Monday, October 13, 2014

notis migrasi meter individu

Salam sejahtera,

Merujuk notis yang ditampal di kebanyakan laluan utama, notis berkaitan permohonan migrasi meter individu. Untuk makluman, pihak Syabas hanya memberi tempoh setahun (bermula Mei 2014) kepada pihak pengurusan bagi melaksanakan migrasi meter ini.

Sehingga Oktober 2014, masih ramai lagi yang tidak menghantar borang permohonan, borang tidak lengkap dan tidak ada dokumen yang diminta (S&P, IC & surat akujanji). Mengikut maklumat dari pejabat pengurusan, anggaran 50% sahaja yang telah hantar borang dengan lengkap. Ada juga yang beritahu borang yang diedarkan dahulu telah hilang.

Sehubungan dengan ini, minta kerjasama semua penghuni supaya dapat menghantar borang serta dokumen yang diperlukan dengan kadar segera untuk membolehkan pihak pengurusan menyerahkan borang-borang ini kepada pihak Syabas untuk perlaksanaan migrasi meter.

Tahukah anda bahawa dengan perlaksanaan migrasi ini, anda dapat air percuma sebanyak 20,000 liter (5680 gelen) setiap bulan. Sekiranya anda masih ingin menggunakan meter lama, caj yang dikenakan adalah RM1.38 / 1000 liter.




0 comments:

Post a Comment