Kepada penghuni yang mempunyai tunggakan bil maintenance melebihi RM500, sila buat pembayaran segera untuk mengelakkan gangguan kepada bekalan air ke rumah anda. Sila jelaskan bil anda TIDAK LEWAT dari tarikh 30/11/2012. Sekiranya tiada pembayaran dibuat selepas tarikh tersebut, pihak pengurusan akan membuat pemotongan air pada 1/12/2012.
Untuk mengurangkan beban anda menjelaskan bil ini, pihak pengurusan memberi kelonggaran dengan menawarkan pelan ansuran seperti di bawah:
i) Tunggakan RM500 - RM1000 @ 2 kali ansuran + bil semasa
ii) Tunggakan RM1001 - RM5000 @ 5 kali ansuran + bil semasa
iii) Tunggakan RM5001 dan ke atas @ 8 kali ansuran + bil semasa
Sila isi borang permohonan di pejabat pengurusan jika anda ingin memohon bayaran secara ansuran.
Sekiranya anda ingin penjelasan lanjut mengenai pelan bayaran ansuran ini, sila jumpa Pihak Pengurusan semasa mesyuarat yang akan diadakan pada 25/11/2012 (Ahad), jam 10 pagi, bertempat di Dewan Blok1, Pangsapuri Cemara.
Pihak pengurusan berhak untuk membatalkan pelan ansuran ini sekiranya perlu. Keputusan daripada Pihak Pengurusan adalah muktamad jika ada sebarang pertikaian.
Pihak Pengurusan berhak untuk meneruskan prosiding undang-undang bagi mendapatkan bayaran penuh jika pelan ansuran tidak dipenuhi oleh Pemohon seperti mana yang terdapat dalam borang permohonan. Pemotongan bekalan air akan dijalankan serta merta tanpa sebarang notis, kecuali bayaran penuh telah dibuat.
Semua kos yang berkaitan perkara ini, perlu ditanggung oleh Pemohon.
Semua kos yang berkaitan perkara ini, perlu ditanggung oleh Pemohon.
Pihak Pengurusan JMB.
Nota:
Senarai unit yang mempunyai tunggakan melebihi RM500, akan diletakkan di papan notis utama.
sepi je topik ni.....
ReplyDeletekenape ek....
duit maintenance tu la yang digunakan utk bayar bil service lif...guard...tukang sapu....nak cuci tangga...
topik ni org tak minat sebab kena keluar duit...topik paling hot masih lagi pasal parking..
ReplyDeleteSesiapa yang tidak puas hati pasal parking boleh terus pergi rumah Pengerusi JMB. anytime beliau bersedia mendengar masalah penduduk
ReplyDeletemaintenance kena bayar...makin mahal pulak tu...air makin karat, makin slow pulak tu...taik kucing kat blok jangan kira la, berapa botol dah nak kena beli dettol sebab kucing berak/kencing depan rumah...cleaner bukan basuh pon...so camne tuh???
ReplyDeletenak wat camne..bayor aje lor..tak bayor karang air kena potong...kucing ntah le sapa bela, elok panggil tuan kucing suruh basuh taik kucing dia tuh..menyusahkan org jee...klu nampak clear panggil je suruh basuh boleh...wahai pembela kucing...ajor le kucing anda berak kat tooilet..
DeleteMaintenance bayar lebih dari orang lain sebab rumah tepi, nasib tak baik rumah paling atas... Lagi tak baik nasib bila dapat parking jauh hujung. Nak kena jalan ke lif, lepas tu dari lif kena jalan lagi ke rumah yang hujung di tepi tu..
ReplyDeleteAnonymous 9.59am
ReplyDeleteboleh buat aduan kepada management office, arrange cleaner datang bersih berak/kencing kucing. suruh management office keluarkan warning letter kepada tuan kucing.
Jom bersama-sama pergi mesyuarat pada 25/11/12. Jam 10am Dewan Blok 1. Usulkan perkara-perkara yang dihadapi oleh penghuni cemara.
ReplyDeletepelik....kenapa bila bil dah sampai beribu riban....
ReplyDeletebaru management nak bising....
sebab rasanya masa dulu tiada badan kerajaan yang boleh bantu ambik tindakan kepada tuan rumah yang sengaja tak bayar yuran penyenggaraan bangunan.....sekarang ni dah ada undang2 yang membolehkan unit yang sengaja tak membayar yuran penyenggaraan disita....
ReplyDeleteSerabut la dengan sistem parking baru ni..serius serabut...dah tak ceria kat cemara ni sebab parking...clamp sana sini..notis sana sini..butuh btol la...
ReplyDeletedulu takde undang-undang...ikut suka je parking..4-5 biji kete masuk dlm takde sapa tau...nk harap guard..mmg tak bleh harap..jmb dulu2 tak hidup..jmb skrg ni cuba buat pembaharuan..tahniah & trima kasih diucapkan.
Deleteaku serabut jugak sama macam anon kat atas ni..sebab rasa pembahagian parking tak adil...bagus usaha JMB ni..aku tak nafikan, tapi sebagai penduduk, aku rasa tertindas dengan parking allocation..memang aku perlu guna lif,terus terang aku cakap, sebab hari-hari aku kena mengangkut barang banyak...aku tak kesah orang nak gelar anon lif ke apa, sebab lif pada aku,memang keperluan..dulu, aku parking betul2 depan lorong lif...aku senang hati..sekarang, aku menyumpah hari-hari..sebab parking yang dekat2 dgn lif bukan penuh pon..tapi sebab ada nombor rumah..aku tak boleh nak parking dah kat situ...
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAnon 3.10pm
DeleteSudah contact Mr Mariappan (parking) tanya dia ada lagi tak parking kosong area lif?
esok saya try call mr Mariappan...
Deleteterima kasih
ReplyDeletemacam haram ar korang semua ni tak sedar diri kalo dah tak mampu duk umah yg kena bayar maintenance fee ni, korang g duk setinggan la budus. amik ko sekarang ada peraturan dalam akta dah kalo tak bayar JMB leh heret korang ke mahkamah up to lelong umah korang. tak sedar diri punya penduduk, bayar la itu dah tanggungjawab korang !!!
ReplyDeletebuduh.. ini isu lama sudah..
Deletehentah..buduh...klu dah pandai sangat, pegi duduk rumah banglo la butoh...ko nak bagitau semua orang yang ko punya statement bil tiap2 bulan up to date takde tunggakan ke buduh? kalau dah kaya jangan duduk sini la, pegi la duduk rumah teres...
Delete