Monday, January 14, 2013

laporan ke MPSJ

Hi semua pembaca blog,

Di sini admin tunjukkan laporan online yang telah dibuat kepada MPSJ berkenaan beberapa isu sekitar Pangsapuri Cemara untuk rujukan bersama. Jika anda semua ada aduan lain, boleh juga membuat laporan terus ke website MPSJ di alamat http://ocps.mpsj.gov.my/cms/index.jsp dan cari bahagian Aduan Online.

Di bawah adalah jawapan oleh pihak MPSJ berhubung aduan yang telah dibuat.

1) Aduan nyamuk

NO. ADUAN  : 0446/11/2012-(1)
TARIKH          : 20 November 2012

Tuan/Puan,
MAKLUM BALAS ADUAN
Salam sejahtera dan dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan aduan pihak tuan/puan No. Aduan: 0446/11/2012 bertarikh 6 November 2012.
Berikut merupakan maklumbalas terhadap aduan tersebut:
ULASAN ADUAN:
Siasatan telah dijalankan pada 14/11/2012, tiada pembiakan ditemui di lokasi berkenaan. Pihak pengurusan perlu melantik syarikat pest control untuk aktiviti pengasapan kabus ( fogging ) sekurang- kurangnya 2 kali sebulan.
Sebarang pertanyaan/kemuskilan sila hantar ke mpsj@mpsj.gov.my ataupun hubungi talian aduan 03-80247700 @ 03-56376545 (Hotline)
Sekian, terima kasih
PENOLONG PENGARAH (PERHUBUNGAN AWAM)
b.p Yang Dipertua MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
*Surat ini merupakan cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.
*Sila nyatakan No. Aduan apabila berurusan dengan MPSJ.


2) Aduan pokok besar/akar dikawasan bangunan pangsapuri

NO. ADUAN  : 0551/11/2012-(1)
TARIKH          : 8 November 2012

Tuan/Puan,
MAKLUM BALAS ADUAN
Salam sejahtera dan dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan aduan pihak tuan/puan No. Aduan: 0551/11/2012 bertarikh 7 November 2012.
Berikut merupakan maklumbalas terhadap aduan tersebut:
ULASAN ADUAN:
Lokasi masalah adalah dibawah JMB kawasan tersebut.Penyelenggaraan adalah bukan dibawah Pihak Majlis.Oleh itu, mohon pengadu menghubungi Pihak JMB tersebut.
Sebarang pertanyaan/kemuskilan sila hantar ke mpsj@mpsj.gov.my ataupun hubungi talian aduan 03-80247700 @ 03-56376545 (Hotline)
Sekian, terima kasih
PENOLONG PENGARAH (PERHUBUNGAN AWAM)
b.p Yang Dipertua MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA


3) Aduan lalulintas, permohonan mendapatkan convex mirror di persimpangan pintu masuk/keluar


NO. ADUAN  : 0388/12/2012-(1)
TARIKH          : 7 January 2013

Tuan/Puan,
MAKLUM BALAS ADUAN
Salam sejahtera dan dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan aduan pihak tuan/puan No. Aduan: 0388/12/2012 bertarikh 5 December 2012.
Berikut merupakan maklumbalas terhadap aduan tersebut:
ULASAN ADUAN:
Buat masa ini pihak Majlis hanya menjalankan kerja pembaikkan secara 'back toi basic' di mana menumpukan kepada pambaikkan jalan rosak dan pebaikkan papan tanda yang rosak sahaja. Siasatan lanjut juga mendapati kawasan tersebut juga masih belum diserahkan kepada pihak Majlis.
Sebarang pertanyaan/kemuskilan sila hantar ke mpsj@mpsj.gov.my ataupun hubungi talian aduan 03-8024 7700 @ 03-8026 3166 (Hotline)
Sekian, terima kasih
PENOLONG PENGARAH (PERHUBUNGAN AWAM)
b.p Yang Dipertua MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA


Lain-lain aduan & jawapan daripada pihak MPSJ akan diupdate kemudian. Jika anda semua ada aduan lain, boleh juga buat laporan terus ke pihak MPSJ di alamat http://ocps.mpsj.gov.my/cms/index.jsp dan cari bahagian Aduan Online.

2 comments:

  1. Hi boleh lapor kucing yang terbiak sekitar. Setakat masa banyak kuncing terbiak di kawasan merata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak paham la...guna google translate ke..nak bagitau apa sebenarnya ni?

      Delete