Wednesday, May 15, 2013

pasca meeting

Hi semua pelawat blog,

Mesyuarat lepas telah berlangsung dengan baik dengan kehadiran seramai 12 orang penghuni Cemara. Wakil pemaju tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Mesyuarat bermula jam 10pagi dan tamat pada jam 12.30tghari.

Agenda yang melibatkan pihak pemaju seperti strata title, sinking fund, letter of undertaking, power of attorney tidak dapat dibincangkan dalam mesyuarat kerana tidak ada wakil daripada pihak pemaju untuk memberi penjelasan. Walaubagaimana pun, pihak JMB dari masa ke semasa akan berhubung dengan pihak yang berkenaan untuk tindakan susulan.

Agenda mesyuarat lain seperti biasa adalah pembentangan statement akaun bank JMB, ageing report terbaru, isu security, dan lain-lain perkara merujuk kepada minit mesyuarat yang lalu.

Lain-lain perkara yang dibincangkan adalah seperti tebang pokok, upgrade sistem autogate, waktu operasi kolam renang, isu sampah yang dibuang ditempat yang tidak dibenarkan, apply sponsorship, dan sebagainya.

Malam tadi, JMB ada bermesyuarat dengan pihak security bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan isu keselamatan bertujuan untuk menambah baik kawalan keselamatan di dalam kawasan apartment daripada anasir-anasir yang tidak baik demi untuk menjaga keharmonian penghuni Cemara.

Sekian saja untuk kali ini. Ada masa, admin menulis. Jika ada pembaca yang ingin berkongsi maklumat untuk dimuatkan ke dalam blog ini, sila email kepada admin blog di alamat email aptcemara@gmail.com.

Terima kasih.

4 comments:

  1. Admin....isu keselamatan...
    Ahad 19.05.2013....antara pukuk 2 petang hingga pukul 4 petang...
    sekumpulan lelaki memasuki kawasan cemara...memperkenalkan diri sebagai wakil dari pihak telekom....saya tak pasti la dia peg semua rumah ke dia main serkap jarang....tapi rumah saya adalah salah sebuah rumah yang tak bernasib baik...bila saya tanya siapa benarkan masuk ke kawasan cemara ni....jawabnya dah bagi tau guard...saya tanya lagi..mana surat pengesahan wakil telekom...dia kata tiada......tak pe la....saya tanya lag...berapa org awak semua yg masuk ke kawasan cemara ni...jawapannya 2 ke orang.....saya tanya soalan terakhir..ada tak kintak kebenaran management atau jmb utk masuk ke kawasan ni....macam mana korang boleh suka2 masuk ke kawasan ni....jawapan dia guard bagi....maaf ye...semasa guard yangbdulu perkara ni tak pernah terjadi......so wakil telekom(kononya) tidak menjual atau memperkenalkan produk...dan belalu....sejurus selepas kejadian saya melihat beberapa orang lagi yang kononnya wakil telekom ni tadi bergegas berkumpul...

    Soalan saya....bagaimana perkara ini boleh dibenarkan berlaku.....
    Adakah guard telah di terangkan akan perkara ini......
    Mana hak privasi penduduk.....
    Ini menunjukkan kawasan cemara ini boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja...
    Tolong pikirkan tentang keselamatan semua penduduk....kanak2 yang masih bebas bermain...


    Harap pihak jmb boleh tolong ambil tindakan...

    SALAH SEORANG PENDUDUK YANG MAHUKAN PRIVASI DAN KESELAMATAN SEMUA PIHAK TERJAGA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas maklumat ini.

      Pihak guard telah diberitahu tentang prosedur/house rules yang perlu dipatuhi berkaitan pelawat.
      Perkara berkenaan keselamatan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa.

      untuk perhatian: Biro Keselamatan & Security company.

      Delete
  2. selain dari itu ader juga kejadian di mana kumpulan yg memberi ceramah di surau cemara...yg mengetuk setiap pintu untuk menjemput meramaikan kedatangan kepada ceramah mereka. saya cadangkan supaya di keluarkan surat jemputan dan di paparkan di papan kenyataan di lobby lift tingkat ground floor. ini sudah memadai. tak perlu mengetuk setiap pintu unit...PRIVACY is very important. pastikan kebersihan di surau di jaga oleh mereka....dan mereka ini sombong kepada perempuann melayu yg tidak memakai tudung.....menjadi tetamu yg sombong kepada tuan rumah. sila beri teguran kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kau ni emo sangat apasal? kau ke yang kena disombongkan tu? memang patut la kena sombong, takkan nak tengok plak aurat kau yang terdedah tak tentu pasal tu.kalau tak suka, kau boleh blah dari cemara.jangan nak cari pasal dengan penduduk Islam Cemara. nak privasy sangat, pegi duduk dalam gua la.sana tak de orang nak ketuk pintu bagai.

      Delete