Monday, November 5, 2012

akar pokok

Sebelum ini, terdapat akar pokok yang besar melintangi laluan masuk utama Blok2, yang menyebabkan gangguan kepada penghuni terutamanya OKU semasa melalui tempat ini. Selepas aduan dibuat, pihak pengurusan telah memotong akar tersebut supaya permukaan jalan menjadi rata.

Sebenarnya kewujudan pokok di tepi bangunan Blok2 amat tidak sesuai. Mungkin masa awal pembinaan pangsapuri di buat, pihak pemaju tidak memikirkan kesan jangka panjang. Sekarang ini, timbul masalah bila pokok-pokok ini sudah besar. Akar-akar keluar daripada permukaan tanah dan merosakkan struktur tanah disekitarnya. Oleh kerana kedudukan pokok ini sangat hampir dengan rumah, kemungkinan besar ianya akan turut menjejaskan struktur bangunan jika ianya dibiarkan.

Untuk memastikan struktur bangunan tidak rosak, lebih baik pokok-pokok ini ditebang, secara tidak langsung menjadikan petak parking bebas daripada halangan. Agak-agak berapa kos untuk tebang pokok ini? 


Related Posts:

  • Mesyuarat Agong Tahun ke-3 JMBHari ini telah berlangsung satu mesyuarat agung tahunan kali yang ke-3 badan pengurusan bersama (JMB) Pangsapuri Cemara. Tempat: Gelanggang Badminton… Read More
  • air percuma SHAH ALAM,16 MAC : Penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal hanya perlu melaporkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di kediaman … Read More
  • meter pukalSatu persetujuan telah dicapai bersama Syabas berkenaan hutang-hutang penduduk rumah bertingkat seperti pangsapuri dan kondominium.Sebelum ini Kerajaa… Read More
  • cadangan parking Cadangan parking lot untuk pemilik pangsapuri Cemara … Read More
  • lapor dan dapat SHAH ALAM 1 JUN: Penduduk kediaman berstrata di Selangor yang tidak memiliki meter individu kini boleh mendapat 20 meter air percuma dengan menyerta… Read More

4 comments:

  1. kalau kerja kerajaan pusat dalam 5k per pokok...
    bawah kerajaan negeri saya tak pasti...
    mungkin admin boleh suarakan kepada mpsj

    ReplyDelete
    Replies
    1. mpsj tak buat dlm kawasan apartment...ianya di bawah tanggungjawab pengurusan bangunan. kalau ada kontraktor yang berminat utk tebang pokok ini, boleh hantar quotation kpd pihak JMB.

      Delete
  2. dah ada ke cotation utk tebang pokok...

    ReplyDelete