Tuesday, December 8, 2015

Individual Strata Title

Salam Hormat,

Untuk makluman, pihak pemaju telah menghantar notis berkenaan dengan pengeluaran strata individu kepada semua pemilik Cemara.

Sehubungan dengan itu, pemilik dikehendaki supaya berhubung dengan pihak peguam (seperti yang terdapat dalam surat tersebut) untuk menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan bagi tujuan memproses pengeluaran strata ini.


Mengikut akta Strata 2007, pembeli dikehendaki menyerahkan semua dokumen berkaitan dalam tempoh 12 bulan selepas notis diterima. 


Sekiranya masih ada pemilik yang belum menerima notis/surat strata tersebut, sila hubungi pihak pemaju kerana mungkin alamat surat menyurat tidak dikemaskini.

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila rujuk di pejabat pengurusan.

0 comments:

Post a Comment