Wednesday, December 28, 2016

Kenaikan Caj Sewa Parking Tahun 2017

Salam Hormat,

Dalam mesyuarat AGM yang lepas, satu keputusan sebulat suara telah dipersetujui untuk menaikkan kadar sewa parking serta membuat undian semula pemilikan lot sewa parking. Proses undian akan dibuat setiap 2 tahun sekali.

Keputusan ini dibuat kerana caj sewa parking sedia ada tidak pernah diperbaharui sejak sekian lama serta kadarnya sewanya terlalu rendah dan sistem sewa parking yang sedia ada juga seolah-olah tidak memberi peluang kepada penghuni yang lain untuk mendapatkan lot parking sewa.

Undian sewa parking ini akan diadakan pada tarikh 17/1/2017 (Selasa) jam 9.00 malam bertempat di dewan serbaguna blok1.

Syarat-syarat utama untuk memohon lot sewa parking ini adalah:

1) Tidak mempunyai sebarang tunggakan bil sehingga tarikh 31/12/2016
2) Pengundi yang berjaya mendapat lot parking dikehendaki buat bayaran pendahuluan sebelum 27/1/2016

Keputusan undian akan diumumkan pada 31/12/2016 dan tarikh perlaksanaan akan bermula pada 1/2/2017.

Pemilik parking yang sedia ada dibenarkan parking sehingga 21/1/2017 sahaja dan perlu mengosongkan lot parking sebelum 22/1/2017 untuk kerja-kerja penyelenggaraan sebelum ianya berkuatkuasa pada bulan Februari 2017 nanti.

Notis berkenaan perlaksanaan undian sewa parking ini telah diedarkan kepada semua penghuni dan pemilik sewa parking yang berkenaan.

Notis pertama kepada semua penghuni.

Notis kedua kepada pemilik sewa parking yang sedia ada.


0 comments:

Post a Comment