Mesyuarat JMB ke-5 telah pun selesai dan tamat pada jam 12.30mlm dengan jumlah kehadiran 10 orang termasuk pengurus bangunan, JMB committee member, AJK dan penghuni Cemara. Mesyuarat JMB kali ini agak berbeza kerana pertama kali di buat pada waktu malam.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi JMB dan kemudiannya diteruskan oleh Bendahari dengan membentangkan laporan kewangan terkini akaun JMB. Statistik bertarikh 8 Mac 2013 menunjukkan jumlah outstanding (RM500 and above) adalah berjumlah RM129,443.26 manakala jumlah outstanding (RM400 and above) berjumlah RM9198.15. Pihak JMB sedang berusaha untuk mengurangkan jumlah o/s ini dengan memperkenalkan plan bayaran ansuran bagi mengurangkan beban kepada pemilik unit yang terlibat.
Berkenaan dengan kos untuk repair lif dan cat bangunan, pihak JMB telah menghantar surat kepada ADUN Sri Serdang dan Puchong untuk memohon pembiayaan kerana kos perbelanjaan untuk perkara ini agak tinggi, anggaran dalam RM335k, dan jumlah ini adalah diluar kemampuan akaun JMB. JMB juga akan memohon bantuan daripada kerajaan negeri melalui Skim Ceria yang telah diperkenalkan. Walau bagai mana pun, antara syarat yang mesti dipenuhi adalah harga rumah yang tertera dalam S&P mestilah bernilai RM75k dan ke bawah, barulah borang permohonan boleh dihantar kepada Skim Ceria ini. Berkenaan perkara ini, pihak pengurusan akan memeriksa rekod dengan pihak pemaju bagi mendapatkan salinan S&P yang menunjukkan harga rumah adalah memenuhi syarat.
Isu cukai tanah telah dilaporkan kepada PTG dan masih dalam proses siasatan. Pihak pengurusan & JMB akan membuat follow up dengan PTG dari masa ke semasa bagi menuntut lebihan bayaran yang telah dibuat sejak tahun 2003-2009. Manakala isu sinking fund masih dalam proses semakan berpandukan 10 years audit report (2002 - 2012). Bendahari akan membuat semakan audit report ini dan beliau amat memerlukan bantuan AJK/whoever yang volunteer bagi mempercepatkan proses semakan ini.
Status permohonan strata title juga masih dalam proses dan telah dimasukkan ke bahagian ukur & pemetaan JUPEM untuk semakan ukur yang telah dibuat oleh juru ukur swasta yang dilantik oleh pihak pemaju. Pihak JMB akan membuat follow up dari masa ke semasa dengan pihak PTG supaya strata title ini dapat disiapkan mengikut perancangan.
Isu keselamatan juga ada dibincang dan sebagai permulaan, pihak JMB akan memasang sistem CCTV di lokasi yang telah dikenal pasti. Kerja-kerja pemasangan ini telah dimulakan pada 11 Mac lalu dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa 2 minggu. Selain itu, cadangan untuk membuat auto gate khas untuk motorsikal dan stiker kenderaan juga dibangkitkan. Cadangan untuk membuat bumper/bonggol jalan berdekatan blok2 juga dibincangkan kerana ada sebahagian pemandu yang memandu laju di kawasan tersebut boleh mengundang bahaya. Lokasi belum ditetapkan. Semua ini akan dibuat secara berperingkat.
Cadangan untuk menebang pokok-pokok disekitar apartment juga dibincangkan dan sebanyak 17 pokok yang dikenal pasti berisiko akan ditebang. Walau bagaimanapun pihak JMB akan mendapatkan quotation daripada beberapa kontraktor lain bagi mendapatkan harga yang terbaik supaya kos perbelanjaan dapat dikurangkan.
Lain-lain perkara seperti isu cleaner, gardener, house rules parking & visitor, bil hydrant, advertisement board untuk sewa, PoA, signage entrance juga dibincang. Keputusan dan tindakan susulan akan direkodkan dalam minit mesyuarat.
0 comments:
Post a Comment