Saturday, January 12, 2013

complaint form

Untuk makluman,

Pihak Pengurusan Pangsapuri Cemara memberitahu sekiranya penduduk ingin membuat sebarang aduan seperti kerosakan lampu, jalan, common property dan lain-lain yang berkaitan dengan bangunan pangsapuri, sila gunakan borang khas yang disediakan oleh pejabat pengurusan. Borang ini penting untuk tujuan rekod pihak pengurusan.

Borang ini boleh diambil di pejabat pengurusan, guard house,atau boleh di muat turun di sini. Borang yang telah diisi hendaklah diserahkan ke pejabat pengurusan. Jika penghuni tidak berkesempatan untuk ke pejabat pengurusan, boleh juga diserahkan kepada security guard untuk diserahkan kepada pejabat pengurusan.

Sebarang aduan yang dibuat melalui email, SMS, telefon kurang diberi perhatian. Harap maklum.

photo by google




14 comments:

  1. Dah banyak kali komplen pasal parking sama jugak lagi.dah kecewa je rasa xdpt nk rasa sgt pembaharuan yg dibuat mcm tukar lantai lif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. info dlm meeting semalam, ada parking kosong bawah bumbung satu, kalau berminat boleh apply kat office.

      Delete
  2. Dah lapor di guard house tapi lampu di tingkat 3 masih belum di repair. Dah hampir 2 minggu ni. Memalukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maintenance guys busy kot,...cuba follow up & telefon tanya office. Contact person En. Idris

      Delete
  3. Nak tanya sikit,JMB Cemara ni dah kemaruk duit sangat ke sampai parking visitor dah tukar jadi parking sewa?lebih2 btol la..dah tnya penduduk ke setuju ke tak setuju?takat tanya ajk JMB semua pun setuju..denda clamp parking rm100 tu dah survey tmpt lain ke blom?kondo mewah kat hillpark pon nk bukak rm50 je..

    ReplyDelete
  4. nampak gayanya, admin atau jmb tak sudi nak reply pertanyaan aku kat atas ni.biasa cepat je reply..hurm...tunggu je la ye tuan-tuan sekalian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anti tamak $$,
      Bagi peluang admin siasat dulu hal ini, sebab admin hanya boleh bagi komen apa yg admin tahu. Admin bukan blogger sepenuh masa kat sini, cuma sekadar berkongsi maklumat saja. Itu pun bila ada masa free. Harap anti tamak $$ faham hal ini.

      Pasal denda parking RM100 tu,sebelum dilaksanakan, pihak pengurusan telah memberi notis bulan Oktober lagi, tapi tiada sebarang bantahan/komplen dari penduduk. Jadi, JMB anggap tiada masalah tentang jumlah ini. Kalau anti tamak $$ tak setuju jumlah ini, join meeting dan cadangkan berapa jumlah yg patut dikenakan.

      Pasal parking sewa tu, baru hari ni admin baru dapat info, sebenarnya berlaku salah faham antara pengurusan & JMB. JMB minta suruh padam tanda VISITOR yg lama kat tempat tu. Entah kenapa, dipadam semua & ditanda pula denga SEWA. Pengerusi dah minta En. Idris, tanda balik 3 petak VISITOR seperti asal.

      b/p JMB.

      Delete
  5. Terima kasih tuan admin..saje je saya provok kat atas tu..nak tgk respon admin/jmb mcm mana...tahniah dengan penjelasan panjang lebar kat atas..sesapa yg baca komen ni,sy nk bgtau admin blog ni mmg sgt efisyen(sila rujuk entri2 sblm ni)..tu psl sy ckp biasanya reply cepat,kali ni je reply lambat..n rasa admin yg sama jugak manage facebook cemara..tahniah skali lg dr sy..tak perlu la sy join mtg2 jmb sbb sy dah penah join sekali tp kecewa dgn approach jmb especially bendahari..tak perlu la sy ckp kat sini..tp dari pengurusan blog dan info terkini cemara,mmg sy rujuk blog je..terima kasih n tahniah admin cemara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sama-sama anti tamak$$,
      Jgn provok bnyk2 sangat tuan, nanti JMB tak boleh nak fokus. Bnyk lagi isu nak kena settle ni. Maklumlah, JMB kat sini pun baru saja start. Pengalaman pun tidak banyak. Sebab tu JMB perlu feedback drp semua penduduk supaya JMB dapat mengurus dgn baik. Sekian.
      b/p: JMB Cemara

      Delete
  6. beri lah cadangan yg menbina kat meeting, tak payah lah susah susah selindung kat belakang..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas ah..dah penah attend masa tgh panas pasal parking bernombor..tak dpt kata putus pon..status quo je sampai skang..

      Delete
    2. kalau mcm tu, follow je lah dulu peraturan yg ada..akan datang tak tau lagi macamana. tengok keadaan semasa.

      Delete
  7. Skang dah tak boleh nak komplen kat blog dah..hai macam2..dah macam duduk dalam library..macam2 rule

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...no problem. boleh je nak komplen..sambil komplen, bagi lah idea juga utk kebaikan semua warga cemara. jgn komplen kat dinding lif dah le...nanti kena keluar duit lagi nak beli cat..

      Delete