Tuesday, April 2, 2013

tebang pokok


Adalah dimaklumkan bahawa pihak JMB telah mengenalpasti sebanyak 22 batang pokok disekitar apartment perlu ditebang segera kerana ianya berisiko menyebabkan kerosakan kepada struktur bangunan jika dibiarkan.

Walau bagaimana pun, kos untuk menebang pokok ini agak tinggi dan wang daripada tabung penyelenggaraan tidak dapat menampung kos tersebut.

Oleh itu, pihak JMB bercadang untuk membuat kutipan sebanyak RM85 daripada setiap rumah dengan bayaran ansuran sebanyak 4 kali bayaran.

Sekiranya ada cadangan lain yang lebih baik ingin di kongsi, atau ada sesiapa yang boleh dapat sponsor daripada mana-mana pihak, sila hubungi pihak JMB segera.

18 comments:

  1. Replies
    1. kalau ada pilihan lain, admin pun tak mau keluar RM lebih..pakat gotong royong lah, boleh?

      Delete
    2. pokok di tanam sejak dulu lagi. pehak developer/maintenance perlu bertanggung jawab terhadap pilihan pokok yg hendak di tanam. mengapa penduduk perlu membayar kesilapan pilihan pokok oleh developer?

      Delete
    3. betul apa yg anon cakap tu memang menjadi tanggungjawab pihak maintenance..maksud admin disini kos untuk menebang pokok2 tersebut agak tinggi dan akan melibatkan wang penyelenggaraan yang anda semua bayar setiap bulan.Jika digunakan untuk menampung kos penebangan pokok2 tersebut nanti apa pula difikirkan oleh penduduk yang lain?...kalau tidak boleh menyumbang idea jangan laa menambahkan lagi permasalahan yang dihadapi oleh JMB/MC kalau anda seorang yang perihatin duduk dalam JMB/MC dan anda akan tahu macam mana perasaan ahli-ahlinya dalam mencari jalan penyelesaian..

      Delete
  2. hadoi...bleh plak transfer maintenance2 issue ni kat penduduk...bleh dapat commitment sume ke nak bayar rm85 tu...kalau sume maintain bayar tiap2 bulan, xkan selama 4 bulan xdapat nak kumpul (RM85x200) =RM17000 kot..tu la..mesti duit byk abis ke pak gad baru ni...dulu2 dah elok dgn uncle samy nak tukar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa lagi nak bayar kalau bukan penduduk...developer punya pasal la ni tanam pokok tepi apartment...tak pasal2 kena keluar duit utk tebang...17k quot paling murah boleh dapat..kalau Anon boleh cari lagi murah drp tu...boleh share dgn JMB..rm17k tu mmg ada boleh guna, tapi lepas tu sakitlah nak bayar utiliti bil, management caj, insuran dan berbagai2 bayaran lagi...bayaran gad lama dgn gad baru tak banyak beza pun..boleh refer statement kat notis board berapa bayaran gad lama & juga gad baru..JMB juga mengalu-alukan cadangan drp semua penduduk utk menambah baik pengurusan di sini.

      Delete
  3. Rasanya kita buat gotong royong untuk tebang pokok-pokok ni..mungkin secara berperingkat semata-mata untuk mengurangkan perbelanjaan. kita buat selama 4 minggu.1 minggu 5 pokok sahaja.Jadi sesiapa yang free ketika masa sesi gotong royong boleh turun, atau kita tetapkan jadual mengikut nombor umah mengikut minggu.

    Bab peralatan, rasanya management boleh keluar duit sedikit utk beli mesin gergaji.Mungkin lebih menjimatkan.Daripada kita habiskan duit, lebih baik kita peruntukan untuk benda-benda yang lebih urgent..Walaubagaimanapun, tahniah kepada pihak JMB yang bekerja keras dan prihatin kepada semua penduduk Cemara.

    Cadangan dari saya. Zulkifli Ahmad 1-1-11.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan yang baik. Tapi, siapakah yang bersedia untuk kerja gotong royong ini? Kalau yang turun hanya 3-4 orang saja, rasanya tak berbaloi nak buat gotong royong. Dan perlu ada kepakaran untuk tebang supaya tidak berlaku kerosakan kepada harta benda di sekitar.

      Delete
  4. saja nak duit dan kos itu pun tak benar, cadangan boleh kasi racun pada pokok macan pekerbun kasi racun pada pokok sawit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon, kos itu merujuk kepada quotation yg ada pada admin sekarang. Jika ada kos yg lebih rendah daripada itu, ianya di luar pengetahuan admin.

      Skop kerja: mencantas, menebang, membersih, membuang sampah-sampah pokok & mematikan pangkal pokok, termasuk mesin, alatan, pekerja, insuran pekerja, skylift, pelbagai).

      Pokok sawit boleh lah pakai racun, kalau tumbang pun tak kena rumah, kereta dan orang. Ini pokok dalam kawasan apartment, kena fikir juga keselamatan.

      Delete
  5. Maaf admin..
    Admin tanya pembaca beri respon...
    Tapi cam tak nak terima pendapat jer....
    Cam tak payah mintak pendapat la lain kali...
    Baik buat dulu baru tanya...lagi best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la..admin macam emo plak..slalu tak macam ni....dah tukar admin lain ke ni? bukannya tak nak bayar...tapi boleh ke dapat komitmen sume penduduk...tu aje....cuba la mintak fund kat calon-calon pilihanraya...mana tau boleh dapat...

      Delete
    2. Admin hargai pendapat/cadangan/komen/komplen yg ada dlm blog ni. Walaupun ada sesetengah respon drp admin nampak macam tak boleh terima pendapat, itu mungkin anggapan saja. Cadangan drp pembaca sebenarnya bukan ditolak, cuma bagaimana cara perlaksanaannya itu yg menjadi masalah kerana banyak perkara yg perlu diambil kira sebelum ianya dapat dilaksanakan. Walau apa pun, jangan putus asa memberi respon, sekurang-kurangnya ada input drp pembaca blog utk penilaian pihak pengurusan. Admin hanya penyampai maklumat & kadang2 perlu respon terhadap komen yg ada. Kadang2 emo juga sebab ada tuduhan yg tak benar. Pendapat admin mungkin berbeza dgn committee JMB yg lain. Namun begitu, keputusan akhir drp pihak pengurusan adalah yg lebih utama. Admin syorkan supaya setiap cadangan/komen/komplen yang ingin disampaikan kepada pihak JMB, sila hantar terus ke alamat email committee JMB utk elak salah faham. Sekian drp admin. Salam hormat.

      Delete
  6. admin...saya bantah...tak setuju kenakan bayaran kepada penduduk untuk tebang pokok...cadangan saya,buat la secara berperingkat...jangan potong sekaligus...guna fund yang available...bila cukup untuk potong satu pokok...tebanglah..tapi,lock price siap2 dengan tukang potong siap clearkan pokok tu skali...so tiap kali nak tebang, harga dah fix...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.....

      Apa yang saya paham dari notis tu akaun jmb tak cukup duit utk tebang pokok....tapi bila kira balik sebenarnya jmb tak keluar duit utk tebang pokok tu..
      So kesimpulan saya Sebenarnya jmb masih tiada duit..
      Jadi kita lupakan dulu isu pokok...kita kumpul duit dulu...kalu tak pun ikut cam cadangan anon 205pm..
      Jangan drastik sangat...semua benda nak buat serentak...
      BERSABAR KAN LEBIH BAIK DAN SELAMAT

      Delete
  7. admin untuk permasalahan yang dihadapi ini saya mencadangkan jika dikediaman admin ini mempunyai pekerja seperti tukang sapu dan seorang handyman apa kata admin upah mereka untuk kerja-kerja pemotongan tersebut disamping mereka juga dapat pendapatan sampingan kan?....cuma admin perlu sediakan mereka perkakas untuk kerja-kerja pemotongan serta 2 unit Tong sampah (tong besi) untuk mereka letak dahan-dahan yang dipotong...jika upah orang luar untuk 1 unit pokok sudah menelan belanja hampir 2k untuk 1 unit pokok..harap membantu :)

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum, saya boleh tebang pokok tu dengan harga yang berpatutan boleh hubungi saya 011-23603928

    ReplyDelete