Monday, November 26, 2012

pasca meeting ke-3

Salam hormat,

Mesyuarat JMB semalam berjalan dengan lancar dengan jumlah kehadiran penghuni seramai 18 orang, termasuk wakil daripada pihak pengurusan Mr. Richard Ng dan wakil pemaju Mr. Roland Lim. Mesyuarat berlangsung lebih 3 jam, bermula pada jam 10.15pagi dan tamat pada jam 1.30ptg. Ini kerana banyak isu yang dibincangkan bagi memastikan pengurusan JMB mencapai matlamat utama untuk mengembalikan keharmonian, kestabilan, keceriaan, kebersihan serta keselesaan semua penghuni Cemara. Secara tidak langsung dapat menaikkan nilai hartanah pangsapuri Cemara.

Dalam mesyuarat ini, Bendahari telah membentangkan laporan kewangan terkini akaun JMB Pangsapuri Cemara yang mana ada peningkatan dalam kutipan bayaran bil maintenance. Namun begitu, masih terdapat beberapa unit yang mempunyai tunggakan melebihi RM500, gagal untuk menjelaskan bayaran tersebut walaupun notis telah dikeluarkan.

Untuk mengurangkan beban penghuni terlibat, pihak pengurusan telah memberi kelonggaran dengan memperkenalkan pelan bayaran ansuran bagi tujuan menjelaskan tunggakan bil ini. Untuk memohon bayaran secara ansuran, permohonan boleh di buat di pejabat pengurusan.

Isu lain yang dikemukakan kepada pihak pemaju adalah berkenaan status cukai tanah, sinking fund, strata title dan outstanding payment yang mana perkara ini akan dijawab oleh pihak pemaju dalam tempoh 7 hari selepas surat rasmi dikeluarkan.


Selain itu, agenda yang dibincangkan adalah berkenaan fire insurance. Ketika ini, pihak JMB telah memperolehi quotation daripada 4 syarikat insurance iaitu Chartis, Zurich, Etiqa dan Kurnia. JMB memutuskan untuk mendapatkan perlindungan insuran bermula Januari 2013. Namun demikian, penilaian masih dibuat bagi memilih insuran yang menawarkan perlindungan yang paling optimum. Notis berkenaan perkara ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Lain-lain perkara adalah berkaitan dengan lif, cat bangunan, pengawal keselamatan, parking, kerosakan/kebocoran paip, swimming pool, kes kecurian di blok 2, perlantikan AJK baru, dan lain-lain.
Hal-hal ini akan dibincang dari masa ke semasa dalam meeting AJK.

Pengerusi juga meminta semua penghuni supaya sentiasa mengawasi keadaan sekeliling, bagi mengelakkan kes kecurian di kawasan Pangsapuri Cemara. Sebarang aduan kecurian atau aduan-aduan lain hendaklah dilaporkan segera, beserta dengan bukti untuk memudahkan tindakan susulan.

17 comments:

  1. Thanks for posting. Keep up the good job in maintaining your elevators. Shaun Kwong - Home Elevator Malaysia http://www.elevatormalaysia.com

    ReplyDelete
  2. bila kecurian berlaku di blok 2?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang 2 minggu lepas. tingkat 4. masa kejadian owner tiada di rumah, outstation. khabarnya pencuri masuk melalui bumbung.tiada barang hilang tapi rumah berselerak. harap semua penghuni pantau keadaan sekeliling dan lapor jika syak ada sesuatu yg tidak kena.

      Delete
  3. admin....ini adalah contoh atau akibat dgn meletakkan no lot unit di petak parking.....agak bahaya jugak....boleh tak diusulkan supaya letakkan no kenderaan....
    tolong.....agak bahaya ni.....tolong bagi kebenaran utk padam no unit n gantikan dgn no kenderaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. padam je terus...buat free parking semula..

      Delete
    2. Sebenarnya sebelum implement parking normbor ni pun, dah ada kes yang sama...jadi rasanya bukan sebab nombor parking kes ini berlaku. JMB dlm proses nak pasang CCTV & upgrade akses kad utk tingkatkan keselamatan. Jadi, utk pastikan benda ni boleh dibuat cepat, JMB perlu kerjasama semua penghuni supaya settle maintenance fee jika ada tunggakan. JMB juga tengah deal dgn developer/effective trading utk collect o/s payment. Sementara ni, kekal dgn parking yg sedia ada kecuali ada arahan baru dari pengurusan.

      Delete
  4. admin....harap teruskan je dengan projek parking ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sir, any problem with our request to re-shuffle the parking?

      Delete
    2. so u have problem with other that agree this parking project?

      Delete
    3. Yes,I have the problem with it and not with the OTHERS as mentioned by you and request for reshuffling it..so what? Are you saying this parking segregation is fair enough for all the tenant? Think before you speak and better silent to avoid look stupid.

      Delete
    4. Please reshuffle the parking lot.

      Delete
  5. betul lah tu.....
    ketuk dulang.......

    ReplyDelete
  6. "Isu lain yang dikemukakan kepada pihak pemaju adalah berkenaan status cukai tanah, sinking fund, strata title dan outstanding payment yang mana perkara ini akan dijawab oleh pihak pemaju dalam tempoh 7 hari selepas surat rasmi dikeluarkan."
    Read more at http://aptcemara.blogspot.com/2012/11/pasca-meeting-ke-3.html#BRCuVGdct6cq5vSy.99

    (JMB sila bagai tahu jawaban dari pihak pemaju)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemaju belum respond. Surat sudah dihantar pada 30/11/12. So, esok adalah last day untuk pihak pemaju respond surat. Jika JMB tidak terima sebarang jawapan, JMB akan lapor pada pihak berkuasa utk tindakan seterusnya.

      Delete
  7. admin 7 hari bukan kira dari Mesyuarat JMB ke-3 25/11/12,

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara official, kira dari tarikh surat di hantar.

      Delete