Saturday, March 15, 2014

hal keselamatan

Salam hormat,

1) CCTV

Sejak kes kecurian yang berlaku baru-baru ini, Pihak Pengurusan sedang membuat penilaian & perancangan untuk menambah bilangan CCTV supaya kawasan liputan pemantauan lebih luas, secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap keselamatan di kawasan apartment.

Lokasi pemasangan kamera CCTV yang dicadangkan adalah di laluan tangga kecemasan blok1 dan blok2, lift lobby ground floor blok1, tempat parkir motosikal blok1 (LG floor) dan pejabat pengurusan. Jumlah kamera yang dicadangkan adalah 11 unit.

Oleh kerana ianya masih diperingkat cadangan, mohon penghuni memberi input berkenaan perkara ini. Quotation yang diperolehi nanti akan dipaparkan pada papan notis utama setiap blok untuk rujukan semua penghuni.

Nota: quotation telah diletak pada notis board.

2) Stiker Motorsikal

Dalam mesyuarat bersama pihak keselamatan, antara perkara yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan motorsikal yang masuk/keluar tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak keselamatan kerana tiada sebarang pengenalan pada motosikal milik penghuni di Cemara.

Pengguna motosikal bebas keluar masuk kerana laluan motosikal tidak mempunyai sebarang halangan. Guard juga komplen tidak sempat untuk membuat pemeriksaan dan tidak mengetahui sama ada ianya merupakan penghuni Cemara atau pun orang luar. Hal ini menjadi kesulitan kepada pihak keselamatan untuk melaksanakan tugas.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak pengurusan dan keselamatan membuat keputusan untuk memperkenalkan stiker motorsikal. Reka bentuk stiker ini masih belum dibuat. Kepada yang berminat untuk berkongsi design stiker motosikal, amatlah dialu-alukan.

Sekian sahaja untuk makluman.
#PrayForMH370

5 comments:

  1. boring dah blog ni..anyway aku baru found out that cctv dalam lif adalah dummy semata-mata...good job jmb...keep it up to spending on unnecessary item.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh patutlah aku tengok pun macam tak kena je..aku rasa itu mungkin cctv yang dah rosak sebelum ini, kan tahun lepas beberapa cctv telah ditukar baru..i think its a good idea jgk la tapi kelakar. Daripada dibuang,baik gunakan at least budak2 atau mak bapak budak yang tak perasan, tak akan buat 'bukan2' di dalam lift. CCTV yang betul2 berfungsi patut pasangkan dahulu di tempat yang lebih memerlukan pengawasan CCTV

      Delete
    2. oh iyer ker? hahahah rosak kot..lagi pun saya nak tau gak...siapa yg menyelia cctv tu? guard ke? minta maaf,.saya memang tak tau..

      Delete
  2. saya merupakan penduduk yg pertama di apartmen cemara ni..masa beli dulu nama Teratai Apartment...pas tu tukar. saya bersyukur tempat saya ni aman dari mat gelap/mat arab/ mat iran/ mat Iraq dan yg sekutu dengannya. banyak kejadian yg tidak di ingini berlaku dari tahun pertama sehingga sekarang. tetapi telah banyak kebaikan dan naiktaraf juga. sya berharap sangat agar jangan di potong lagi pokok, pelihara kehijauan yg ada. terima kasih kerana sekarang ni saya bleh mengunakan kolam renang sehingga pukul 10malam. guard pun dah bertambah baik..tapi kenapa ambil guard yg dah tak boleh berjalan? per tah lagi nak berlari mengejar pencuri? kecurian masih lagi berlaku..mngkin penduduk sendiri yg mencuri........sebeb tu tak bleh nak tangkap. pasar malam dekat, ada 3 jenis perhikmatan bas, bas stop pun dekat jer,cumer stesen ketapi jer jauh sangat. alhamdullilah...banyak perubahan positif....satu lagi yg saya nak puji, maintenance staff memang bleh membantu.. yg tak cantiknya ialah bila kanak2 dibiarkan oleh ibubapa/penjaga bermain2 di ruang koridor atau lobby dengan bisingnya. sampah ditinggalkan di ruang jalankaki, kesian minah2 yg menyapu ruang jalankaki terpaksa mengutip sampah yg dah berbau..takut penduduk complain. lebih ramai maknusia lebih banyak kerenah menggong yg di bawak oleh mereka....cara kehidupan yg lama (mungkin dulu tinggal kat rumah setinggan, semua percuma) hendaklah di ubah mengikut keperluan. per2 pun saya sayang apartment cemara.......sebab ini jer lah harta dunia yg sya ada. PELIHARA, JANGAN MUSNAHKAN HABITAT KITA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh..terbaik la bang...macam tak rugi plak saya beli apartment ni..cuma harapnya tak dengar dah la salah guna kuasa bagai....rumours2 ni kadang2 saja nak bikin hangat sesama sendiri je...

      Delete