Wednesday, October 24, 2012

Lift service & repair

Salam.

Seperti mana yang anda semua tahu, sekarang ini setiap blok hanya ada satu lif sahaja yang berfungsi. Pihak pengurusan memaklumkan bahawa  lift yang besar tidak boleh digunakan kerana mempunyai kerosakan besar dan memerlukan kos yang agak tinggi untuk dibaiki.

Sekarang ini, pihak JMB sedang berusaha mencari beberapa syarikat penyelenggaraan lift untuk membuat pemeriksaan, mengenal pasti punca kerosakan dan kos penyelenggaraan yang diperlukan bagi membolehkan lif besar beroperasi semula, demi keselesaan kepada semua penghuni Cemara.

Oleh yang demikian, pihak JMB memohon kerjasama semua pembaca blog ini, yang mempunyai pengetahuan, kenalan, atau sesiapa sahaja daripada syarikat penyelenggaraan lif, supaya dapat berhubung dengan pihak JMB, untuk mendapatkan sebut harga bagi tujuan untuk perkhidmatan penyelenggaraan/repair lift ini.


0 comments:

Post a Comment