Monday, August 6, 2012

air percuma


SHAH ALAM,16 MAC : Penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal hanya perlu melaporkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di kediaman masing-masing berhubung jumlah kediaman bagi mendapatkan 20 meter padu air percuma.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan ,Iskandar Abdul Samad berkata Kerajaan Negeri kemudian akan menyampaikan maklumat kepada Syabas bagi membolehkan pemotongan pada bil meter pukal.
“Oleh itu MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk diminta berjumpa dengan COB mereka untuk mendapatkan air percuma tersebut.
“Potongan yang diberikan oleh Syabas adalah bersamaan nilai air untuk 20 meter padu kali jumlah kediaman yang berpenghuni,” kata Iskandar dalam kenyataan medianya.
Iskandar membuat kenyataan itu bagi menjelaskan tindakan kerajaan negeri untuk memberikan air percuma kepada penghuni flat yang tidak mendapat kemudahan itu ekoran berkongsi meter (meter pukal).
“Mereka kemudian mesti memberi potongan pada bil-bil meter individu penduduk.Bukti potongan ini mestilah ditunjukkan kepada COB.
“COB juga akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan bilangan kediaman yang berpenghuni adalah sepertimana yang dilaporkan,” kata beliau.
Menurut Iskandar lagi, program “Lapor Dan Dapat” akan berupaya melipatgandakan bilangan penduduk rumah kos rendah mendapat 20 meter padu air percuma yang dilaksanakan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Kaedah pemotongan pada bil meter pukal memang sedang dilaksanakan sekarang tetapi program “Lapor dan Dapat” akan meringkaskan lagi prosedur permohonan.
Tambah Iskandar ,program ini bermula pada 1 April 2012 dan penduduk pangsapuri rumah kos rendah digesa untuk mendesak MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk agar menghubungi COB supaya mereka mendapat air percuma.
“Sistem kupon turut dilaksanakan sebelum ini di dalam usaha untuk memberi air percuma kepada penduduk rumah kos rendah tetapi ia juga amat rumit.
“Pemotongan pada bil meter pukal dan sistem kupon dilaksanakan kerana migrasi dari meter pukal ke meter individu oleh Syabas tidak dapat dilakukan secepat yang dihasrat,” ujar Iskandar.

Related Posts:

  • kerja-kerja pengurusan Kerja-kerja yang dah siap atau telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan. 1-Timer / waktu  lampu buka 6.35 ptg dan tutup 7.00 pg 2-Lampu … Read More
  • parking survey formKepada semua penghuni Cemara, di sini admin attached satu survey form untuk mendapat feedback daripada semua penduduk mengenai perlaksanaan designated… Read More
  • new parking system Admin percaya, semua penghuni Cemara telah menerima surat daripada pihak pengurusan berkenaan dengan perlaksanaan parking ya… Read More
  • never move Siapa pemilik kereta ini. Adakah untuk di jual? atau rosak dan tunggu untuk dibaiki? Kalau boleh, harap tuan punya kereta ini dapat pindahkan ke te… Read More
  • Fakta tentang air percumaSEJAK diperkenalkan pada Jun 2008, secara purata setiap bulan seramai 1.2 juta isi rumah yang menggunakan meter individu telah menerima air percuma 20… Read More

0 comments:

Post a Comment