Thursday, October 11, 2012

Fakta tentang air percuma

SEJAK diperkenalkan pada Jun 2008, secara purata setiap bulan seramai 1.2 juta isi rumah yang menggunakan meter individu telah menerima air percuma 20 meter padu bernilai RM11.70 sebulan.



Disebabkan proses penukaran meter pukal kepada meter individu oleh SYABAS, amat tidak memuaskan, kerajaan negeri telah melancarkan beberapa usaha untuk membantu rakyat mengatasi masaalah penukaran meter.

Sekitar 92% pemilik pangsapuri kos rendah telah menikmati air percuma melalui Skim Rebet Air Percuma (SAFWA) dan skim itu juga telah ditambah baik menerusi program "Lapor dan Dapat".

Pangsapuri kos rendah yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mebuat tuntutan secara terus melalui SYABAS.

Sejak Julai 2010 sehingga 2012, lebih RM6 juta telah dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.

Pemilik pangsapuri bukan kos rendah boleh memohon daripada SYABAS untuk proses migrasi dari meter pukal kepada meter individu. Namun terdapat banyak aduan di mana proses pertukaran yang rumit oleh SYABAS melengahkan pertukaran tersebut.

Oleh itu kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan-pasukan khas untuk membantu mempercepatkan dan melancarkan proses migrasi meter ini.

Kini, 29,318 unit pangsapuri bukan kos rendah telah bertukar kepada meter individu.

Jika anda menghadapi masaalah untuk menerima air percuma sila hubungi 1800-88-2824

Disediakan oleh:

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor

Sumber berita: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/fakta-tentang-air-percuma-selangor-yang.html

Related Posts:

  • kolam Kerja-kerja membuat penutup longkang swimming pool nampaknya sudah hampir siap. Walau bagaimana pun, ada beberapa keping penutup in… Read More
  • Fire Insuran - NotisNotis Makluman. Adalah dimaklumkan bahawa pihak JMB telah membuat keputusan untuk mendapatkan perlindungan insuran kebakaran daripada syarikat Kurnia… Read More
  • House RulesIntroduction: This is a summary in accordance with Taman Pinggiran Putra, Cemara Apartment Principal House Rules. All terms and expressions used in … Read More
  • kebersihan tidak bertanggungjawab..buang sampah dari balkoni tahi kucing sampah di common area  selalu jumpa sampah area tangga  i… Read More
  • program Ceria KidsBerita baik. Sempena musim cuti sekolah yang masih berbaki 2 minggu sahaja lagi, pihak JMB melalui Biro Persekitaran akan menganjurkan satu aktiviti … Read More

0 comments:

Post a Comment