Thursday, December 8, 2016

AGM kali ke-6

Salam Hormat,

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-6 yang telah diadakan pada hari Ahad yang lepas berjalan dengan lancar walaupun tanpa kehadiran wakil pihak Pemaju dan COB.


Antara agenda utama yang hangat dibincangkan adalah mengenai cadangan kenaikan caj maintenance dan juga kadar sewa parking. Cadangan kenaikan caj ini bertujuan untuk menampung kos pengurusan dan kos untuk mengecat bangunan (bantuan Skim Ceria).

Proses perlaksanaan skim Ceria ini perlu dipercepatkan memandangkan tempoh tawaran yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri akan tamat pada April 2017 (lihat posting terdahulu).

Setelah melihat dari pelbagai sudut dan perbincangan, akhirnya mesyuarat memutuskan untuk menangguhkan kenaikan caj maintenance sehingga bulan Feb 2017 dan membuat keputusan untuk menaikkan kadar sewa parking yang akan berkuatkuasa pada bulan Feb 2017.

Kadar sewa baru yang dipersetujui adalah RM200 sebulan bagi petak parking berbumbung manakala RM50 bagi petak parking di luar. Proses pemilihan petak parking ini akan dibuat secara undian mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Notis mengenai perlaksanaan parking ini akan diedarkan kepada semua penghuni dalam masa terdekat.

Selain itu juga, AGM kali ini telah membubarkan ahli jawatankuasa JMB yang terdahulu dan membuat perlantikan anggota JMB yang baharu yang diketuai oleh En Tamizi bagi meneruskan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran Pangsapuri Cemara.

Senarai nama anggota JMB sesi 2016/2017


Jika ada sebarang cadangan/pertanyaan/aduan, sila isi borang yang disediakan di sini atau boleh terus ke pejabat pengurusan untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment