014, masih ramai lagi yang tidak menghantar borang permohonan, borang tidak lengkap dan tidak ada dokumen yang diminta (S&P, IC & surat akujanji). Mengikut maklumat dari pejabat pengurusan, anggaran 50% sahaja yang telah hantar borang dengan lengkap. Ada juga yang beritahu borang yang diedarkan dahulu telah hilang.

Sehubungan dengan ini, minta kerjasama semua penghuni supaya dapat menghantar borang serta dokumen yang diperlukan dengan kadar segera untuk membolehkan pihak pengurusan menyerahkan borang-borang ini kepada pihak Syabas untuk perlaksanaan migrasi meter.

Tahukah anda bahawa dengan perlaksanaan migrasi ini, anda dapat air percuma sebanyak 20,000 liter (5680 gelen) setiap bulan. Sekiranya anda masih ingin menggunakan meter lama, caj yang dikenakan adalah RM1.38 / 1000 liter.




Related Posts:

  • JMB Cemara 2013/2014 Carta organisasi JMB Cemara bagi tahun 2013/2014. Seperti biasa, kepada penghuni yang berminat untuk menyumbang idea dan kepakaran masing-mas… Read More
  • surat kelulusan migrasi meter. surat kelulusan Borang permohonan akan diedarkan kepada semua penghuni setelah pihak pengurusan menerima borang tersebut daripada pihak Syabas.&… Read More
  • hal keselamatan Salam hormat, 1) CCTV Sejak kes kecurian yang berlaku baru-baru ini, Pihak Pengurusan sedang membuat penilaian & perancangan untuk menambah bila… Read More
  • update migrasi meterSalam Hormat, Berkenaan dengan permohonan migrasi meter pukal kepada meter individu, pihak Syabas telah pun membuat pemeriksaan kali kedua bagi memas… Read More
  • statistik denggi minggu 49/2013 Negeri Selangor mencatatkan rekod tertinggi kes demam denggi. Awasi persekitaran anda dengan memastikan tiada tempat untuk p… Read More

0 comments:

Post a Comment