Pengerusi
- Bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat dan memastikan mesyuarat berjalan lancar.
- Meneliti minit mesyuarat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
- Merancang program dan aktiviti tahunan dan memastikan perlaksanaan tersebut berjalan lancar.
- Menjadi perantaraan antara penduduk dengan pihak pengurusan serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Bendahari
- Bertanggungjawab menyediakan penyata bulanan/tahunan akaun JMB.
- Memeriksa dan meneliti urusan kewangan JMB secara berkala.
- Mengemas kini dan menyimpan semua rekod urusan transaksi kewangan JMB.
- Mengemukakan laporan kewangan kepada JMB.
Setiausaha
- Bertanggungjawab memanggil mesyuarat JMB atas arahan Pengerusi.
- Menyediakan minit mesyuarat dan menyediakan salinan salinan untuk makluman dan tindakan ahli JMB.
- Menyimpan rekod minit mesyuarat, surat-menyurat dan hal-hal pentadbiran am.
- Bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi dan AJK bagi sebarang perlaksanaan, pentadbiran dan penyelarasan kerja-kerja organisasi.
Biro Keselamatan
- Bertanggungjawab menjaga dan memantau hal-hal berkaitan tempat parking kenderaan, pengawal keselamatan, kemudahan lif dan sebagainya.
- Memantau kawalan keselamatan melalui buku log pengawal.
- Memberi penerangan kepada pengawal keselamatan berkaitan bidang tugas secara rutin.
- Memastikan peraturan parking dipatuhi oleh penduduk.
- Memantau dan mengambil tindakan sewajarnya bagi sebarang aduan yang berkaitan masalah parking.
- Memastikan keadaan lif dalam keadaan sempurna.
Biro Persekitaran
- Bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan lampu, air bocor, pagar, pokok, longkang, jalan rosak, sampah, kolam renang, padang permainan dan sebagainya.
- Memantau keadaan persekitaran pangsapuri dan membuat laporan kepada ejen pengurusan jika perlu.
- Memastikan kerja-kerja penyelengaraan dibuat dengan sempurna oleh ejen pengurusan/kontraktor.
- Memantau keadaan kolam renang, padang permainan dan court badminton supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.
Biro Kebajikan
- Bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan kebajikan penduduk dan ahli-ahli JMB, seperti penyediaan makan/minum ketika mesyuarat, dan sebagainya.
- Membuat kajiselidik dan statistik penduduk Pangsapuri Cemara.
- Memantau hal-hal kebajikan untuk keperluan ahli-ahli JMB dan penduduk.
- Berhubung dan bekerjasama dengan agensi-agensi kebajikan dalam negeri untuk tindakan susulan.
AJK
- Memberi bantuan kepada Pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan biro-biro yang berkaitan dalam kerja-kerja pengurusan apabila diperlukan.
Thanks for posting. Continue to keep up with the good job of maintaining the lifts. Shaun Kwong - Home Lifts
ReplyDeletesir, no need to promote your website here...
ReplyDelete