Berkenaan cadangan untuk tambah satu lot parking tempoh hari, selepas mendapat feedback daripada pihak keselamatan, pihak bomba serta komen-komen dalam blog ini, pihak pengurusan membuat keputusan untuk tidak membuat lot parking di tempat tersebut.
Pihak pengurusan masih cuba mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan ruang parking tambahan kerana ada banyak permintaan daripada penghuni untuk dapatkan lot parking kedua. Lokasi awal yang telah dikenal pasti dan masih dalam peringkat penilaian dan kajian adalah di tempat berikut (rujuk gambar).
satellite view
Cadangan adalah untuk membina 10 lot parking di kawasan tersebut bagi menampung keperluan penghuni yang memerlukan ruang parking tambahan. Cadangan awal, mungkin kawasan tersebut akan diratakan dengan batu kuari (crusher) & pasang lampu/spot light. Ada juga cadangan supaya turap dengan tar. Namun begitu, kosnya terlalu mahal dan tabung penyelengaraan tidak dapat menampung kos tersebut.
Oleh kerana perkara ini masih dalam peringkat cadangan, sebarang idea lain yang ingin dikongsi oleh anda amat dialu-alukan.
Sekian.
kat situ 20 parking kereta pun boleh muat. saya sokong untuk buat parking kat situ.
ReplyDeletePindahkan taman prrmainan kat sana boleh tak....
ReplyDeleteGantikan taman permainan dengan paking...
bagus jgk cadangan tu. court badminton pun boleh gak jadi parking.
Deleteidea yg bagus..tapi saya nak tau...
ReplyDelete1- siapa yg boleh parking kat sana nanti
2- bagaimana pemilihan dibuat kepada yg berhak
3- hampir semua unit mempunyak 2 buah kereta...so macammana nak jadi adil dalam memberi allocation terhadap unit mana yg berhak mendapat parking space tu.
4- tolong jangan potong mana2 pokok lagi bagi menempatkan parking area...tempat kita dah cukup panas. jaga environment juga.
5- tak salah saya, CF diberi setelah developer yg patuh kepada :-
- parking space yg mencukupi
- kehijauan alam sekitar atau menanam pokok yg mencukupi
- keselamatan penduduk
- ada keluasan taman untuk beriadah
- dan lain2.
sila rujuk kepada MPSJ jika ingin mengubah struktur atau aper2 yg telah di sediakan oleh pihak developer. kita tidak mahu nanti akan dibebankan dengan belanja untuk mengubahsuaikan semula setelah apa apa kesilapan dibuat.
parking tu ikut giliran...senarai waiting list ada kat mgmt office..saya sudah daftar,anda bila lagi?
Deleteadmin pun dah register dlm waiting list...
Deletekenapa banyak kereta parking di entrance ke lobi di block satu? hampir setiap malam ader jer kereta parking kat sana kadang2 sampai pagi.....per hal?
ReplyDeleteaku perasan jugak...slalu kereta wira yang sama je...ni bikin gua panas...
Delete