Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013


Good Bye 2012 & Welcome 2013 :-)

photo by google

Bagi pihak JMB Pangsapuri Cemara, admin mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua pembaca blog aptcemara ini. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini lebih menceriakan kehidupan anda dengan semangat dan azam baru. Peristiwa dan pengalaman dalam tahun 2012 yang lepas, jadikan sebagai panduan untuk menghadapi tahun-tahun yang seterusnya.

Berikut adalah pencapaian JMB sepanjang tempoh 3 bulan terakhir 2012 (Q4'12)

  1. Pembukaan akaun bank JMB (Maybank).
  2. Melantik biro & AJK JMB dengan tugas yang ditetapkan.
  3. Menetapkan lot parking bernombor untuk kemudahan penghuni. 
  4. Mengeluarkan kenderaan yang tiada pemilik dari kawasan pangsapuri.
  5. Mengurangkan jumlah hutang tertunggak bil penyelenggaraan daripada RM158k kepada RM65k dengan perlaksanaan pelan bayaran ansuran.
  6. Membeli insuran kebakaran bagi bangunan Pangsapuri Cemara.
  7. Menukar penutup longkang kolam renang.
  8. Membina 'ramp' untuk kemudahan OKU.
  9. Memotong akar-akar pokok yang menghalang laluan ke lif lobby blok 2.
  10. Menukar semua lampu yang rosak di dalam kawasan apartment.
  11. Membaik pulih 'land slide' blok 2.
  12. Gotong royong membaiki kebocoran di blok 1 dan basement (Grouting).
  13. Memasang lampu di kawasan notice board blok 2.
  14. Mengadakan aktiviti 'Cemara Ceria Kids'
  15. Membaiki kerosakan tingkap & re-paint pondok pengawal.


Dalam tahun 2013 ini, pihak JMB akan terus berusaha untuk memastikan agenda-agenda utama dilaksanakan mengikut perancangan. Antaranya adalah:-

  1. Permohonan 'strata title'.
  2. Mendapatkan semula dana daripada 'sinking fund' dan 'quit rent'
  3. Repair lift blok 1 & block 2.
  4. Re-paint apartment building.
  5. Pemasangan CCTV.
  6. Upgrade kad akses.
  7. Pemasangan awning di tempat kad akses
  8. Re-paint main entrance & sign board 'Pangsapuri Cemara'
  9. Membaik pulih pagar (di bahagian end block 1 & block 2)
  10. Memasang spot light di kawasan tertentu.
  11. Memohon meter air individu
Pihak JMB memohon kerjasama semua penghuni supaya dapat memberikan maklum balas, cadangan dan komen yang positif supaya pihak JMB dapat melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan dengan lebih baik.  Sekian.

4 comments:

  1. minta tolong utk menilai tahap kebersihan taman permainan(memang tak da daun gugur....tapi lihatlah keadaannya yang kotor....rumput yang telah hilang...)
    harap tidak terlepas pandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 12.55am, terima kasih atas keperihatinan anda. JMB akan berusaha utk pastikan masalah ini diatasi. Biro persekitaran, pls take note. TQ

      Delete
  2. tak tau la JMB yang over re-act atau ada penduduk yang saja2 nak remind kat saya jangan parking depan lobby blok 1 depan surau..baru2 ni,saya park sementara di depan lobi berhampiran surau blok 1,puncanya sebab banyak barang perlu dibawa naik ke atas, jadi untuk memudahkan ulang alik, saya park situ sebab mudah dan berdekatan dengan lif. bila saya turun untuk ambil barang kali ke 2, saya tengok papan tanda "Kenderaan anda telah dikunci" diletakkan betul2 di pintu pemandu saya. Akibatnya, calar di bahagian skirting dan pintu.kalau si pembuat tu baca komen ni,MEH LA JUMPA ONE TO ONE KALAU TAK PUAS ATI!!!AKU NAK CALARKAN KETA KO PLAK!!!JAHANAM BTOL TANGAN2 DURJANA NI!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. admin fikir, takde org JMB yang buat kerja2 mcm ni.

      Delete