Tuesday, May 19, 2015

Status Permohonan Migrasi Meter Individu

Salam Hormat,

Untuk makluman kepada semua pemilik Cemara yang telah memohon meter individu, pihak Syabas telah pun meluluskan permohonan tersebut. Sekarang ini pihak Syabas memerlukan bayaran bagi tujuan pemasangan, deposit dan caj pemprosesan berjumlah RM134.60 bagi setiap pemohon.



Pihak Syabas hanya akan membuat pemasangan meter individu selepas semua bayaran tersebut diterima.

Oleh yang demikian, minta kerjasama semua pemilik yang terlibat supaya segera buat bayaran di pejabat Pengurusan agar proses pemasangan meter individu ini dapat dipercepatkan.

Kepada pemilik yang telah membuat pembayaran tersebut, pihak Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Kepada pemilik yang masih belum memohon pertukaran meter individu ini, anda boleh medapatkan  borang permohonan di pejabat Pengurusan.


1 comment:

  1. Kepada pemilik yang telah membuat permohonan meter individu ini tetapi masih tidak buat bayaran, sila bayar selewat-lewatnya hari ini 30/6/2015. Jika tiada bayaran di terima, permohonan anda akan dibatalkan dan pemasangan meter individu anda tidak akan dibuat. Sebarang pertanyaan, sila rujuk ke pejabat Pengurusan.

    ReplyDelete