Monday, August 6, 2012

lapor dan dapat


SHAH ALAM 1 JUN: Penduduk kediaman berstrata di Selangor yang tidak memiliki meter individu kini boleh mendapat 20 meter air percuma dengan menyertai program ‘Lapor dan Dapat’.
Dengan program yang diperluaskan ini memberi peluang kepada penduduk pangsapuri kos rendah menikmati air percuma, kata Iskandar Samad dalam satu kenyataan.
“Bagi mendapatkan kemudahan ini penduduk hanya perlu melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jumlah unit kediaman berpenghuni di pangsapuri mereka.
“PBT kemudian akan memberitahu Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) akan jumlah ini dan Syabas akan melakukan potongan pada bil di meter pukal. Pihak yang menguruskan pangsapuri itu pula akan melakukan potongan pada bil-bil setiap kediaman di situ,” kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan itu.
Program “Lapor Dan Dapat” ini adalah satu lagi program dibawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Selain itu, program ini juga diperluaskan kepada pangsapuri kos sederhana.
“Pihak yang menguruskan kediaman berstrata kos sederhana seperti pemaju, agen pengurusan, JMB, MC atau persatuan penduduk boleh menghubungi Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Pihak Berkuasa Tempatan mereka untuk menyertai program ini,”jelasnya.
Iskandar juga berharap dengan membuka membuka penyertaan kepada pangsapuri kos sederhana, lebih ramai rakyat Selangor akan menikmati skim air percuma di bawah program MES.
Beliau juga menyarankan kepada penduduk agar mendesak pengurus bangunan mereka membuat laporan kepada COB secepat mungkin. Tanpa kerjasama pengurus bangunan, Kerajaan Negeri tidak akan dapat membantu penduduk.

Related Posts:

  • lapor dan dapat SHAH ALAM 1 JUN: Penduduk kediaman berstrata di Selangor yang tidak memiliki meter individu kini boleh mendapat 20 meter air percuma dengan menyerta… Read More
  • kenaikan caj maintenance Berkuatkuasa mulai bulan September 2012, maintenance caj akan dinaikkan sebanyak RM15 bagi unit tengah, manakala RM18.30 bagi unit tepi. Sehubungan d… Read More
  • palang dan jalanHari ini, palang automatik di pintu masuk utama berhadapan pondok guard, telah rosak gara-gara dirempuh lori. Patutlah palang dibiarkan terbuka sejak … Read More
  • why maintenance charge should be increased?Refers to the audit report presented at last meeting JMB, the total annual income exceeds expenses. If maintenance charges to be maintained, this mean… Read More
  • harta bersama Mengenali harta bersama yang dikongsi di dalam sesebuah bangunan/kawasan perumahan. Antara contoh harta bersama ialah seperti berikut:- Tangga, lalu… Read More

0 comments:

Post a Comment