Bila hujan lebat, kawasan basement blok1 (terutama berhampiran lif) akan terdapat banyak air bertakung di kawasan tersebut. Admin percaya, perkara ini memang disedari oleh kebanyakan penghuni di blok1.
Punca utama masalah ini disebabkan berlakunya pengaliran air di bawah struktur bangunan, melalui lubang yang terbentuk di bahagian atas (tepi kolam) dan mengalir keluar melalui lubang-lubang kecil di basement.
Air yang mengalir ini membawa bersama pasir/tanah yang ada di bawah struktur. Kemungkinan wujud ruang kosong yang besar di bawah lapisan simen ini kerana masalah ini telah di kesan agak lama. Jika hal ini dibiarkan, mungkin akan menyebabkan kerosakan besar pada struktur bangunan.
Atas faktor keselamatan, dalam meeting yang lalu, pihak JMB telah mengambil keputusan untuk membuat kerja-kerja pembaikan dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Kita bernasib baik kerana ada penghuni Cemara yang expert dalam kerja-kerja pemulihan tanah yang memberikan idea serta berkongsi kepakaran untuk mengatasi masalah ini.
Untuk tujuan ini, pada hari Ahad depan (2 December 2012, jam 9.00 pagi), pihak JMB bersama dengan project manager (Mr. Pang) dan beberapa orang pekerja akan membuat kerja-kerja pembaikan. Di harap kepada penghuni Cemara yang ada kelapangan masa dapat sama-sama turun bergotong-royong bagi membantu menyiapkan kerja-kerja pembaikan.
Sekian
"Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing"
yeaaa!!! nak join!
ReplyDelete-anon lif-
INSYAALLAH
ReplyDelete